Posts

Showing posts with the label jamu selera

Apam Kepala Batas

Image
Nampak macam biasa je... di KL pun ada..  Yang luar biasa, rasanya marvelous... tak macam di KL atau tempat lain yang pernah teman rasa. Apam di pasar malam Kepala Batas dan Bertam rasanya lebih padat, gebu dan lembut. Apabila dimakan, terasa mengunyah dan ada rasa mengenyangkan. Nyior yang bercampur garam, terasa kesegarannya. Nyior parut baru, tak simpan dalam peti ais. Apam KL? Rasa cair dalam mulut, tak kenyang.. Harga? Murah... 4 ketul comel ni RM1 sahaja.  Yang paling best, ia dijual panas-panas di pasar malam. Apam dipanaskan di atas para buluh yang unik. Satu yang unik. Tidak pernah lihat di mana-mana pasar malam KL atau Perak yang pernah teman kunjungi.  Cara jualan, rasa yang enak dan harga sangat berpatutan... harapnya peniaga di sana dapat mengekalkan presentation yang nampak ringkas tapi menarik. Yang biasa untuk anda tetapi menarik untuk pengunjung luar seperti kami.

Murtabak Kepala Batas

Image
Murtabak ni teman beli di pasar malam Kepala Batas .  Harga: RM1.50 Saiz: Comel Tahap kepuasan: Mengenyangkan, ada rasa murtabak, ada tergigit ketulan daging, bawang cukanya sedap, dan rangup, cukup rasa cuka dan manisnya. Yang lagi menarik, semasa lawatan ambil angin di bendang, ternampak orang berjualan di tepi jalan kampung. Kalau tak silap, sekitar Bumbong Lima . Kami singgah... nampak ada murtabak. Beli. Harganya; RM1 dengan rasa dan saiz yang sama! Nak dapat makan murtabak begini di KL ? Buat sendiri di rumah.... buat murtabak manggi je la...

Pernah makan/rasa?

Ada macam-macam jenis rendang: Rendang Ayam Rendang Daging Rendang Itik Rendang Rusa Rendang Landak Rendang Udang Rendang Kerang Rendang Ikan Rendang Kuda Rendang Kacang Buncis Rendang Kacang Panjang Rendang Pucuk Paku Rendang Pucuk Ubi Rendang mana kegemaran anda? Bagi teman, yang special, rendang pucuk paku yang mak teman buat... sedap... rindu rasanya..

Pulut Kuning Rendang Kacang

Image
Dah lama tak mengisi ruang jamu selera... masakan ni dah lama dibuat tapi baru hari ni sempat upload dan share. Itupun sebab hari ini cuti Hari Wilayah. Pulut kuning - semua orang biasa tengok dan makan tapi.. Rendang kacang? Ha... inilah yang nak dikongsikan. Inilah masakan orang Perak. Biasa kita dengar rendang daging, rendang ayam, rendang itik, rendang kerang. Yang ini rendang kacang/sayur dicampur dengan udang. Rendang udang pun ada yang tak biasa dengar. Kaedah membuatnya, sama macam membuat rendang kacang buncis/kacang panjang. Macam mana caranya? Mula-mula tu, kacang dipotong serong, macam biasalah tapi biorlah nipis-nipis. Bawang kecil, halia, serai, daun kunyit dimayang halus. Udang disiang. Santan diletak dalam kuali bersama cili kisar (macam cili nak buat rendang biasa). Masukkan sekali semua bahan dimayang tadi. Jangan lupa serbuk kunyit. Kalau rajin dan nak lebih sedap, tumbuklah kunyit hidup. Masak semua bahan tersebut di atas. Bila kuah mendidih, (kata orang Perak; dah ...

