Posts

Imbau dan Imbas

Malam ini, Ramadan ke 11. Genap setahun kalendar Islam, teman berkunjung, menulis kembali.  Membaca posting yang lalu, cerita tidak bersambung, biarlah sahaja. Teman menulis untuk ingatan diri. Bukan ada pengikut yang perlu teman rasa bersalah kerana cerita-cerita tergantung teman. Walau teman tak menulis di blog, teman menulis di platform lain.  Akhir-akhir ini, luahan rasa teman banyak di Instagram melalui berkongsi foto dan video. Asal tercipta akaun ini kerana nak mengiklan produk dropship. Sudahnya, posting teman banyak kepada ekspresi apa yang teman rasa dan lihat. Tetapi, banyak juga yang tak terlepaskan...... Sebelum ada akaun Instagram, teman berdaftar sebagai penulis muda dan menyewa webstore ebook selama setahun. Mampu teman menyewa kerana sumbangan rakan-rakan mengaji dan sedikit imbuhan bertapa di wad Covid-19 selama 11 hari (tetapi dibayar 10 hari).  Hasil menyertai kumpulan penulis ini, terhasil 3 buku bersiri: Tetamu COVID-19, diikuti Deria Yang Hilang, 3 sahabat ke Gun

Cerita TIDUR (1)

  Lama teman tak berkunjung di blog ini, apa lagi menulis catatan. Walau teman tahu tiada yang membaca. Asal tujuan teman mewujudkan blog ini pun bukan untuk tatapan orang. Ada yang sudi membaca dan mengambil manfaat, Alhamdulillah. Bukan juga meraih sebarang keuntungan. Yang lebih utama untuk teman ialah luahan rasa yang tidak mungkin teman ungkapkan kepada mana-mana hambaNya yang lain.  Bicara teman hari ini ialah tentang TIDUR. Dah lama juga ia bermain di minda teman. Mengimbau beberapa insiden dalam hidup teman dan pemerhatian teman: Cerita 1: Tidur dalam kelas Biasa sahaja kita mendengar guru yang memarahi pelajar yang tidur di dalam kelas. Di dalam YouTube teman ada tengok macam mana seorang pensyarah memerli dan 'mempermainkan' pelajarnya yang tidur sewaktu beliau mengajar. Situasi di kelas sebuah universiti luar negara itu mengundang kelucuan kepada pelajar-pelajar lain.  Teman juga pernah mengajar. Sewaktu menjadi guru matematik di sebuah sekolah agama, seorang pelajar

Menuju Baitullah... in sha Allah

Hari minggu lalu, mendengar cerita Ustaz kelas mengaji di Dang Wangi. Serasa hampir bergenang air mata... cepat-cepat tangan dicapai seorang rakan rapat di kelas, seperti mengerti isi hati. Saya mampu mendengar kisah-kisah indah perjalanan umrah yang bakal dilalui beberapa orang rakan kelas bersama Ustaz. In sha Allah, satu hari, saya akan ke sana bersama mak, abah dan jika ada rezki, bersama seorang lagi yang istimewa (yang belum muncul-muncul jua...).

Generasi Tidak Peduli (I)

Di pasar mini, saya membeli sedikit keperluan diri. Sesampai di kaunter, saya lihat ada kotak yang berisi gula-gula terjatuh berselerak di lantai. Saya maklumkan kepada juruwang. Juruwang dengan selamba menjawab yang ia terjatuh disebabkan seorang perempuan muda sebelum saya yang membayar sebentar tadi. Saya nampak perempuan itu, melihat gayanya, mungkin seorang pelajar. Rungut juruwang, "dah lah buat jatuh  barang, buat tak tahu pula, terus pergi" Dalam hati saya, "yang kamu sebagai juruwang juga, selepas terjatuh, kenapa tidak dikemaskan? ada jarak masa antara aku dan budak tadi tu.. juga, selepas aku maklumkan, kenapa tidak dikemaskan? atau katakan, tak apa kak, nanti saya susun semula" Dan, kenapa selepas saya susun kesemuanya (taklah sebanyak mana gula-gula di depan kaunter tu..), tidak terlintas kah mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada pelanggan regular yang tolong menyusunkan barang yang kamu jual? Itu lah... kalau makcik bersuara di m

Mengering, membatu kah hati ini?

Sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Pemurah. Segala dugaan yang sedang aku hadap, dan baru lepas satu per satu, seperti membuatkan air mataku sudah kering. Hati aku seperti tiada simpati pada diri sendiri. Aku hanya termenung sahaja, penyudah hari, aku tidur, dan bangun esok hari, aku cari kehijauan yang mendamaikan. Aku berjogging. Atau beri sedikit ganjaran/keseronokan pada diri - pagi tadi, seusai jogging di KLCC park, aku ke Cold Storage untuk membeli seketul karipap yang sangat aku suka, seketul kecil karipap bersama secangkir teh di Signature Food Court sudah memberi sedikit kelegaan untuk hidup keseorangan dengan dugaan dan cabaran dunia. Malam tadi, sebekas ais krim gula apong Kampung Baru memberi sedikit ceria pada diri sendiri. Siapa lagi yang mahu menceriakan perempuan 45 tahun ini, kalau tidak dirinya sendiri?... Mungkin Allah tahu, jika aku punya keluarga, punya anak seperti rakan sebayaku, air mataku tak henti mengalir. Mungkin mata sentiasa b

Apabila sel-sel otak enggan nak bersambung...

