Posts

Jalan itu berliku

Setahun lebih teman tak menulis... Sepanjang perjalanan hidup yang tidak bercatat ini, banyak yang dilalui Yang gembira Yang hiba Yang pastinya berliku Liku-liku kehidupan sebagai anak rantau Liku-liku kehidupan sebagai seorang yang seorang anak, bukan seorang ibu, bukan juga seorang isteri, cabarannya...hanya yang hidup sendirian yang paham... Liku-liku kehidupan sebagai pejuang ilmu...yang ini bakal berakhir sebentar sahaja lagi...tetapi...teman sedang berhadapan situasi membetulkan sebagaimana yang dikehendaki internal examiner, external examiner.  Sikit benor je lagi Harung lah wahai insan Sikit je lagi... Sabar sabar lah hati Semoga Allah berikan kekuatan fizikal dan mental Semoga Allah turunkan ilham untuk dimanfaatkan dlm tesis terakhir teman ini... Amin

Imbau dan Imbas

Malam ini, Ramadan ke 11. Genap setahun kalendar Islam, teman berkunjung, menulis kembali.  Membaca posting yang lalu, cerita tidak bersambung, biarlah sahaja. Teman menulis untuk ingatan diri. Bukan ada pengikut yang perlu teman rasa bersalah kerana cerita-cerita tergantung teman. Walau teman tak menulis di blog, teman menulis di platform lain.  Akhir-akhir ini, luahan rasa teman banyak di Instagram melalui berkongsi foto dan video. Asal tercipta akaun ini kerana nak mengiklan produk dropship. Sudahnya, posting teman banyak kepada ekspresi apa yang teman rasa dan lihat. Tetapi, banyak juga yang tak terlepaskan...... Sebelum ada akaun Instagram, teman berdaftar sebagai penulis muda dan menyewa webstore ebook selama setahun. Mampu teman menyewa kerana sumbangan rakan-rakan mengaji dan sedikit imbuhan bertapa di wad Covid-19 selama 11 hari (tetapi dibayar 10 hari).  Hasil menyertai kumpulan penulis ini, terhasil 3 buku bersiri: Tetamu COVID-19, diikuti Deria Yang Hilang, 3 ...

Cerita TIDUR (1)

  Lama teman tak berkunjung di blog ini, apa lagi menulis catatan. Walau teman tahu tiada yang membaca. Asal tujuan teman mewujudkan blog ini pun bukan untuk tatapan orang. Ada yang sudi membaca dan mengambil manfaat, Alhamdulillah. Bukan juga meraih sebarang keuntungan. Yang lebih utama untuk teman ialah luahan rasa yang tidak mungkin teman ungkapkan kepada mana-mana hambaNya yang lain.  Bicara teman hari ini ialah tentang TIDUR . Dah lama juga ia bermain di minda teman. Mengimbau beberapa insiden dalam hidup teman dan pemerhatian teman: Cerita 1: Tidur dalam kelas Biasa sahaja kita mendengar guru yang memarahi pelajar yang tidur di dalam kelas. Di dalam YouTube teman ada tengok macam mana seorang pensyarah memerli dan 'mempermainkan' pelajarnya yang tidur sewaktu beliau mengajar. Situasi di kelas sebuah universiti luar negara itu mengundang kelucuan kepada pelajar-pelajar lain.  Teman juga pernah mengajar. Sewaktu menjadi guru matematik di sebuah sekolah agama, seorang...

Menuju Baitullah... in sha Allah

Hari minggu lalu, mendengar cerita Ustaz kelas mengaji di Dang Wangi. Serasa hampir bergenang air mata... cepat-cepat tangan dicapai seorang rakan rapat di kelas, seperti mengerti isi hati. Saya mampu mendengar kisah-kisah indah perjalanan umrah yang bakal dilalui beberapa orang rakan kelas bersama Ustaz. In sha Allah, satu hari, saya akan ke sana bersama mak, abah dan jika ada rezki, bersama seorang lagi yang istimewa (yang belum muncul-muncul jua...).

