Posts

Cerita Syawal Teman: Hari memasak

Syawal kali ni, agak berbeza dari tahun yang teman lalui sebelum ni... apa taknya.. malam sebelum raya tu, abah dapat call daripada sepupu yang memaklumkan kakaknya (sepupu teman le juge.. hehe) tak boleh bangkit. Beberapa hari sebelum tu, jatuh dari kerusi yang tak stabil. Jadi, malam raya tu, teman menemani abah amik deme di kampung, masuk ke dalam nun. Tak bagi abah pergi sensorang. Kaki abah tu bukannya kuat sangat, kang nak pijak brek, clutch kang...seghoyo, kata orang Perak, seriau, kata orang Kedah. Jadi, di bawa ke klinik Padang Rengas sebelum ambulan menghantar ke Kuala Kangsar. Setelah deme dan adik-beradik bergerak keluar dari perkarangan klinik, teman kaborkan nak mengisi minyak kereta, senang nak bergerak ke mana-mana raya nanti. Semasa nak pergi, adik lelaki teman dan pompuannya aka menantu hantu mak teman baru sampai. Udah lepas isya' baru sampainya. Mak teman pun kali ni, katanya tak larat nak kejar masak semua untuk Raya esok. Teman pun kabor, "Mak, mana...

Idea... datanglah...

Image
Apabila idea seperti jauh dari ku... ilham tak kunjung, tak tiba... waktu ini yang aku ingat ialah membaca. ya, bacalah! dari pembacaan, boleh bawa kita berfikir, dari berfikir, kita ingin meluahkan. luahan yang terbaik ialah menulis. ya! mesti. wajib. menulis.

Motivasi Tok Rose

Petang-petang ni, teringat arwah Tok Rose. Cerita si pemanjat pokok kelapa (orang Perak sebut, poko nyior). Katanya, kalau nak panjat pokok nyior, kena panjat satu per satu. Takkan dapat memanjat kalau kaki kiri di sebatang pokok, kaki kanan pula di satu pokok lagi. Maksudnya? Nak buat kerja tu biar satu persatu. "Be focus!", kata omputeh. In sha Allah, Tok. Kakak akan cuba sedaya upaya untuk fokus pada kerja yang kakak buat sekarang. semoga Allah merahmati Tok dan semua nenek moyang di kedua-dua belah mak dan abah. Al-fatihah untuk Mohd Rose bin Satariah, Hatijah binti Abdullah Sani, Alang Wahab bin Kulop Abu Bakar dan isteri (lupa pulok nama mak Abah) dan moyang-moyangku.

Kawan mengaji ke Star Hill

Hujan lebat di luar. Bunyi guruh bersilih ganti. Teman di kampus. Tingkat 9. Kabur sahaja pemandangan dek kerana hujan yang lebat. Sejuk mula terasa. Sweater dicapai dan dikenakan. Apa yang hendak diceritakan ini? Kisah semalam. Sekarang teman mengaji al-Quran, bermula dengan iqra' atau masa dedulu, masa kecik-kecik dipanggil ngaji ja'me (bermula alif ba ta dan naik satu persatu). Cuma masa ngaji ja'me, kami mengeja setiap huruf, alif baris atas - aa, alif baris bawah - ee, lebih kurang begitu lah... Seusai pengajian yang berlangsung sejam, teman dan 2 orang kakak yang dikenali di kelas mengaji bersarapan seperti biasa di mall kegemaran kami. Makanan di mall tak lah terlalu sedap, tidak juga sebaliknya, tetapi suasana di Aeon Quill City Mall, dengan layanan mesra staff mereka serta kebersihan yang memuaskan memberi keselesaan kepada kami. Sebelum itu, telah teman maklumkan yang teman hendak ke Low Yatt, nak install antivirus yang dah lebih seratus hari tak ada ...

Selamat Tinggal...

Selamat tinggal.. Selamat lah Teman sudah tidak lagi menyertai kumpulan Taichi yang semakin hari semakin mem'bawang'. Perpindahan ke BB Sentul melambatkan perjalanan untuk sampai ke taman rekreasi tempat kami sering berkumpul. Pemergian Sifu Taichi, Haji Yusuf memberi impak buat teman. Allahyarham pernah memberi tutorial taichi secara personal kepada teman, malahan, video taichi juga pernah dipinjamkan kepada teman. Terima kasih yang tak terhingga kepada arwah. Semoga roh dirahmatiNya dan semoga ilmu yang dicurahkan diberi pahala. Kenapa teman meninggalkan kumpulan taichi? Ya, sebab jarak tempat tingal yang semakin jauh. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya, di belakang, teman dijadikan bahan mem'bawang' seperti yang disampaikan oleh seorang kakak yang penduduk tempatan. Tak mengapa lah...saya hanya orang 'luar'... sebab lain? ujian yang Allah beri menguji nilai persahabatan. Di dalam group whatsapp, teman maklumkan yang bateri kereta dicuri orang. Hanya seo...

