Posts

Showing posts with the label mari belajar

Tanggungjawab seorang Juruwang

Semasa sedang menyemak email, ternampak banyak email draft di Draft folder. Kenapa banyak sangat? Semak satu per satu, yang tak perlu, di delete sahaja. Terjumpa pula email tahun 2012 bertarikh 1 May dengan tajuk Cashier Position. Kandungannya tentang tanggungjawab Cashier. Tak ingat langsung kenapa teman cut paste responsibilities ni. Tapi untuk ingatan, teman rekodkan di sini. Juga untuk ingatan diri sendiri yang pernah menjadi Cashier di Sunshine Square sewaktu fresh grads.... Responsibilities:   - To maintain the cash till accurately according to the set procedures and to keep proper records of operations. To be responsible for all the cash and credit sales in the till during her time of cashiering. - To ensure proper acceptance of credit cards and to be alert of forgeries and the steps to take. - To be aware of possible shoplifters and to ensure all merchandise is being paid before taken out of the shop. - To help maintain security of customer belongings whe...

Rokok import sehinggit...

Image
Ya... rokok dari selatan India berharga RM1. Diperolehi oleh seorang kenalan semasa kami berada di Kompleks Bukit Jambul, Penang. Kali pertama melihat rokok semurah dan secomel ini.

Surau Macam Bilik Sendiri

Image
Apabila surau dibuat seperti bilik sendiri... bukan sekadar mata sahaja sakit, ada bau kurang menyenangkan menusuk ke hidung. Selepas tahu 2 orang cleaner warga bukan tempatan ini datang seawal 7 pagi dan diambil pulang oleh majikan mereka sekitar 6 - 7 petang, rasa-rasanya tak perlu lah diperlakukan surau sebegini... Disebabkan tak selesa, teman melaporkan kepada pihak Pengurusan yang tak tahu-menahu sebab pihak Pengurusan bukan beragama Islam dan lelaki belaka.    Teman bekerja 3 bulan sahaja di bangunan ini dan meninggalkannya dalam keadaan sempurna seperti keadaan surau normal... 

Percaya atau tidak... buka persepsi kita

Apabila ada yang mencebik dengan hasrat teman yang belum tertunai... tak mengapalah kawan... hasrat itu pasti akan jadi nyata. Hanya yang berlapang minda mahu memahami.  Halangannya ialah RM.  Apa-apa pun kita berserah kepada Allah. Tiada apa yang perlu dihairankan... suatu masa dahulu juga, ada yang tak percaya budak perempuan kecil ini bisa meraih semua A dalam PPDL. Kemudian, masih ada yang tidak percaya apabila gadis kecil ini memperolehi 6A dengan agregat 7 dalam SRP. Seterusnya, masih ada yang tidak menyangka, wanita muda ini berada di USM untuk menuntut ilmu di peringkat ijazah - sangka mereka, hanya bekerja sebagai pentadbir bawahan. Tamat pengajian, apabila berjawatan eksekutif dan wakil organisasi di negeri kelahiran sendiri, ada yang fikir, teman memperolehi jawatan kerana ada kenalan/kroni. Hari ini, ada yang percaya dan yakin dengan kebolehan teman dan ada yang tidak... yang agak mengecewakan apabila rakan-rakan yang telah lama mengenali kelihatan kurang...

Seperti dijanjikan... inilah kisah Sa'labah

Hari ini cuti sambutan Maulidur Rasul. Sempatlah saya mengotakan janji di entri yang lalu. Saya terpanggil untuk menulis kerana sudah dua kali saya mendengar kisah ini. Kali pertama di masjid Muaz b Jabal dan sekali lagi dengan lebih lengkap di kelas tempoh hari. Surah at-Taubah, ayat 75 dan 76 bermaksud:  dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata; "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh". Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).  Kisahnya... Sa'labah meminta Rasulullah s.a.w mendoakan dia menjadi kaya supaya dia boleh menjadi seorang dermawan. Sebelum dia kaya, setiap waktu solat, dia berada di masjid untuk berjemaah. Hari b...

kuliyyah subuh - musibah melanda...