Siang tadi, boleh juga membaca, menulis sikit, semangat okay, walaupun puasa dan bersahur telur rebus sebiji dengan kopi susu. Biasa bersahur dengan nasi, walaupun lauk kerabu ikan bilis+tomato sahaja. Tiba-tiba, lepas zohor teringat nak call En. Shahrum TuneProtect, bertanya progress claim insurance untuk Satria. 2 hari lagi, genaplah setahun aku berpisah dengan Satria... mana bisaku lupakan peristiwa tragis itu. Kata En. Shahrum, dia akan sediakan dalam minggu ini. Aku terasa suaraku tersekat-sekat, bukan kerana mendengar suara En. Shahrum tapi rasa sayu mengingatkan pemergian Satria. Pagi tadi, aku online TV9 program Tanyalah Ustaz. Dah lama aku tak follow, sejak berpindah dari Keramat ke Sentul - TV aku bawa balik kampung. Tajuk yang dibincangkan "Berkorban Apa Saja". Kata Ustaz, sentiasalah berdoalah agar ditakdirkan dengan takdir yang baik kerana Rasulullah saw juga berbuat demikian. Rupa-rupanya, doa itu selalu saja kita baca - Rabbana atina fid dunya hasanah

Kenal diri melalui kawan

Pagi ini, selepas tamat kelas mengaji, saya serahkan write-up yang telah saya siapkan Khamis lalu kepada Kak Fikah, classmateku. Kak Fikah, seorang muallaf berketurunan Portugis ialah guru Bahasa Inggeris MUET. Rezki menyertai kelas ini, mendapat seorang pemeriksa tatabahasa Inggeris untuk tulisan saya. Tiada caj dikenakan, malahan Kak Fikah nampak berminat nak baca write-up saya.  Seronok dan syukur mendapat kawan yang boleh membantu dan saya juga suka jika dapat kawan untuk dibantu. Dalam berkawan, saya banyak belajar. Belajar dengan ilmu kawan kita, belajar berkongsi ilmu melalui perbincangan, belajar menerusi pemerhatian kita. Dan dalam banyak-banyak yang saya pelajari, anugerah pembelajaran yang paling saya hargai ialah belajar mengenal diri sendiri. Bagi saya, setiap jalinan persahabatan yang memberi kesan positif atau negatif menjadikan saya belajar kenal diri sendiri. Lagi banyak kita berkawan, semakin kita kenal diri kita sebenarnya. Kita tidak perasan hal ini. 

4 series

Apabila usia menjejak 4 series... perbezaan dirasa... Pergerakan tidak selincah dulu. Makan perlu lebih berhati-hati. Buat kerja perlu dirancang dan jangan 'over-ambitious'. Percakapan perlu lebih berhati-hati. SEBAB... Urat dan anggota tubuh dah dipakai lama, jantung dah lama berdenyut. Buah pinggang, perut, usus, dah lama bekerja. Perlu bertoleransi dengan mereka. Disebabkan semua sudah bertambah usia, pergerakan semakin perlahan, nak buat kerja sekaligus kena fikir2kan. Perlu lebih matang dalam merancang. Percakapan perlu lebih berhati-hati sesuai dengan usia yang semakin matang. ALHAMDULILLAH Semasa muda, pernah berjalan laju, pernah bekerja lincah, pernah buat kerja part-time, tak buang masa, gunakan untuk cari ilmu dan skil sebanyak yang boleh sehinggakan skil jahit-menjahit, sulam-menyulam, masak memasak dipelajari. Kesilapan dalam berkata-kata diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian dengan orang sekeliling.

Cerita Syawal Teman: Raya 1

Nak nyambung cerite semalam.  Di pagi raya, time abah, mak dan deme berdua bersarapan, teman menggosok baju sendiri, baju2 mak, & baju2 abah. Idak le teman minum pagi dengan deme. Tak kesior makan dengan orang bermuncung. Teman tak kisah pun pergi ke masjid sensorang. mak pun tak kisah nak pergi dulu, apa kisahkan...udah berkongsi pagor dengan masjid. Pintu pagar belakang ghomah terus keluar masuk laman masjid. Tangga masjid tak sampai 10 langkah orang dewasa. Ikut cerita mak teman, menantu dia macam ikut dari belakang. Mak buat nohen je... teman takde menghasut... hati emak dah terguris kalo oghang buat anak2 dia dan buat perangai dengan dia. Dalam masjid, pompuan tu duduk saf yang sama, berselang dengan sorang ahli jemaah. Mak buat nohen je. Mak pun rasa tak selesa sebab di bawah terlampau ramai oghang. Mak naik ke atas. Teman pula awal-awal dah naik bahagian atas masjid. Tak gemor nak berhimpit-himpit. Tinggal le pompuan tu sorang-sorang ... Seusai solat, bersalam-sa

Cerita Syawal Teman: Hari memasak

Syawal kali ni, agak berbeza dari tahun yang teman lalui sebelum ni... apa taknya.. malam sebelum raya tu, abah dapat call daripada sepupu yang memaklumkan kakaknya (sepupu teman le juge.. hehe) tak boleh bangkit. Beberapa hari sebelum tu, jatuh dari kerusi yang tak stabil. Jadi, malam raya tu, teman menemani abah amik deme di kampung, masuk ke dalam nun. Tak bagi abah pergi sensorang. Kaki abah tu bukannya kuat sangat, kang nak pijak brek, clutch kang...seghoyo, kata orang Perak, seriau, kata orang Kedah. Jadi, di bawa ke klinik Padang Rengas sebelum ambulan menghantar ke Kuala Kangsar. Setelah deme dan adik-beradik bergerak keluar dari perkarangan klinik, teman kaborkan nak mengisi minyak kereta, senang nak bergerak ke mana-mana raya nanti. Semasa nak pergi, adik lelaki teman dan pompuannya aka menantu hantu mak teman baru sampai. Udah lepas isya' baru sampainya. Mak teman pun kali ni, katanya tak larat nak kejar masak semua untuk Raya esok. Teman pun kabor, "Mak, mana