Posts

Lain kali mintak lah lagi...

Aduih... kena perli dengan doktor. Dr. Fatimah gelak, teman pun tergelak. Semasa di ruang menunggu, dalam kepala asyik berfikir macam mana lah nak cakap ni... nak minta ni... Apabila nama dipanggil, masuk ke dalam. Dr. Fatimah menyapa, "Ahh.. apa masalahnya ni?.." Teman cakap ajer le terus terang, "Sebenarnya, doktor. Hari Jumaat lepas, saya niat nak ponteng kerja 2 hari; Isnin & Selasa. nak buat thesis. Tapi semalam, saya sakit perut lah doktor" "Hah! itulah... lain kali minta lah yang bukan-bukan. Kan dah dimakbulkan Allah. Ini dah sakit betul-betul. Nak sangat sakit, ya? Thesis ke mana kerja ke mana.." Aduh!... Sengih ajer le teman. Teman balas, "Saya dah tender resignation, nak fokus study. Dah minta Bos release awal. Tapi dia tak bagi. Dah lah tak bagi, siap pesan, dah habis study, datang balik kerja. Reserve tempat untuk saya. Saya dah tak ada mood nak kerja" Doktor tanya, "Sakit perut, lambat makan ke?" " Sabtu tu, saya ...

Pernah makan/rasa?

Ada macam-macam jenis rendang: Rendang Ayam Rendang Daging Rendang Itik Rendang Rusa Rendang Landak Rendang Udang Rendang Kerang Rendang Ikan Rendang Kuda Rendang Kacang Buncis Rendang Kacang Panjang Rendang Pucuk Paku Rendang Pucuk Ubi Rendang mana kegemaran anda? Bagi teman, yang special, rendang pucuk paku yang mak teman buat... sedap... rindu rasanya..

Pulut Kuning Rendang Kacang

Image
Dah lama tak mengisi ruang jamu selera... masakan ni dah lama dibuat tapi baru hari ni sempat upload dan share. Itupun sebab hari ini cuti Hari Wilayah. Pulut kuning - semua orang biasa tengok dan makan tapi.. Rendang kacang? Ha... inilah yang nak dikongsikan. Inilah masakan orang Perak. Biasa kita dengar rendang daging, rendang ayam, rendang itik, rendang kerang. Yang ini rendang kacang/sayur dicampur dengan udang. Rendang udang pun ada yang tak biasa dengar. Kaedah membuatnya, sama macam membuat rendang kacang buncis/kacang panjang. Macam mana caranya? Mula-mula tu, kacang dipotong serong, macam biasalah tapi biorlah nipis-nipis. Bawang kecil, halia, serai, daun kunyit dimayang halus. Udang disiang. Santan diletak dalam kuali bersama cili kisar (macam cili nak buat rendang biasa). Masukkan sekali semua bahan dimayang tadi. Jangan lupa serbuk kunyit. Kalau rajin dan nak lebih sedap, tumbuklah kunyit hidup. Masak semua bahan tersebut di atas. Bila kuah mendidih, (kata orang Perak; dah ...

Ganazzz...

Image
Dulu, masa kecik-kecik main tembak-tembak di kampung. Asal balik kampung je mesti main polis-polis dengan sepupu-sepupu. Lari keliling rumah Opah. Sekarang? sekarang teringin nak main tembak-tembak, tak payah balik kampong weh... Pergi aje shopping complex... tembak pakai senapang laser lagi... main dengan kawan-kawan yang berstatus mak orang, bapak orang, kakak orang, wife orang, husband orang. Masa main terlupa status masing-masing.. main macam budak-budak... BEST... peng-peng.. dush! hiyaa! amik kau! ha ha! Yang tak bestnya... esok datang kerje, "aduih, sakit kaki lah" "sakit belakang lah"... sakit itu, sakit ini - emm... apa tandanya?