Image
Lambat ke kuliyyah subuh di masjid Muaz b Jabal tadi... terima kasih ms google hampir pukul 6.45 pagi baru tiba di masjid. Walau bagaimanapun, bersyukur kerana berjaya bangun awal dan hadir ke masjid. Sewaktu melangkah ke perkarangan masjid, sudah terdengar suara ustaz menyampaikan kuliah. Masuk di cuping telinga saya, "Susah dan senang itu adalah musibah" Huraian ustaz sewaktu saya telah bertimpuh di ruang masjid - contoh seorang hamba Allah yang meminta seorang ustaz mendoakan agar rezkinya dimurahkan dalam perniagaannya. Kemudian, hamba Allah ini tidak kelihatan langsung. Lebih kurang setahun, hamba Allah ini kelihatan di masjid yang sama dan bersua dengan ustaz yang sama. Hamba Allah ini memperkenalkan dirinya dan mengingatkan ustaz tentang doa yang pernah diminta dibacakan. Katanya, " Selepas saya meminta ustaz berdoa, rezki saya murah. Saya agak sibuk. Tetapi kini saya susah sedikit. Ustaz tolong doakan saya" Ketika susah, kita ada masa untuk ke ru...

Inspiring book inspired me

Image
Love reading this kind of book rather than love or romantic novel. Inspiring and motivating. Written by successful and risk taker couple. It can be bought here; http://www.amazon.com/The-Risk-Takers-Entrepreneurs-Strategies/dp/1593156375 OR just get the copy by loan it from as what I've done......................

Sumpahan Sumber

Membaca  http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/09/02/the-malaysian-quandry/  malam tadi membuat saya berfikir sesuatu. Walau bagaimanapun, saya tidak ingin berkongsi apa yang berada di benak saya. Penjelasan terma mungkin memberi bayangan isu yang berlegar di kotak fikiran saya... Sumpahan sumber ialah direct translation yang saya buat dari terma Resource Curse . Ia juga dikenali sebagai Paradox of plenty . Dengan merujuk definisi dari  http://www.investopedia.com  dan blog ar-risalah, saya tulis semula mengikut pemahaman saya. Sumpahan  sumber terjadi apabila sesebuah negara mula memberi fokus kepada satu industry, sebagai contoh, perlombongan dan mengabaikan sektor-sektor utama lain. Akibatnya, negara tersebut terlalu bergantung kepada harga komoditi, dan keseluruhan produk dalam negara kasar menjadi tidak menentu. Ketidaktentuan ini disebabkan pendedahan kepada perubahan komoditi pasaran global dan salah urus sumber oleh keraj...

Tulisan yang perlu dibincang/fikir-fikirkan?

Baru lepas baca kat satu website - Executive summary yang ditulis oleh seorang Professor of  Business History. Selama belajar business, tak pernah dengar pula ada satu kursus/paper Business History. Menarik tu... mungkin kita perlu ada satu paper macam ni supaya pelajar2 perniagaan lebih faham & menghayati kursus bisnes yang dihadiri. Inspired to become an entrepreneur, bukan mengeluh tak dapat kerja makan gaji. Okay. Berbalik tentang working paper yang ditulis oleh Mr Jones ni - Entrepreneurship in the Natural Food and Beauty Categories Before 2000: Global Visions and Local. Salah satu key concepts yang ditulis:  "Many individual entrepreneurs suffered from personal illnesses which appeared to have motivated their subsequent careers". Di bahasa melayukan, Ramai usahawan pernah menderita sakit yang kemudiannya menjadi pendorong kepada kerjaya  mereka yang seterusnya. Betul ke?  Semasa menyiapkan thesis Master dulu, ada membaca tentang seorang ahli pe...

Kerani perangkap Juruwang

Image
Malangnya juruwang kerana kerani perangkap. Malangnya company kerana ada kerani hati tak wangi. Malangnya siapa yang advertise iklan jawatan ini kerana Bos marah-marah apabila baca. Malangnya sesiapa yang dapat memenuhi jawatan ini... ada kemungkinan pihak company tak tahu ada kesilapan bahasa. Apabila dah bekerja nanti, kebarangkalian miscommunication bos-subordinat akan berlaku. Kerani merangkap juruwang akan stress.

