Posts

Showing posts with the label raya

Cerita Syawal Teman: Hari memasak

Syawal kali ni, agak berbeza dari tahun yang teman lalui sebelum ni... apa taknya.. malam sebelum raya tu, abah dapat call daripada sepupu yang memaklumkan kakaknya (sepupu teman le juge.. hehe) tak boleh bangkit. Beberapa hari sebelum tu, jatuh dari kerusi yang tak stabil. Jadi, malam raya tu, teman menemani abah amik deme di kampung, masuk ke dalam nun. Tak bagi abah pergi sensorang. Kaki abah tu bukannya kuat sangat, kang nak pijak brek, clutch kang...seghoyo, kata orang Perak, seriau, kata orang Kedah. Jadi, di bawa ke klinik Padang Rengas sebelum ambulan menghantar ke Kuala Kangsar. Setelah deme dan adik-beradik bergerak keluar dari perkarangan klinik, teman kaborkan nak mengisi minyak kereta, senang nak bergerak ke mana-mana raya nanti. Semasa nak pergi, adik lelaki teman dan pompuannya aka menantu hantu mak teman baru sampai. Udah lepas isya' baru sampainya. Mak teman pun kali ni, katanya tak larat nak kejar masak semua untuk Raya esok. Teman pun kabor, "Mak, mana...