Generasi Tidak Peduli (I)

Di pasar mini, saya membeli sedikit keperluan diri. Sesampai di kaunter, saya lihat ada kotak yang berisi gula-gula terjatuh berselerak di lantai. Saya maklumkan kepada juruwang. Juruwang dengan selamba menjawab yang ia terjatuh disebabkan seorang perempuan muda sebelum saya yang membayar sebentar tadi. Saya nampak perempuan itu, melihat gayanya, mungkin seorang pelajar. Rungut juruwang, "dah lah buat jatuh  barang, buat tak tahu pula, terus pergi" Dalam hati saya, "yang kamu sebagai juruwang juga, selepas terjatuh, kenapa tidak dikemaskan? ada jarak masa antara aku dan budak tadi tu.. juga, selepas aku maklumkan, kenapa tidak dikemaskan? atau katakan, tak apa kak, nanti saya susun semula" Dan, kenapa selepas saya susun kesemuanya (taklah sebanyak mana gula-gula di depan kaunter tu..), tidak terlintas kah mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada pelanggan regular yang tolong menyusunkan barang yang kamu jual? Itu lah... kalau makcik bersuara di m...

Mengering, membatu kah hati ini?

Sesungguhnya, Allah itu Maha Kaya, Maha Mengetahui, Maha Pemurah. Segala dugaan yang sedang aku hadap, dan baru lepas satu per satu, seperti membuatkan air mataku sudah kering. Hati aku seperti tiada simpati pada diri sendiri. Aku hanya termenung sahaja, penyudah hari, aku tidur, dan bangun esok hari, aku cari kehijauan yang mendamaikan. Aku berjogging. Atau beri sedikit ganjaran/keseronokan pada diri - pagi tadi, seusai jogging di KLCC park, aku ke Cold Storage untuk membeli seketul karipap yang sangat aku suka, seketul kecil karipap bersama secangkir teh di Signature Food Court sudah memberi sedikit kelegaan untuk hidup keseorangan dengan dugaan dan cabaran dunia. Malam tadi, sebekas ais krim gula apong Kampung Baru memberi sedikit ceria pada diri sendiri. Siapa lagi yang mahu menceriakan perempuan 45 tahun ini, kalau tidak dirinya sendiri?... Mungkin Allah tahu, jika aku punya keluarga, punya anak seperti rakan sebayaku, air mataku tak henti mengalir. Mungkin mata s...

Apabila sel-sel otak enggan nak bersambung...

Siang tadi, boleh juga membaca, menulis sikit, semangat okay, walaupun puasa dan bersahur telur rebus sebiji dengan kopi susu. Biasa bersahur dengan nasi, walaupun lauk kerabu ikan bilis+tomato sahaja. Tiba-tiba, lepas zohor teringat nak call En. Shahrum TuneProtect, bertanya progress claim insurance untuk Satria. 2 hari lagi, genaplah setahun aku berpisah dengan Satria... mana bisaku lupakan peristiwa tragis itu. Kata En. Shahrum, dia akan sediakan dalam minggu ini. Aku terasa suaraku tersekat-sekat, bukan kerana mendengar suara En. Shahrum tapi rasa sayu mengingatkan pemergian Satria. Pagi tadi, aku online TV9 program Tanyalah Ustaz. Dah lama aku tak follow, sejak berpindah dari Keramat ke Sentul - TV aku bawa balik kampung. Tajuk yang dibincangkan "Berkorban Apa Saja". Kata Ustaz, sentiasalah berdoalah agar ditakdirkan dengan takdir yang baik kerana Rasulullah saw juga berbuat demikian. Rupa-rupanya, doa itu selalu saja kita baca - Rabbana atina fid dunya hasanah...

Kenal diri melalui kawan

Pagi ini, selepas tamat kelas mengaji, saya serahkan write-up yang telah saya siapkan Khamis lalu kepada Kak Fikah, classmateku. Kak Fikah, seorang muallaf berketurunan Portugis ialah guru Bahasa Inggeris MUET. Rezki menyertai kelas ini, mendapat seorang pemeriksa tatabahasa Inggeris untuk tulisan saya. Tiada caj dikenakan, malahan Kak Fikah nampak berminat nak baca write-up saya.  Seronok dan syukur mendapat kawan yang boleh membantu dan saya juga suka jika dapat kawan untuk dibantu. Dalam berkawan, saya banyak belajar. Belajar dengan ilmu kawan kita, belajar berkongsi ilmu melalui perbincangan, belajar menerusi pemerhatian kita. Dan dalam banyak-banyak yang saya pelajari, anugerah pembelajaran yang paling saya hargai ialah belajar mengenal diri sendiri. Bagi saya, setiap jalinan persahabatan yang memberi kesan positif atau negatif menjadikan saya belajar kenal diri sendiri. Lagi banyak kita berkawan, semakin kita kenal diri kita sebenarnya. Kita tidak perasan hal in...

