Posts
Bangun Sahur, bangun, bangun
- Get link
- X
- Other Apps
Semalam, semalam? tak... pagi tadi. 3.00 am. bangun awal... kenapa?
Balik terawih, makan roti poket yang di 'alter' dari blog Che Mat (Che Mat letak daging, teman letak salad ikan). Lepas tu, terus tidur sebab hajat di hati nak berqiamulail di masjid MBJ. Set alarm jam 3.00 am. Masjid taklah jauh sangat. Kalau terawih jalan kaki tapi untuk buat qiamulail; cadangnya, nak berkereta sebab tak cukup berani jalan kaki sesorang.
Alarm belum berbunyi, sudah terjaga. Bangun. Teringat pula nanti sahur nak makan apa. Baik bawa bekal. Buka peti ais, keluar bahan, menggoreng nasi. Dapatlah sebekas kecik. Okay lah tu... nama pun posa.
3.32 am, keluar kereta. Bergerak ke masjid. Ramai juga jemaah yang hadir. Buat sujud taubat, solat tahajjud dan solat hajat.
Kalau kita solat di masjid ni, biasanya kita akan silent handphone. Jadi, sebelum start ambil tempat, terus aje teman silentkan handphone. Handphone diletakkan dalam beg telekung. Malas nak letak dalam poket jubah. Buat ber...
Ahlan wa Sahlan
- Get link
- X
- Other Apps
Malam ni, malam pertama bertarawih. Esok mula berpuasa. Azam Ramadhan kali ini, buat amal ibadah banyak-banyak. Dan.... dan... masa demam tempoh hari, misi ambil ukuran tinggi dan berat. Untuk ke sekian kalinya, sedar diri tak cukup tinggi... tapi tak sedar BMI sudah over. Overweight 4kg. Jadi, puasa ni: azam to reduce my weight. Bak kata Ustaz hensem masa tazkirah tadi, Ramadhan Karim bulan mulia, bukan Ramadhan Kari. Itu bagi kenyang je. Ustaz juga pesan, jaga adab kunjung masjid/surau. Pakailah pakaian yang elok-elok. - Tak usah pakai T-shirt bertulisan di belakang, "Reunion SK" siap ada nama-nama. Lepas tu makmum di belakang nampak nama dia pun ada tapi dia tak pernah sekolah kat situ. -Janganlah pakai kain 10 tahun yang dah transparent tu, nampak kaki dua batang. -Makcik-makcik, jangan lupa kenakan butang kat baju melayu Pakcik. Jangan leher baju nganga je. -Yang dah ke Mekah tu, buanglah tulisan Malaysia kat belakang telekung tu. dah bertahi lalat tulisan tu... -Kalau a...
Misi-misi yang sukses
- Get link
- X
- Other Apps
Hari-hari yang sangat menghambat... tugasan rezki, tugasan ilmu, amanah Allah Misi 1: Assignment Siap satu literature review yang very challenging; review kepimpinan politik wanita. fuh! politik tuh... err ... title yang terpaksa disiapkan, digali hasilnya. (sepatutnya tajuk ni bagi kat 'orang tu'. 24/7 pun tak khatam topik ni dia ulas). Alhamdulillah... hampir 3 am, 19 Julai 2011 baru siap salah satu tugasan Quantitative & Qualitative Research Approaches in Organizational Leadership. Kelas malam tu, wow! orang pertama submit assignment. he he.. orang pertama je.. result tak tau lagi.. seronok punya pasal; malam tu, balik tidur dulu. konon nak bangun awal untuk siapkan transkrip (yang ni rezki). Misi 2: Transkrip Apa nak kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur, subuh gajah + blur sekejap. apasal blur? 20 Julai 2011 ada appointment dentist kat Ipoh. Camner ni? dateline transkrip hari yang sama. Nak drive ke Ipoh? masalahnya, ke kelas malam nanti, of course jalan ...
