Posts

Ulang tahun ke-6

Ya... ulang sekali lagi... untuk tahun ke-6 teman berblog... Blok teman tiada bertambah follower... tak kisah... Blok teman tidak menjana pendapatan... tak kisah... Blok teman tidak konsisten dalam penerbitan tulisan... pun tak kisah... Yang teman kisahkan... luahan rasa, cetusan rasa dan pandangan untuk catatan diri dan kepada sesiapa yang sudi bertandang ke blok ini... Terima kasih kepada yang datang menjenguk laman Blok Teman. Terima kasih Allah atas anugerah kebolehan menulis, mengatur bicara, menyampaikan idea, masa kelapangan yang boleh dimanfaatkan, dan antara terapi terbaik tika menghadapi dugaan-dugaanMu.

Pandai engkau... aku tak boleh...

Image
 Ini foto rama-rama yang diambil semasa melawat Butterfly farm pada Chinese New Year yang lalu. Rama-rama ini menarik perhatian kerana cacat sayapnya tetapi masih terbang dan bergerak seperti biasa. Apa yang nak diceritakan kali ini?  Bertemu dua orang rakan persekolahan dalam tempoh dua minggu. Seorang di Bangi , seorang lagi di Kuala Kangsar . Gembiranya kami bertemu walau masa singkat dan masing-masing ada urusan lain. Persamaan luahan rasa dan kata-kata mereka sedikit menyentuh hatiku.... bukan tersinggung, aku faham, mereka seperti tertanya-tanya, bagaimana aku boleh melakukannya... benda mudah untukku, sesuatu yang agak mustahil untuk mereka lakukan. Apa yang mustahil untuk mereka tetapi lumrah untukku? Ya, bergerak ke sana sini seorang diri. Memandu dan mencari lokasi seorang diri, di tempat yang di luar kebiasaan.  Jawabku kepada sahabat lama yang pertama, "Dah kena buat, nak harap siapa?". Terdiam dia memandang wajahku. Itulah hakikat. ...

Hari Guru 2015

Di akaun lama sosial teman... facebook dan whatsapp group serta blogblog yang dikunjungi; majoriti mengucapkan Selamat Hari Guru untuk semua yang bertugas sebagai guru. Cikgu-cikgi sekolah. Menghargai semua bergelar pendidik adalah tanda terima kasih kita kepada mereka. Teman juga menerima ucapan Selamat Hari Guru dari bekas penuntut teman yang jauh di utara tanahair. Tersenyum teman... ada juga yang sudi mengucapkannya. Bagi teman, guru bukan sekadar yang bergelar guru, yang makan gaji sebagai guru. Guru adalah yang mendidik, menyampaikan ilmu (hatta sekelumit cuma). Ibu dan ayah kita adalah guru tidak formal yang pertama. Mengajar kita bercakap, berjalan, dan berlari. Guru bukan sekadar seorang insan. Makhluk Allah yang lain juga kita berguru tanpa sedar... mengkaji dan meneliti seekor semut mengajar kita tentang sifat rajin dan kerjasama. Semut itu guru kita. Ketika Qabil tidak tahu apa yang patut dibuat dengan mayat saudaranya, Habil; dua ekor burung berkelahi sehingg...

Teman lama kini di Bangi

Jumaat yang lalu, teman ada appointment di Bangi. Cuba2 menghubungi seorang teman lama. manalah tahu, jika beliau masih di bangi dan ada kesempatan bersua bertanya khabar buat seketika. Apabila sekali-sekala berjumpa teman lama, terubat kerinduan kenangan lalu. Update perkembangan masing-masing. Walaupun sebentar cuma berjumpa Dr Azimah, teman di zaman persekolahan dulu, ia menyuntik semangat baru dalam diri.  Berjumpa dan berbual-bual dengan orang yang mengenali peribadi kita dan kita juga mengenali peribadinya dalam jangka waktu yang lama.... umpama terapi mengenali diri dan membuah ceria di hati. Semoga kita sama-sama dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang dirahmatiNya. In sha Allah...

Awas! Waspada dengan si cantik manis ini

Image
Blok Teman tidak pernah mencoret rasa dengan menyebut nama seseorang yang teman berkecil hati atau tersinggung atau disinggung. Di atas blog ini sudah dinyatakan permohonan maaf jika ada yang tersinggung atau terasa disinggung dengan tulisan di blog ini.  Tetapi kali ini, sengaja teman mahu berkongsi kisah pengalaman teman dan rakan serumah bersama perempuan cantik manis ini.  Tujuan memaparkan foto nona manis ini untuk memberi peringatan dan supaya berwaspada dengan dia. Dia lebih senang membahasakan dirinya sebagai FAS. Jadi kami memanggilnya FAS. Dengan bekas rakan-rakan sepejabat, dia juga dipanggil FAS. Bersama teman-teman pak Arabnya - NUR. Dan kami baru mendapat tahu, di kalangan keluarga dan saudara-maranya - MATON. Dia menjadi rakan serumah dan teman sendiri sebilik dengan dia. Jadi, banyak kisah yang kami kongsi bersama. Memandangkan teman terlalu sibuk dengan kerja, setiap hari pulang malam dan keluar seawal 7 pagi; teman meminta agar dia dan seorang ...

