Lain kali mintak lah lagi...
Aduih... kena perli dengan doktor. Dr. Fatimah gelak, teman pun tergelak. Semasa di ruang menunggu, dalam kepala asyik berfikir macam mana lah nak cakap ni... nak minta ni... Apabila nama dipanggil, masuk ke dalam. Dr. Fatimah menyapa, "Ahh.. apa masalahnya ni?.." Teman cakap ajer le terus terang, "Sebenarnya, doktor. Hari Jumaat lepas, saya niat nak ponteng kerja 2 hari; Isnin & Selasa. nak buat thesis. Tapi semalam, saya sakit perut lah doktor" "Hah! itulah... lain kali minta lah yang bukan-bukan. Kan dah dimakbulkan Allah. Ini dah sakit betul-betul. Nak sangat sakit, ya? Thesis ke mana kerja ke mana.." Aduh!... Sengih ajer le teman. Teman balas, "Saya dah tender resignation, nak fokus study. Dah minta Bos release awal. Tapi dia tak bagi. Dah lah tak bagi, siap pesan, dah habis study, datang balik kerja. Reserve tempat untuk saya. Saya dah tak ada mood nak kerja" Doktor tanya, "Sakit perut, lambat makan ke?" " Sabtu tu, saya ...