Gulai Tempoyak

Image
Sudah lama tidak mengisi ruang jamu selera. Bukan tak teringat. Banyak juga resipi dicuba dan dimasak. Banyak lagi yang dibeli siap.. he he.. tapi lauk di atas teman masak sendiri. Gulai tempoyak ikan. Jangan tanya ikan apa. Dah tak teringat jenis ikan sebab dimasak pada 1 Mei. baru hari ini sempat meng upload nya. Adik teman makan, "emmm...sedap!..", kata dia ler... Ada yang tak reti buat gulai tempoyak? Senang je... masuk cili kering dikisar secukup pedas atau untuk pedas melampau, bubuh cabai burung(cili padi/cabai melaka) + sedikit kunyit hidup yang telah ditumbuk halus atau 'rajin', masukkan sahaja serbuk kunyit sedikit + tempoyak secukup rasa + serai yang telah dititik + santan + ikannya. Rebus dalam periuk sehingga elok masak dan tambahkan garam secukup rasa. Mudah sahaja memasak gulai tempoyak ni. Bahan pentingnya ialah tempoyak. Pastikan tempoyak asli dan berkualiti untuk menghasilkan gulai tempoyak yang enak.

Love this supplement...

Image
For a Radiant, Younger and Brighter Skin! Isogen Plus is a powerful functional food featuring: Fish Collagen Peptides (hydroxyproline) Lecithin & soy isolates from 100% organic soy Omega-3 & 6 for skin & health. Iso-gen plus helps you to achieve a Radiant, Younger & brighter Complexion from inside-out by:- 1)Liver and Bowel Detox (cleansing in preparation for rejuvenation) 2)Collagen Replenishment & Synthesis (Making & Building Collagen through Collagen Peptides) 3)Repair, Rejuvenation & Protection (Strengthens & protects skin, hair, joints, membranes and nails) Iso-gen Plus is not just any Collagen! It's a REAL COLLAGEN that is similar to human collagen..and it is the BEST Collagen formulated by JAPAN Technology. Nutricelle Iso-Gen Plus 20g x 15 sachets I have consumed it previously and it works... really miss the taste, the energy obtained. May consume it again, soon... anyone to order?

udang !

Image
Dah lama tak mengisi ruang jamu selera... semalam, saya masak antara favorite saya, udang goreng. Saya tak suka guna tepung goreng serbaguna yang ada rempah-rempah atau tepung tempura. Rasanya memang sedap tapi macam tak asli. Sabtu lepas, saya goreng udang menggunakan tepung jagung sahaja. Caranya mudah, tepung jagung dicampur air sejuk dari peti ais, letak garam sikit dan lada sulah. Kacau cincai-cincai je. Masukkan udang. Panaskan minyak dan goreng. Siap. Makan dengan sos dan mayonis. Sedapnyeeee...

my weekend activities

Image
our sweet 18th sis's birthday.. celebration @ kenny rogers... makan and makan then enjoying...

Salam Aidiladha

Image
Selamat menyambut hari raya 'Aidiladha kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, sekaliannya... salam kemaafan juga dihulurkan dengan luhurnya... buat pertama kali saya tidak meraikan hari raya bersama keluarga dan buat pertama kali meraikan hari raya bersama housemate dan buat pertama kali saya meraikannya demi sebuah pengorbanan Walau di mana pun, kami tetap meraikan 'eiduladha dengan cara kami sendiri.... kami pun masak jugak.... lihatlah foto hasil air tangan kami... Sebelum baca doa' makan Selepas... alhamdulillah

Otak-otak Kukus cara Teman

Image
Apa khabar mengkome semua.... lama teman tak mengirim khabor... kali ni teman nak berkongsi resipi Otak-otak kukus. Resipi ni teman dapat dari kalendar Petronas tahun dedulu... teman simpan sebab nampak sedap je ikan dikukus macam tu... Okay, kekawan, mula-mula tu, seperti biasa, ikan dibersihkan. Kalau nak goreng cam biasa pun boleh... tak goreng pun takpe... Langkah 1: penyediaan paste Tumbuk hancur cabai, halia, lengkuas, serai, kerisik, garam secukup rasa. Selepas itu, campurkan air asam jawa. Jumlah bahan-bahan tu ikut citarasa masing-masing. Langkah 2: Gaulkan dengan ikan Langkah 3: Bungkuskan dengan daun pisang Langkah 4: Kukuskan Langkah 5: Siap masak

