Posts

Showing posts with the label Penang

Rahsia Istikharah

Ketika salah seorang trainee teman dahulu tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk perancangan setelah tamat kursus, teman suruh dia keluar kelas. Keluar kelas, terus ke masjid dan dirikan solat istikharah . Bukan gurauan. "Ambillah masa anda sebanyak mana pun". Teman lihat dia terlalu kabur dalam tujuan hidupnya. Rakan-rakan sekelasnya mengetawakan dia sambil menyuruh dia cepat-cepat ke masjid. Minggu lepas, staf teman menghantar surat peletakan jawatan kerana mahu menyertai kursus peringkat sijil. Sebaik sahaja Chairman tahu, staf tersebut terpaksalah mendengar ceramah - sudah ada diploma tetapi nak sertai kursus persijilan. Sebaik keluar dari bilik Bos, wajahnya nampak serabut. Sebaik Bos sudah keluar, saya nasihatkan dia beristikharah.  Habis menasihatinya dengan contoh pengalaman teman sendiri, kedengaran azan zuhur dari surau berhampiran. Tanda lunch hour. Saya tanya, "Tak keluar makan ke?" Dia geleng kepala dan menjawab dia sudah makan. Saya pul...

Sunshine Square dan kenangan 1998

Image
Tamat menuntut ilmu Pengurusan dengan majoring in Marketing dan minoring in Islamic Studies. Majoriti peluang kerja di Penang telah dibekukan. Teman dan kawan-kawan terpaksa berusaha mencari apa-apa sahaja kerja, asal sahaja bekerja yang halal. Sebaik habis menduduki peperiksaan akhir, hari Isnin berikutnya, bersama-sama rakan serumah yang telah tamat studi; kami ke Bayan Lepas FIZ. Kerja kilang biasa pun tidak mengapa.  Malang sekali, sebaik tiba di Intel Penang, HR Manager sudah mengenalpasti yang kami ini USM student... kami hanya isi borang, tidak berjaya mendapat apa-apa pekerjaan kerana over-qualified. Walau bagaimanapun, teman dan beberapa orang rakan dalam kursus yang sama bernasib baik kerana nama kami diajukan kepada agen pekerjaan (waktu itu, employment agency agak baru dan asing). Kami mendapat kontrak sebagai Stock Option Representative selama 4-5 bulan. Dapatlah cari modal untuk belanja menghadiri interview dan persediaan konvokesyen pada bulan Julai 1998. Tamat...

Rokok import sehinggit...

Image
Ya... rokok dari selatan India berharga RM1. Diperolehi oleh seorang kenalan semasa kami berada di Kompleks Bukit Jambul, Penang. Kali pertama melihat rokok semurah dan secomel ini.

Penang, CNY, Lanterns

Image
I love lanterns during Chinese New Year. Lanterns are display of arts. Be in Penang during CNY was an unforgettable moment for me. I really enjoy the moment in Georgetown - UNESCO World Heritage .       Not get the chance to visit Trick Art Museum as many tourist like us queue up..maybe next time..

Rokok dedaun nan rimbun...

Image
Perkara biasa di utara tanah air melihat golongan muda seperti ini menghisap rokok daun. Ini kertas/daun kering yang digunakan membalut isi tembakau. Ini pula tembakau kering. Daun, tembakau, lighter. Bekalan daun dan daun kering ini boleh diperolehi di mana-mana; kedai runcit dan pasar malam juga. Lori kecil ini berniaga semua jenis rokok termasuk rokok daun. Towkay rokok ini bergerak dari pasar malam ke pasar malam. Foto ini dirakam dengan izin penjual lelaki muda berbangsa Cina di Pasar malam Sabtu pekan Kepala Batas. Semasa mengambil angin melawat bendang, terserempak dengan lori comel ini di sana.