Monday Bonus

Nick: "Elly, not going for lunch?" Teman: "No. I'm fasting" Nick: "Fasting?" Teman: "It's Monday fasting" Nick: "Must fasting?" Teman: "Optional" Nick: "Ohh!" Wesley: "Haiya! Elly, still utang ka?" Teman: "Not hutang. Bonus" Wesley: "Bonus? When you will get it?" Teman: "After mati" Wesley: "What?" Teman: "Not now. For future. After mati" Wesley: "Have that kind, uhh?" Teman: "Yes" Urmm itulah jawapan saya tadi apabila ditanya pasal puasa sunat. idea datang untuk mudahkan penjelasan kepada golongan yang zero ilmu Islam.

Tuhan Berikan Aku Cinta ~Ayusitha~ Lyrics

Image

Saya dah balik!

Image
Salam... Ke mana? Tak adalah.. tak ada ke mana-mana. Cuma.. Lamanya tak menulis... idea ada, hanya tiada kesempatan jari jemari menekan papan kekunci untuk menulis di blog. Setiap hari, lebih 8 jam menghadap PC tapi tiada kesempatan? Begitulah yang terjadi... tiada keizinan masa mencoret rasa, berkongsi kisah di Blok Teman. Masa terlalu dipenuhi dengan tugasan-tugasan yang wajib dilunaskan. Menepati dateline, memenuhi request & arahan menyebabkan minda seperti tepu untuk menyusun idea menjadi kata-kata buat tatapan sahabat. Sapaan teman dari kejauhan sana, menyedarkan saya. Saya umpama membisu, menjauhkan diri dari aktiviti berblog. Insya Allah, saya akan terus berkongsi sesuatu dengan teman2 yang masih sudi mengunjungi blog ini. Akhir kata, rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan
Image
Pagi Jumaat tu call abah, cakap tak jadi balik. Abah tenang, macam dah tahu apa yang akan terjadi. Tak jadi balik... bukan setakat bajet dah lari, tugasan study bertimbun-timbun belum sentuh. Asyik download article/journal tapi berselerak sana sini. Bajet lari? Ya... lari pecut 100m takde ganti-ganti. Rabu malam bateri hp habis, terus tak boleh charge. Sebab kejadian susah charge ni dah banyak kali berlaku, tak boleh tahan lagi. Khamis lepas kerja terus pergi beli. Ingat hujung bulan atau awal bulan Disember boleh angkat Galaxy. Sempat lagi nak menyimpan. Bila dah jadi macam ni, pergilah kat ATM machine, dengan yakin payment for note taking tempoh hari dah clear. Sedih + frust. Belum ada lagi. Withdraw RM300 je. Cash sedia ada RM50. Boleh lah cari hp sesuai bajet. Angkat satu Samsung Corby. Bolehlah... w/pun hati terpikat gak dgn Sony Xperia mini. Bajet tak mengizinkan. Selamat RM340. Lepas beli hp, keluar duit belanja sikit, RM70. Berbaki dalam akaun RM40. Takpe lah esok, Jumaat, clea...

Surat kechiwa...sedih...speechless...

Image
Surat ni diterima minggu lepas tapi tak sempat nak dikongsi kisah di blok teman. Ingatkan bulan ni seperti biasa cuma terlewat sahaja. Eh?! tiada katalog? camne nak beli barang ni? Rupa-rupanya, surat Nutrimetics hendak memaklumkan, selepas 33 tahun, Nutrimetics nak gulung tikar. Semua keahlian Nutrimetics akan berpindah ke Tupperware. Automatik jadi ahli tuuperware. Errmm .. tak kisah lah bab tukar keahlian tu, tapi bab produk2 Nutrimetics yang dah serasi dengan kita ni, berpindah ke Tupperware ke? Nampak gayanya, kena confirm pasal produk Isogen, dan beauty product yang lain tu. Kalau tak ada, kenalah fikir-fikirkan produk apa pula nak menggantikan produk yang dah lima tahun diguna ni. Sedih... Kechiwa... kenapa, ya Nutrimetics jadi camtu? Mungkinkah kerana dah terlalu banyak saingan produk kecantikan dan kesihatan tempatan di pasaran sekarang ini?

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita : 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia...