Posts

alkisah: seorang guru senior

Kisah ini diceritakan oleh seorang kawan. Katanya, ia berlaku pada seorang guru senior di sekolahnya. Guru senior ini berkongsi pengalaman terbaru beliau bersama kawan saya. Guru tersebut telah tamat perkhidmatannya dengan jawatan terakhir sebagai seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah. Walaupun telah bersara, guru berketurunan India ini masih berminat menabur jasa dan menyambung pengajaran secara kontrak sebagai guru biasa di sebuah SJK (Tamil) berhampiran rumahnya. Kembali sebagai guru biasa, beliau mengajar di banyak kelas termasuk kelas pemulihan dimana murid-muridnya lembap dalam pembelajaran. Satu hari, kesabarannya tercabar. Di kelas pemulihan, murid-murid tidak duduk diam dan kelas pula bising. Guru tersebut berkata, "Saya minta kepada Tuhan supaya kamu semua menjadi bisu kerana tidak mahu senyap" Kelas menjadi senyap secara tiba-tiba. Semua murid terdiam dan terkejut. Walau bagaimanapun, ada suara yang berkata, " Cikgu pun mesti bisu dahulu" Guru terse...

HOGAN SCHOOL

Image
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford berasal dari sekolah Melayu yang didirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun tersebut muncul “Sekolah Inggeris Kerajaan” dan dikenali juga sebagai “Sekolah Hogan” sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya, menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan 4 orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajarnya terdiri daripada bangsa Eropah, India, China dan Melayu. Hanya pada tahun 1924 sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab iaitu Tuan Syed Shaidali. di copy paste dr laman web smk clifford Inilah sekolah allahyarham tok teman , beliau adalah antara 40 orang murid terawal sekolah ini. Seterus...

fakta diabetes

Image
Anggaran daripada WHO mendapati bilangan penghidap diabetes di dunia meningkat 100% dalam masa hanya 8 tahun. Tahun 1998 - 150 juta orang. Tahun 2005 - 300 juta orang. *Rujukan daripada Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan salah satu penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat sekarang ekoran gaya hidup moden. Makanan segera, makanan siap dibeli di gerai atau restoran kadang-kala boleh menyumbang kepada penyakit berkaitan. Di Malaysia saja, hampir 1.2 juta individu dikenal pasti menghidap tersebut dan menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), diabetes boleh berlaku pada mana-mana kaum di negara ini. Diabetes jika tidak dikawal boleh menyebabkan beberapa komplikasi termasuk penyakit kardiovaskular atau jantung, kegagalan ginjal, kerosakan retina, saraf dan lu...

Berkomunikasi @ Bercakap?

Apakah perbezaannya? semak di Kamus Dewan: berkomunikasi= berhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dll) bercakap= berkata, berbicara, bertutur Saya terpanggil untuk mengutarakan dua istilah ini setelah mendengar keluhan seorang kawan tentang agen khidmat pelanggannya yang melayani panggilan dari seorang warga Korea. Menurut kawan saya, interaksi di antara kedua-duanya umpama percakapan ayam dan itik. Kedua-duanya menggunakan bahasa perantara tetapi ia umpama 'cakap ayam itik'. Di pihak sini (agen) tidak memahami, di pihak sana (pelanggan) kecewa kerana tidak memperolehi penjelasan yang diharapkan, sehingga menyebabkan pelanggan meletakkan gagang telefon. Menurut kawan saya, yang mengecewakan: agen tidak bijak mempelbagaikan soalan. Semasa mendengar rakaman interaksi tersebut, agen masih menggunakan ayat dan istilah yang sama serta diulangi berkali-kali. Kepelbagaian ayat dan istilah perlu digunakan agar mesej yang hendak disampaikan berkesan. S...

keretapi & teman

Image
panasnya naik keretapi siang ni. panas cahaya mentari di luar mengecikkan mata teman, berkerut dahi teman. takde langsir le plak... teman ni pun.. macam tak biasa naik keretapi...memang takde langsir tapi ada bidainya... he he teman tarik le bidainya... malu plak kat diri sendiri... bak kata oghang Peghak: 'Ce jangan buat peghak..' terpulanglah pada kome macam mana nak menyebutnya... omputeh kata nak pronounce

kenapa keretapi? (2)

Dari rumah, saya terus ke stesen keretapi KK untuk membeli tiket dari KLSentral ke KK/Ipoh. Saya merancang untuk ke KL dengan menaiki bas & ke KK pula menggunakan khidmat KTMB. Seperti yang kita maklum, perjalanan dengan menaiki bas lebih cepat dan perjalanan dengan keretapi antara bandar pula lebih selesa. Sebaik tiba di stesen keretapi, di kaunter tertera ' harap maaf, kaunter rosak'. Alamak ... camna ni? saya bertanya dengan staf KTM " tidak boleh beli tiket lah?" jawabnya "boleh, nak kemana?" saya balas,"KL Sentral ke KK, (tarikh), seorang" staf KTMB mengangkat gagang telefon. saya tidak pasti ke mana dihubungi. Dia bertanya lagi, "kelas apa? kami ada kelas 2 & 3" saya jawab, "kelas 3" saya tambah, "nak tepi tingkap, no A atau D" saya tidak pasti dia mendengar atau tidak staf KTMB bercakap di telefon, "KL Sentral - KK, kelas ekonomi. kalau boleh nak tepi tingkap' eh.. dengar rupa-rupanya... dia me...