Tiru, ciplak, curi

Kita ada idea. Kita ada bahan untuk realisasikan idea. Kita mahu orang miliki idea yang telah kita realisasikan. Kita bangga kalau orang miliki dan guna produk yang kita cipta. Kita anggap orang hargai inovasi kita. Kembang-kempis perut dengan rasa bangga... pernah dengar ayat ni -  "Terasa diri ini begitu berharga..." Lepas tu, kita marah. Kita meradang. Kita naik angin. Kita naik minyak (macam harga RON yang naik selepas 12am tadi). "Penat-penat aku design, macam nak pecah kepala otak. Senang-senang je orang tiru. Curi idea asal aku" Sabor Yop, sabor. Yong pun banyak-banyak bersabor. Bawak bertenang, jangan bertendang.. Inilah yang nak dikisahkan. Pagi tadi, selepas bersahur, teringat ayam goreng. Bukan nak makan. Teringat kisah KFC & Kolonel Sanders. Dah lama tahu kisah perjalanan hidupnya. Tapi untuk kesahihan, rujuk laman rasmi KFC di sini  . Mengambil iktibar dari kisah mendiang atuk Sanders ni, usahanya yang tidak pernah kenal erti berhenti dan pu...

Tabloid?

Semalam, saya selesai menyelak-nyelak suratkhabar tabloid yang diedar percuma. Teringat saya ketika ditegur seorang rakan sekelas, "you read tabloid (news paper)?". Teringat juga saya ketika ditegur seorang penuntut PhD. Dia memandang saya yang ketika itu memegang suratkhabar yang sama, "Oh! please, you baca tabloid (newspaper)?". Memek wajahnya jelas mencerminkan rasa kurang senang dengan 'citarasa' saya.  Ya! Saya tahu ia tabloid. Merujuk maksud tabloid dari free dictionary , tabloid =   tabloid =  A newspaper of small format giving the news in condensed form, usually with illustrated, often sensational material. Masih segar ingatan abah kepada saya. "Kita belajar banyak perkara melalui banyak perkara. Dari tukang kebun pun kita boleh belajar sesuatu. Walaupun dia seorang tukang kebun, mungkin dia telah berjaya mendidik anak-anaknya hingga berjaya".  Tabloid tetap tabloid. Bagaimana perspektif kita dan cara kita menghadamkannya (dig...

SEJARAH APRIL FOOL !

Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. Islam tela hmemberikan kemakmuran di Sepanyol. Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-oran...

Monday Bonus

Nick: "Elly, not going for lunch?" Teman: "No. I'm fasting" Nick: "Fasting?" Teman: "It's Monday fasting" Nick: "Must fasting?" Teman: "Optional" Nick: "Ohh!" Wesley: "Haiya! Elly, still utang ka?" Teman: "Not hutang. Bonus" Wesley: "Bonus? When you will get it?" Teman: "After mati" Wesley: "What?" Teman: "Not now. For future. After mati" Wesley: "Have that kind, uhh?" Teman: "Yes" Urmm itulah jawapan saya tadi apabila ditanya pasal puasa sunat. idea datang untuk mudahkan penjelasan kepada golongan yang zero ilmu Islam.

Finally... ada jawabnya

Satu ketika dulu, saya ditegur oleh seorang kenalan. Dia melihat saya kelihatan penat. Saya jawab "Kurang tidur. Malam, tidur sekadar melelapkan mata, kemudian bangun semula, sambung kerja. Bila mengantuk, baring lelap sekejap dan bangun, sambung kerja lagi". Saya juga memberitahunya, dalam masa yang sama, saya perlu membuat tugasan pembelajaran juga. Dia bertanya kerja apa yang saya buat sehingga tidur tak menentu. Dalam hati saya, "Dulu aku dah cerita kat hang, aku buat transcript. Hang macam paham je (maklum aje lah orang pegang MBA), so, tak payah lah aku explain transcript tu menatang apa. Ni awat hang tanya lagi?". Dia membalas kata-kata saya, "You kejar yang short term. Sedangkan long term which is your study, you not pay attention" Saya pandang sahaja dia. Segan nak menjawab. Sebab apa segan a.k.a malas nak jawab? Sebab dia tahu sebut perkataan susah, dengar perkataan susah tapi tidak pernah rasa perkataan susah. Dalam hati saya berkata-kata, ...