4 series

Apabila usia menjejak 4 series ... perbezaan dirasa... Pergerakan tidak selincah dulu . Makan perlu lebih berhati-hati. Buat kerja perlu dirancang dan jangan ' over-ambitious '. Percakapan perlu lebih berhati-hati. SEBAB... Urat dan anggota tubuh  dah dipakai lama, jantung dah lama berdenyut. Buah pinggang, perut, usus , dah lama bekerja. Perlu bertoleransi dengan mereka. Disebabkan semua sudah bertambah usia, pergerakan semakin perlahan, nak buat kerja sekaligus kena fikir2kan. Perlu lebih matang dalam merancang. Percakapan perlu lebih berhati-hati sesuai dengan usia yang semakin matang. ALHAMDULILLAH Semasa muda, pernah berjalan laju, pernah bekerja lincah, pernah buat kerja part-time, tak buang masa, gunakan untuk cari ilmu dan skil sebanyak yang boleh sehinggakan skil jahit-menjahit , sulam-menyulam, masak memasak dipelajari. Kesilapan dalam berkata-kata diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian de...

Cerita Syawal Teman: Raya 1

Nak nyambung cerite semalam.  Di pagi raya, time abah, mak dan deme berdua bersarapan, teman menggosok baju sendiri, baju2 mak, & baju2 abah. Idak le teman minum pagi dengan deme. Tak kesior makan dengan orang bermuncung. Teman tak kisah pun pergi ke masjid sensorang. mak pun tak kisah nak pergi dulu, apa kisahkan...udah berkongsi pagor dengan masjid. Pintu pagar belakang ghomah terus keluar masuk laman masjid. Tangga masjid tak sampai 10 langkah orang dewasa. Ikut cerita mak teman, menantu dia macam ikut dari belakang. Mak buat nohen je... teman takde menghasut... hati emak dah terguris kalo oghang buat anak2 dia dan buat perangai dengan dia. Dalam masjid, pompuan tu duduk saf yang sama, berselang dengan sorang ahli jemaah. Mak buat nohen je. Mak pun rasa tak selesa sebab di bawah terlampau ramai oghang. Mak naik ke atas. Teman pula awal-awal dah naik bahagian atas masjid. Tak gemor nak berhimpit-himpit. Tinggal le pompuan tu sorang-sorang ... Seusai solat, bersala...

Cerita Syawal Teman: Hari memasak

Syawal kali ni, agak berbeza dari tahun yang teman lalui sebelum ni... apa taknya.. malam sebelum raya tu, abah dapat call daripada sepupu yang memaklumkan kakaknya (sepupu teman le juge.. hehe) tak boleh bangkit. Beberapa hari sebelum tu, jatuh dari kerusi yang tak stabil. Jadi, malam raya tu, teman menemani abah amik deme di kampung, masuk ke dalam nun. Tak bagi abah pergi sensorang. Kaki abah tu bukannya kuat sangat, kang nak pijak brek, clutch kang...seghoyo, kata orang Perak, seriau, kata orang Kedah. Jadi, di bawa ke klinik Padang Rengas sebelum ambulan menghantar ke Kuala Kangsar. Setelah deme dan adik-beradik bergerak keluar dari perkarangan klinik, teman kaborkan nak mengisi minyak kereta, senang nak bergerak ke mana-mana raya nanti. Semasa nak pergi, adik lelaki teman dan pompuannya aka menantu hantu mak teman baru sampai. Udah lepas isya' baru sampainya. Mak teman pun kali ni, katanya tak larat nak kejar masak semua untuk Raya esok. Teman pun kabor, "Mak, mana...

Idea... datanglah...

