Sunshine Square dan kenangan 1998
Tamat menuntut ilmu Pengurusan dengan majoring in Marketing dan minoring in Islamic Studies. Majoriti peluang kerja di Penang telah dibekukan. Teman dan kawan-kawan terpaksa berusaha mencari apa-apa sahaja kerja, asal sahaja bekerja yang halal. Sebaik habis menduduki peperiksaan akhir, hari Isnin berikutnya, bersama-sama rakan serumah yang telah tamat studi; kami ke Bayan Lepas FIZ. Kerja kilang biasa pun tidak mengapa. Malang sekali, sebaik tiba di Intel Penang, HR Manager sudah mengenalpasti yang kami ini USM student... kami hanya isi borang, tidak berjaya mendapat apa-apa pekerjaan kerana over-qualified. Walau bagaimanapun, teman dan beberapa orang rakan dalam kursus yang sama bernasib baik kerana nama kami diajukan kepada agen pekerjaan (waktu itu, employment agency agak baru dan asing). Kami mendapat kontrak sebagai Stock Option Representative selama 4-5 bulan. Dapatlah cari modal untuk belanja menghadiri interview dan persediaan konvokesyen pada bulan Julai 1998. Tamat...