Makan cara Islam jamin kesihatan
- Get link
- X
- Other Apps
Dikirim oleh epondok di Mei 29, 2011 Oleh: Prof. Madya Asmak Ali Makanan dan minuman adalah bahan asas yang paling penting di dalam kehidupan seharian seseorang manusia. Ia adalah suatu keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan seseorang itu sebahagian besarnya bergantung kepada makanan dan minuman yang diambil selain ketentuan Allah SWT. Rasulullah SAW pernah menggambarkan di dalam hadis baginda kedudukan orang yang sihat antaranya, sesiapa yang mempunyai pencarian yang cukup (rezeki yang banyak) dan mempunyai tahap kesihatan yang baik seolah-olah seseorang itu merasakan dunia ini dia yang punya. (riwayat Tirmizi) Manusia memerlukan makanan disebabkan beberapa faktor: * Membekalkan haba dan tenaga bagi menjaga dan mengekalkan suhu badan, bagi tugas-tugas pernafasan dan aliran darah, membantu fungsi otot serta proses penggantian zat dalam badan (metabolisme badan). * Membentuk tisu-tisu baru dalam tempoh pertumbuhan badan dan juga untuk m...
Hajat belum tertunai
- Get link
- X
- Other Apps
Hajat di hati ingin berkongsi pengalaman market research saya, terutamanya kerja-kerja transkripsi. Tapi hajat masih belum tertunai. InsyaAllah, saya akan kompilasikan segala pengalaman saya dan adik saya yang tak seberapa ini dalam bentuk perkongsian online. Harap rakan seperjuangan juga sudi berkongsi pengalaman. Untuk apa? berkongsi dan belajar dari pengalaman orang lain agar kemungkinan kesilapan yang akan kita lakukan berada dalam kekerapan yang rendah. Masih ramai sahabat, rakan, kenalan di luar sana yang tidak fahami bidang/industri ini. Kesan dari tidak memahami; sukar mendapatkan kerjasama, tugasan kami menjadi begitu mencabar, mengejar tarikh mati (dateline) beban di bahu. Sedangkan kamilah orang-orang di belakang tabir yang memenuhi keperluan anda sekalian. Takkan ada syampu khas untuk rambut gugur jika kami tidak membantu pengeluar syampu. Takkan ada siaran TV yang menarik untuk anda bersantai bersama keluarga. Belum pasti kereta yang anda pandu memenuhi keperluan keluarga...
Research Methods: Quantitative vs Qualitative comic strip
- Get link
- X
- Other Apps
ia kembali...alah berbisa
- Get link
- X
- Other Apps
Sakit yang teramat... orang kata alah bisa tegal biasa, yang ini alahnya tetap mengalah... migraine datang bertandang, denyut kepala, leher dan bahu. Mungkin terlalu lama di hadapan laptop menyiapkan tugasan transkrip tempoh hari sehingga 5.20am. Khamis, saya tidur jam biasa. Sasaran pada hari kedua untuk menyiapkan sebelum mencecah hari ketiga. Tidur setengah jam tengahari jumaat. Berterusan sehingga jam 11.30pm. Lelapkan mata sejam dan menghirup kopi sambil menyiapkan tugasan terjemahan transkrip. Yes! Pecah rekod sendiri. Terjemahan siap emel 5.20am. Tidur sebentar sebelum azan subuh berkumandang. Sambung tidur sehingga jam 10.30 am. Ditambah dengan masa-masa kewanitaan... terasa lemah... rehat seharian. Ahad; ke library menelaah untuk menyiapkan tugasan Functional Management pula. Bosan. SMS housemate cik Yana & adik, mengajak berjalan-jalan di taman. err.. cik Yana ada datinglah plak.. tergerak hati ke Sri H. bukannya apa teringat kat mr Adam. Niat dibatalkan. Harimau hujan......
Imam Ghazali dan murid-muridnya
- Get link
- X
- Other Apps
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: Orang tua Murid 2: Guru Murid 3: Teman Murid 4: Kaum kerabat Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 1...