Image
Apabila idea seperti jauh dari ku... ilham tak kunjung, tak tiba... waktu ini yang aku ingat ialah membaca. ya, bacalah! dari pembacaan, boleh bawa kita berfikir, dari berfikir, kita ingin meluahkan. luahan yang terbaik ialah menulis. ya! mesti. wajib. menulis.

Motivasi Tok Rose

Petang-petang ni, teringat arwah Tok Rose. Cerita si pemanjat pokok kelapa (orang Perak sebut, poko nyior). Katanya, kalau nak panjat pokok nyior, kena panjat satu per satu. Takkan dapat memanjat kalau kaki kiri di sebatang pokok, kaki kanan pula di satu pokok lagi. Maksudnya? Nak buat kerja tu biar satu persatu. "Be focus!", kata omputeh. In sha Allah, Tok. Kakak akan cuba sedaya upaya untuk fokus pada kerja yang kakak buat sekarang. semoga Allah merahmati Tok dan semua nenek moyang di kedua-dua belah mak dan abah. Al-fatihah untuk Mohd Rose bin Satariah, Hatijah binti Abdullah Sani, Alang Wahab bin Kulop Abu Bakar dan isteri (lupa pulok nama mak Abah) dan moyang-moyangku.

Kawan mengaji ke Star Hill

Hujan lebat di luar. Bunyi guruh bersilih ganti. Teman di kampus. Tingkat 9. Kabur sahaja pemandangan dek kerana hujan yang lebat. Sejuk mula terasa. Sweater dicapai dan dikenakan. Apa yang hendak diceritakan ini? Kisah semalam. Sekarang teman mengaji al-Quran, bermula dengan iqra' atau masa dedulu, masa kecik-kecik dipanggil ngaji ja'me (bermula alif ba ta dan naik satu persatu). Cuma masa ngaji ja'me, kami mengeja setiap huruf, alif baris atas - aa, alif baris bawah - ee, lebih kurang begitu lah... Seusai pengajian yang berlangsung sejam, teman dan 2 orang kakak yang dikenali di kelas mengaji bersarapan seperti biasa di mall kegemaran kami. Makanan di mall tak lah terlalu sedap, tidak juga sebaliknya, tetapi suasana di Aeon Quill City Mall, dengan layanan mesra staff mereka serta kebersihan yang memuaskan memberi keselesaan kepada kami. Sebelum itu, telah teman maklumkan yang teman hendak ke Low Yatt, nak install antivirus yang dah lebih seratus hari tak ada ...

Selamat Tinggal...

Selamat tinggal.. Selamat lah Teman sudah tidak lagi menyertai kumpulan Taichi yang semakin hari semakin mem'bawang'. Perpindahan ke BB Sentul melambatkan perjalanan untuk sampai ke taman rekreasi tempat kami sering berkumpul. Pemergian Sifu Taichi, Haji Yusuf memberi impak buat teman. Allahyarham pernah memberi tutorial taichi secara personal kepada teman, malahan, video taichi juga pernah dipinjamkan kepada teman. Terima kasih yang tak terhingga kepada arwah. Semoga roh dirahmatiNya dan semoga ilmu yang dicurahkan diberi pahala. Kenapa teman meninggalkan kumpulan taichi? Ya, sebab jarak tempat tingal yang semakin jauh. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya, di belakang, teman dijadikan bahan mem'bawang' seperti yang disampaikan oleh seorang kakak yang penduduk tempatan. Tak mengapa lah...saya hanya orang 'luar'... sebab lain? ujian yang Allah beri menguji nilai persahabatan. Di dalam group whatsapp, teman maklumkan yang bateri kereta dicuri orang. Hanya seo...