habuk, sawang, semak...nak cuci

Memang dah terlampau berhabuk lah blog ini sejak tuannya tak sempat berblogging. Tapi blogwalking sempat pula... Pagi ni, di dalam bas GoKL, hati terasa sayu... terasa tiada tempat nak mengadu. Sorang diri, macam ni lah.. Terus lajak ke KL Sentral membeli tiket ETS pulang malam ni. Sekarang berada di kampus, menyemak urusan kewangan. Alhamdulillah berita gembira, semuanya dalam proses. Dah tu, apa pula yang menyedihkan? Banyak perkara yang berlaku... pemergian Satria 472 masih dikenang...kejadian yang di luar dugaan. Sebelum itu, kejadian ketua rumah unit apartmen yang disewa, umpama menghalau sebelum tempoh berpindah rumah tamat. Sebelum itu pula perpisahan dengan si dia telah di'confirm'kan. Sebelum itu lagi, topik thesis dilarikan orang. Sebelum itu lagi, pindah keluar dari Setiawangsa. Sebelum, sebelum, dan sebelum...banyaknya...ya, banyak. Sebab dah lama tak meluah rasa, melepaskan perasaan. Hanya Allah yang tahu perasaan hati ini. Setiap coretan, untuk mele...

Interesting point of view...& a fact for arguments

Udah lama benor tulisan ni di dalam simpanan email teman. Ex-Office mate cum Ex-classmate forward semasa dia bekerja di Nestle 11 tahun yang lalu. Betul tak betul article ni...tak pasti.. cuma untuk direnung2 dan difikir2kan... copy & paste di bawah Interesting point of view...& a fact for arguments Why there is a 13-month bonus when it's really isn't a bonus? The mystery is finally revealed! When the British were in Malaya, they were being paid weekly and they argued that locals were actually being cheated into believing that the 13th-month pay is a bonus. Locals were being paid monthly which is equivalent to 4 weeks pay because there are 4 weeks in a month. As the British were paid weekly, it worked out to the same. You see, there are 7 days in a week. 4 weeks in a month. 12 months in a year. Then 12 months should work out to 48 weeks only. But 1 year worked out to 52 weeks!!!Hence the 13th month is your own pay (not bonus??!!). So,...

Berebut port

Perebutan yang tidak diketahui oleh pihak satu lagi... Bila?..... Semalam. Di mana?....Perpustakaan Negara, Tingkat dirahsiakan (dah namanya port, of course lah tak nak orang kacau) Waktu?....10 am Perincian kejadian: Macam biasa, cik kak ni menuju ke tempat favorite dia. Maklum ajelah, bukan senang nak dapatkan kerusi dan meja yang sangat sesuai dengan ketinggian dia.... he he Tetiba, dah ada orang duduk. Lelaki tak berambut. Menyampah kakak... dia tak nampak pun apabila kakak lalu lalang 2-3 kali. Tak apalah tempat public, bukannya bayar sewa....after lunch nanti, cabut lah tu...begitulah kebiasaannya. Kakak specky ni lah yang selalu duduk, kekadang sampai kena 'halau' balik (dah library nak tutup, tak reti2 nak balik) Alkisahnya, kakak ni lepas jogging di Taman, terus mandi di taman (kat Tandas Awam taman ada fasiliti mandi. 5 kupang je, mandi sampe kecut jari pun takpe). Seusai mandi, bergerak ke library. Pintu pagar depan masih belum dibuka, bermakna kak...

Spring cleaning

Banyaknya habuk! Teruk bersawang.. Tak tahu nak mula dari mana... in sha Allah... akan mula menulis kembali Banyak yang berlaku... satu persatu akan ditulis untuk ingatan dan rujukan masa akan datang.. Spring cleaning first!

Kaitan jerebu dan berat...

Image
Jerebu melanda negara tak sudah-sudah... okay, tak okay, okay, lagi teruk... Nak mengeluarkan peluh pun dapat sakit. Kali terakhir bersenam di Taman Dato Keramat, terus tak sihat... selepas dari itu, tidak bersenam langsung. Hanya sesekali bertaichi di rumah, itupun buat laju-laju, maklumlah.. buat seorang diri, tiada muzik, tiada sifu... Sedar-sedar, baju-baju sudah ketat belaka... susah hati betul... baju ketat, terbonjol sana-sini. Bulatkan azam untuk mulakan penurunan berat dengan berpuasa. Isnin ni bermula. Pengambilan makanan kena dijaga juga. No more oily, fried food... boleh ke? cekodok? cucur bawang? cucur sayur? mee goreng? pinjam dari Encik Google Mesti boleh, kuatkan azam. Demi memakai semula baju-baju yang masih elok sempurna.. Mesti boleh, mesti boleh...