Majoriti tidak semestinya benar

Malam tadi, saya menonton program Halaqah di TV9. Penceramah yang dijemput ialah Dr Danial Zainal Abidin. Tajuk perbincangan malam tadi ialah tentang Nabi Nuh a.s dan bahteranya. Nabi Nuh a.s menyeru kaumnya kepada agama Allah selama 500 tahun. Walau bagaimanapun, dalam tempoh itu, hanya 80 orang sahaja yang mahu mengikut. Dr Danial menegaskan, "Hanya 80 orang yang mengikut. Majoriti tidak menerima. Ini menunjukkan majoriti tidak semestinya benar. Majoriti tidak semestinya benar". Buat ingatan saya dan pembaca, renung-renungkan, fikir-fikirkan.

Bangun Sahur, bangun, bangun

Semalam, semalam? tak... pagi tadi. 3.00 am. bangun awal... kenapa? Balik terawih, makan roti poket yang di 'alter' dari blog Che Mat (Che Mat letak daging, teman letak salad ikan). Lepas tu, terus tidur sebab hajat di hati nak berqiamulail di masjid MBJ. Set alarm jam 3.00 am. Masjid taklah jauh sangat. Kalau terawih jalan kaki tapi untuk buat qiamulail; cadangnya, nak berkereta sebab tak cukup berani jalan kaki sesorang. Alarm belum berbunyi, sudah terjaga. Bangun. Teringat pula nanti sahur nak makan apa. Baik bawa bekal. Buka peti ais, keluar bahan, menggoreng nasi. Dapatlah sebekas kecik. Okay lah tu... nama pun posa. 3.32 am, keluar kereta. Bergerak ke masjid. Ramai juga jemaah yang hadir. Buat sujud taubat, solat tahajjud dan solat hajat. Kalau kita solat di masjid ni, biasanya kita akan silent handphone. Jadi, sebelum start ambil tempat, terus aje teman silentkan handphone. Handphone diletakkan dalam beg telekung. Malas nak letak dalam poket jubah. Buat ber...

Ahlan wa Sahlan

Malam ni, malam pertama bertarawih. Esok mula berpuasa. Azam Ramadhan kali ini, buat amal ibadah banyak-banyak. Dan.... dan... masa demam tempoh hari, misi ambil ukuran tinggi dan berat. Untuk ke sekian kalinya, sedar diri tak cukup tinggi... tapi tak sedar BMI sudah over. Overweight 4kg. Jadi, puasa ni: azam to reduce my weight. Bak kata Ustaz hensem masa tazkirah tadi, Ramadhan Karim bulan mulia, bukan Ramadhan Kari. Itu bagi kenyang je. Ustaz juga pesan, jaga adab kunjung masjid/surau. Pakailah pakaian yang elok-elok. - Tak usah pakai T-shirt bertulisan di belakang, "Reunion SK" siap ada nama-nama. Lepas tu makmum di belakang nampak nama dia pun ada tapi dia tak pernah sekolah kat situ. -Janganlah pakai kain 10 tahun yang dah transparent tu, nampak kaki dua batang. -Makcik-makcik, jangan lupa kenakan butang kat baju melayu Pakcik. Jangan leher baju nganga je. -Yang dah ke Mekah tu, buanglah tulisan Malaysia kat belakang telekung tu. dah bertahi lalat tulisan tu... -Kalau a...

Makan cara Islam jamin kesihatan

Dikirim oleh epondok di Mei 29, 2011 Oleh: Prof. Madya Asmak Ali Makanan dan minuman adalah bahan asas yang paling penting di dalam kehidupan seharian seseorang manusia. Ia adalah suatu keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan seseorang itu sebahagian besarnya bergantung kepada makanan dan minuman yang diambil selain ketentuan Allah SWT. Rasulullah SAW pernah menggambarkan di dalam hadis baginda kedudukan orang yang sihat antaranya, sesiapa yang mempunyai pencarian yang cukup (rezeki yang banyak) dan mempunyai tahap kesihatan yang baik seolah-olah seseorang itu merasakan dunia ini dia yang punya. (riwayat Tirmizi) Manusia memerlukan makanan disebabkan beberapa faktor: * Membekalkan haba dan tenaga bagi menjaga dan mengekalkan suhu badan, bagi tugas-tugas pernafasan dan aliran darah, membantu fungsi otot serta proses penggantian zat dalam badan (metabolisme badan). * Membentuk tisu-tisu baru dalam tempoh pertumbuhan badan dan juga untuk m...

Research Methods: Quantitative vs Qualitative comic strip

Image
thanks for those who come out with this explanation... really helps me. posted here to help my friend in need of understanding.