habuk, sawang, semak...nak cuci

Memang dah terlampau berhabuk lah blog ini sejak tuannya tak sempat berblogging. Tapi blogwalking sempat pula... Pagi ni, di dalam bas GoKL, hati terasa sayu... terasa tiada tempat nak mengadu. Sorang diri, macam ni lah.. Terus lajak ke KL Sentral membeli tiket ETS pulang malam ni. Sekarang berada di kampus, menyemak urusan kewangan. Alhamdulillah berita gembira, semuanya dalam proses. Dah tu, apa pula yang menyedihkan? Banyak perkara yang berlaku... pemergian Satria 472 masih dikenang...kejadian yang di luar dugaan. Sebelum itu, kejadian ketua rumah unit apartmen yang disewa, umpama menghalau sebelum tempoh berpindah rumah tamat. Sebelum itu pula perpisahan dengan si dia telah di'confirm'kan. Sebelum itu lagi, topik thesis dilarikan orang. Sebelum itu lagi, pindah keluar dari Setiawangsa. Sebelum, sebelum, dan sebelum...banyaknya...ya, banyak. Sebab dah lama tak meluah rasa, melepaskan perasaan. Hanya Allah yang tahu perasaan hati ini. Setiap coretan, untuk mele...

Interesting point of view...& a fact for arguments

Udah lama benor tulisan ni di dalam simpanan email teman. Ex-Office mate cum Ex-classmate forward semasa dia bekerja di Nestle 11 tahun yang lalu. Betul tak betul article ni...tak pasti.. cuma untuk direnung2 dan difikir2kan... copy & paste di bawah Interesting point of view...& a fact for arguments Why there is a 13-month bonus when it's really isn't a bonus? The mystery is finally revealed! When the British were in Malaya, they were being paid weekly and they argued that locals were actually being cheated into believing that the 13th-month pay is a bonus. Locals were being paid monthly which is equivalent to 4 weeks pay because there are 4 weeks in a month. As the British were paid weekly, it worked out to the same. You see, there are 7 days in a week. 4 weeks in a month. 12 months in a year. Then 12 months should work out to 48 weeks only. But 1 year worked out to 52 weeks!!!Hence the 13th month is your own pay (not bonus??!!). So,...

Berebut port

Perebutan yang tidak diketahui oleh pihak satu lagi... Bila?..... Semalam. Di mana?....Perpustakaan Negara, Tingkat dirahsiakan (dah namanya port, of course lah tak nak orang kacau) Waktu?....10 am Perincian kejadian: Macam biasa, cik kak ni menuju ke tempat favorite dia. Maklum ajelah, bukan senang nak dapatkan kerusi dan meja yang sangat sesuai dengan ketinggian dia.... he he Tetiba, dah ada orang duduk. Lelaki tak berambut. Menyampah kakak... dia tak nampak pun apabila kakak lalu lalang 2-3 kali. Tak apalah tempat public, bukannya bayar sewa....after lunch nanti, cabut lah tu...begitulah kebiasaannya. Kakak specky ni lah yang selalu duduk, kekadang sampai kena 'halau' balik (dah library nak tutup, tak reti2 nak balik) Alkisahnya, kakak ni lepas jogging di Taman, terus mandi di taman (kat Tandas Awam taman ada fasiliti mandi. 5 kupang je, mandi sampe kecut jari pun takpe). Seusai mandi, bergerak ke library. Pintu pagar depan masih belum dibuka, bermakna kak...

Spring cleaning

Banyaknya habuk! Teruk bersawang.. Tak tahu nak mula dari mana... in sha Allah... akan mula menulis kembali Banyak yang berlaku... satu persatu akan ditulis untuk ingatan dan rujukan masa akan datang.. Spring cleaning first!

Kaitan jerebu dan berat...

Image
Jerebu melanda negara tak sudah-sudah... okay, tak okay, okay, lagi teruk... Nak mengeluarkan peluh pun dapat sakit. Kali terakhir bersenam di Taman Dato Keramat, terus tak sihat... selepas dari itu, tidak bersenam langsung. Hanya sesekali bertaichi di rumah, itupun buat laju-laju, maklumlah.. buat seorang diri, tiada muzik, tiada sifu... Sedar-sedar, baju-baju sudah ketat belaka... susah hati betul... baju ketat, terbonjol sana-sini. Bulatkan azam untuk mulakan penurunan berat dengan berpuasa. Isnin ni bermula. Pengambilan makanan kena dijaga juga. No more oily, fried food... boleh ke? cekodok? cucur bawang? cucur sayur? mee goreng? pinjam dari Encik Google Mesti boleh, kuatkan azam. Demi memakai semula baju-baju yang masih elok sempurna.. Mesti boleh, mesti boleh...