Jalan-jalan ke Navy Port Lumut

Image
  Dah lama tidak mengikut rombongan warga Taichi. Kali ini, program lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut sempat saya ikut bersama. Itu pun sebab balik hari.   Program pada 25 April itu juga bersempena dengan Sambutan Hari TLDM ke 81.   Kami bertolak 6 pagi dari Dato Keramat dan tiba di Navy base jam 10.30 am. Just nak share beberapa foto. Warga Taichi lain ada di belakang. Foto gambar beramai-ramai tidak menarik. Foto bersama kak Rohaya, owner Hair Salon Muslimah di Keramat Permai.   Ini view dari atas kapal KD Mutiara. Di belakang tu ada banyak kapal layar.  Yang di sebelah kiri sekali ialah bot Navy. Pengunjung boleh menaikinya tapi teman tidak berpeluang merasa menaiki botnya. Masa suntuk. 12.30 tengahari berkumpul semula untuk bergerak ke destinasi seterusnya. In sha Allah, lain kali ada peluang lagi.    Atas KDTun Pusmah. Info tentang kapal, boleh dapat di sini  http://www.navy.mil.my/pusmastldm/index.php/penubuhan-u...

Janji...

Sebut tentang Janji, macam-macam yang kita janji. Macam-macam kita dijanjikan. Omputeh sebut, promise. Boleh percaya dengan Janji orang? Bagi teman, tengoklah siapa yang berjanji. Ada orang, kita yakin yang dia mengotakan janji-janjinya. Ada orang memberi harapan seolah-olah itu janjinya kepada kita. Dalam soal hubungan sosial dan tidak rasmi, janji ditabur di hujung lidah. Bibir berbicara yang indah-indah. Boleh percaya? Kita sendiri yang menentukan. Kita tunggu. Apabila tiba masanya, kita lihat apa yang berlaku.... itu cara teman. Dalam soal kerja/profesional, tiada hitam putih, tak payah ler nak percaya janji-janji sebegini. Yang bercetak, ditandatangani sekalipun, ada yang memutarbelitkan, ada juga yang tak endah, ada juga yang buat tidak tahu. Allah jua Maha Mengetahui.

Masuk tiket lain?

Image
Tiket bas dalam bandar; naik bas, bayar dan duduk. Sampai destinasi, tekan loceng. Turun. Tiket bas ekspres balik kampung; beli tiket di Hentian Duta, tunggu di platform yang betul, naik bas. Sampai destinasi, turun. Tiket LRT... opps...LRT pakai token; beli di mesin token dengan memilih destinasi pilihan. Imbas token di pintu masuk. Sampai destinasi, masuk token dalam lubang mesin. Tiket KTM; beli di kaunter, tunggu, naik tren. Turun selepas tiba di destinasi. Tiket AirAsia; beli online dan print, atau beli di kaunter. Naik AirAsia. Sampai destinasi, turun. Tiket wayang; pilih movie yang nak tonton. Beratur beli tiket, bayar dan masuk panggung. Tiket oh tiket... dapatkan tiket, dapatlah apa yang dihajat... TAPI... dapatkan tiket, dapat pula apa yang tidak dihajat... SUKA KE? Nak tunggu tiket itu juga ke? Atau masuk tiket lain?

GST sana sini

Image
Sana sini orang cakap pasal GST. Sana sini orang merungut pasal GST. Sana sini orang bertanya pasal GST. Sana sini orang cakap pasal nasihat/cadangan menteri yang umpama melepaskan batuk di tangga. Sana sini orang cakap pasal harga barang sebelum dan selepas GST. Sana sini orang yang bercakap, merungut, melepaskan geram adalah termasuk para blogger. Para blogger Go up and Share their opinion, express feelings via blog masing-masing. Bertandang ke blog bloggers lain, ada yang tidak pernah teman singgah, kali ini teman melawat... itulah penangan GST kepada bloggers waima blogger suam2 kuku dan sejuk seperti teman nih... Semoga peralihan kepada kesempurnaan hidup bersederhana diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira pangkat, taraf kehidupan dan lain-lain yang bersifat duniawi. ***Perkataan 'sederhana' juga perlu didefinisi secara sederhana. Makan2 di hotel 5 bintang didowngrade ke makan2 di hotel 3 bintang; bagi teman belum menepati istilah sederhana. ...

Tanggungjawab seorang Juruwang

Semasa sedang menyemak email, ternampak banyak email draft di Draft folder. Kenapa banyak sangat? Semak satu per satu, yang tak perlu, di delete sahaja. Terjumpa pula email tahun 2012 bertarikh 1 May dengan tajuk Cashier Position. Kandungannya tentang tanggungjawab Cashier. Tak ingat langsung kenapa teman cut paste responsibilities ni. Tapi untuk ingatan, teman rekodkan di sini. Juga untuk ingatan diri sendiri yang pernah menjadi Cashier di Sunshine Square sewaktu fresh grads.... Responsibilities:   - To maintain the cash till accurately according to the set procedures and to keep proper records of operations. To be responsible for all the cash and credit sales in the till during her time of cashiering. - To ensure proper acceptance of credit cards and to be alert of forgeries and the steps to take. - To be aware of possible shoplifters and to ensure all merchandise is being paid before taken out of the shop. - To help maintain security of customer belongings whe...