rindumerindui

semasa mengemas almari, terjumpa satu artikel yang pernah saya tulis untuk laman web klien saya. artikel ini pernah dipaparkan di laman web belaiankasih.net, sekitar tahun 2003. (laman ni sudah lama tinggal sejarah) selamat membaca hasil tulisan saya... 6 tahun yang lalu.. RINDU-MERINDUI Rindu? Rindu itu apa? Bila sebut perkataan ini, riak wajah pastinya berbeza dari biasa. Bagi yang mendengar ungkapan ini daripada seseorang, pastinya tersenyum dan mungkin terdapat pelbagai reaksi lain. Adakah anda sedang merindui sesiapa atau apa-apa? Saya pasti ada perubahan pada wajah anda atau tergerak sesuatu di naluri anda. Sepanjang hayat kita, sebenarnya kita sering merindu. Seorang anak kecil mungkin meragam dan tidak sihat lantaran tidak ketemu ayahnya beberapa hari kerana ayahnya bertugas di luar daerah. Seorang anak remaja yang bersekolah asrama, rindu untuk pulang bercuti bertemu keluarga. Bagi anda yang pernah melalui zaman persekolahan di asrama, tentu memahami perasaan itu. Apabila begi...

pantang larang orang dedulu

tetiba malam ni teman teringat kat Opah teman dan arwah Tok teman , bila teringatkan deme , makan teringatlah pantang-larang yang deme kenakan ke atas cucu-cucu deme a. anak dara jangan menyanyi di dapur; nanti kawin dengan orang tua b. lepas masak, pindahkan dulu periuk/kuali dari dapur, pastu baru cedok masakan tu; kalau tak pindahkan, nanti orang tengok kita, asyik rasa panas hati aje c. jangan beli telur, jarum, pada waktu malam; teman tak pasti apa alasannya d. kalau makan, jangan berpindah banyak tempat; nanti perkahwinan tidak kekal & asyik kawin aje e. opah teman ada tegur teman , kalo minum dalam cawan kena berlapik dengan piringnya; kalau orang nak bercakap dengan kita, orang akan bercakap dengan sopan dan berlapik, takde main mulut laser f. jangan menyapu rumah malam-malam tapi teman rasa alasan-alasan yang dicipta itu punya sebab musababnya, a. kalo dah asyik menyanyi di dapur, hangitlah gulai, lagi satu, ate , lambat lah memasak kalo senduk dah tukar jadi ...

"Jika ada 2 khalifah bunuh salah seorang"

Ibrahim Batturah al-Haddad Sun | May 31, 09 | 8:39:26 pm MYT SEPOTONG hadis ada menyebutkan bahawa jika ada dua orang khalifah, maka bunuhlah salah seorang daripadanya. Lafaz hadis ini masih boleh diperdebatkan. Kesahihan dan martabat hadis ini juga boleh dipertikai apatah lagi dalam situasi genting di Perak. Barangkali, atas sebab inilah maka telah berlaku Perang Jamal dan Siffin yang menyaksikan sengketa dahsyat antara para sahabat dalam merebut kekuasaan. Jadi secara kebetulan atau memang telah disahkan dalam agama - jika ada dua pemimpin yang berebut kuasa, maka bunuhlah salah seorang daripadanya. Dalam Alam Melayu ada disebutkan pepatah, gajah sama gajah bertarung, pelanduk mati di tengah-tengah. Ertinya, raja sesama raja berperang, yang menanggung seksa adalah rakyat jelata yang tidak berdosa. Sebab itu, bagi mengelak masalah pertumpahan ini berlaku, maka dalam ajaran Islam telah pun disebutkan suatu formula, iaitu - bunuh...

alkisah ptg Isnin: seorang wanita = pekerja = warga kota

Image
niat di hati hendak pulang awal ke rumah, gas masak di rumah sudah habis. 10 minit sebelum pukul 6 saya telah punch pulang. laju ajer satria berada di Jalan Tun Razak, tak sangka pula jalan sesak teramat sangat di depan Menara Celcom. sengaja pilih jalan di bukit keramat untuk elak jammed berhadapan stesen lrt damai sehingga ke pasar Dato Keramat.. oh! tidak, tidak, sama sahaja.. 6.45 pm; saya masih belum melepasi pasar dato keramat. rancangan saya untuk solat 'Asar di rumah dibatalkan. terus belok ke perkarangan Masjid Dato Keramat. selepas solat 'Asar, jam menunjukkan 7.05pm, perut minta diisi. makan malam di kedai makan berhampiran sementara menunggu Maghrib tiba. selepas Maghrib, ada pula pengajian. mula2 saya sudah hendak beredar, tetapi menarik pula intro yang didengar. tentang keimanan, sebab tidak tahu ada pengajian, tanpa pen & kertas, inilah yang mampu dikutip & dikongsi; pangkal keimanan pertama: di hati kedua: di mulut - apabila berkata benar ketiga: di kak...