Kursus Chef di Puncak Bukit

Kunjungan ke rumah sahabat lama di puncak bukit tempoh hari memberi kami peluang;bukan sekadar bertukar kisah dan pengalaman, bertukar resipi pun sempat... sahabat saya ni tidak pernah daftar mana-mana kolej masakan, yang didaftarnya ialah streamyx service. Selain dari itu, kelas Sains Rumahtangga (SRT) semasa kami sama-sama di bangku sekolah. Ilmu yang selebihnya, dikutip secara informal seperti saya memperolehi ilmu masak memasak dari ibuayah, sedara mara, kawan-kawan dan tidak ketinggalan; sumber internet. Berbeza dengan saya, secara praktikalnya, sahabat ini dah ada track record; improved cooking skills... jangan tak caya... di atas bukit, kat Bukit Jalil tu ada chef misteri... Saya pun sempat membantu sahabat menyiapkan pesanan pakej orang lepas bersalin (dalam pantang). Sambil membuat kerja di dapur, berbual dan inilah antara beberapa resipi yang dikongsi. Ikan bilis goreng untuk orang berpantang (kali pertama ambil tahu masakan camni) Ikan bilis digoreng garing, pastu masukkan ...

Popiah basah: my favourite snack

Image
There are two types of popiah that are thoroughly popular in Malaysia – the white skin and the deep-fried version. I love the white skin. The white skin is known as 'popiah basah'. 'Basah' means wet, not deep-fried. It soft and mouthful of tasty ingredients such as dried prawns, fresh prawns, juliennes of cucumber, bean sprouts and bits of omelette and fried crushed fritters, and are then slathered with a spicy and sweet sauce before it is rolled into a cylindrical wrap and served with more sauce. Munch it with my favourite rooibos tea... mmm... yummy The famous popiah basah that I knew; near my previous office at Section 14, PJ. It sold during the Ramadhan but I never tried since the queue was so long (I have to rush back to KL). The best popiah in KL that I ever taste is at Pasar Malam Jelatek. The night market located besides the Jelatek LRT station every Friday. I would rather stand half an hour just to buy RM2 of popiah basah. Almost every Friday night, my dinner w...

Cadangan Biskut Raya

Image
biskut ada bermacam-macam rasa, sebut aje biskut raya dah terasa-rasa keistimewaan home made cookies ni. kekadang bentuk & rupa tak cantik mengundang rasa kurang senang, apalagi kalau nak dijadikan buah tangan di hari lebaran ini. jadi, di sini teman nak berkongsi contoh-contoh bentuk biskut yang sesuai untuk dijadikan buah tangan cadangan 1: buat hadiah kat kaki shopping... cadangan 2: untuk perantau yang tak sempat tiba di kampung sebelum waktu berbuka cadangan 3: yang beraya di hospital, jangan sedih no... cadangan 4: yang sambut raya & birthday serentak cadangan 5: untuk yang lari bajet da...

Bubur Kurma

Image
Saya nak berkongsi resepi kegemaran saya di bulan puasa ni.. bubur kurma... sorry, takde gambar bubur kurma, buah kurma je.. bahan2nya mudah sahaja: buah kurma, sagu, santan @ susu cair, sehelai daun pandan, gula pasir, gula merah @ gula melaka. kuantitinya bergantung kepada selera masing2... tapi bhn utamanya buah kurma ler... cara2 membuatnya: 1. sagu di rebus sehingga masak, jgn lupa dikacau2 selalu 2. apabila dah tak keras, tiada biji2 putih tu, angkat & tapiskan. letak sebelah 3. santan, daun pandan yang disimpul, gula pasir, gula melaka & sedikit kurma dimasukkan dalam periuk & dimasakkan 4. tidak perlu lama sangat, nanti kurma hancur tetapi saya selalunya bahagi kpd 3 bhg, 1/3 saya masakkan bersama santan, yang selebihnya saya masukkan kemudian 5. apabila kurma dah nampak kembang sedikit, masukkan sagu tadi sedap dihidangkan sejuk2... manis.. menyegarkan.. cubalah..