Posts

Showing posts with the label hadiah dari alam

My Visit to USM Kepala Batas

Image
I'm in Kepala Batas for a few months. My new housemate is a Sudanese. She is doing PhD research at USM lab at Kepala Batas. I've got an opportunity to enter the lab and view its surroundings. These are photos that I'd like to share..... The building The alley to the lab The herbs garden in between the buildings Nice view in front of the building The birds More birds Far view of the lake and eagles The eagles sat on the fence, facing the lake.  According to the security guard, the eagles migrate to the lake every end of the year. Where it comes from? Wallahu'alam...

Dalam laman ada taman teman....

Image
Hajat di hati nak buat taman herba mini. Masih belum cukup jenis tanamannya dan masih bercampur-aduk. Insya Allah akan difikirkan cara untuk menambahbaik taman mini ini... Ada anak pokok serai di sebelah atas kiri. Anak pokok ulam raja juga tumbuh berdekatan. Pokok bunga ini ambil di kampung dan mudah tumbuh serta menjadi-jadi pula.   Anak pokok ulam raja dan anak pokok cabe.   2 pokok delima kongsi kayu pancang sama. Sabor-sabor ler pokok...nanti teman carikan kome pancang kome sendiri...   Eh eh.. rezki mike, kan. sudah lah kecil ramping, dapat pancang hakmilik sendiri, tak perlu share..   Hai anak-anak pokok cabe... membesar dengan sihat ya..   Hai anak-anak cabe di dalam pot panjang... nanti teman pindahkan mike ke tempat yang lebih selesa, ya..   3 pokok delima dalam 2 bekas mineral besor. Pokok bunga yang tak tahu nama ni menjadi-jadi pula tumbuhnya...biorkanlah deme...   Pemandangan keseluruhan... betapa mininy...

Khasiat minyak zaitun

Image
Teman terjumpa buku ini di Pustaka Negara. Sungguh informatif.  Banyak rahsia khasiat zaitun yang diperolehi. Penterjemahannya pun baik. Teman bercadang untuk mencarinya di kedai buku. Nak beli sebuah untuk simpanan dan rujukan.  Buku ini terbitan ar-risalah product Sdn Bhd. Harganya sangat berpatutan - RM15.

Pokok Cabe teman

Image
Orang Perak panggil cili tu cabe. Ada negeri lain panggilnya lada. Apa-apa pun, rasanya tetap pedas cuma tahap kepedasan berbeza. Teman nak berkongsi foto-foto pokok cabe teman yang semakin segar membugar di laman rumah. Hujan yang Allah turun memberikan rahmat. Pokok cabe dan tanaman lain menjadi segar. Gembira hati teman memetik cabe yang semakin hari menghasilkan bentuk yang semakin membesar. Tidak berbaja langsung. Hanya pada awal menanam dulu (3 tahun yang dulu) ada ditabur baja. Lihatlah saiznya yang semakin besar.  Pokok yang banyak memberi sumbangan. Tidak perlu membeli cabe lagi...  W alaupun pokoknya hampir tidak bernyawa, satu dahan sudah bertukar warna coklat, dahan yang sebelah lagi tetap memberi sumbangan kepada teman....terima kasih pokok!  Indahnya ciptaan Allah, macam-macam rupa bentuk pokok cabe yang terhasil walaupun ditanam serentak, dan dari biji-biji cabe kering dari bekas sama. Biji-biji cabe kering ini pula diperolehi set...

Berkhalwat di sauna

Image
 Merujuk makna bahasa, khalwat ialah  1. perihal (perbuatan) mengasing­kan atau memencilkan diri (kerana mene­nangkan fikiran, bertafakur, dll); Dah lama tak bersauna, dulu, seminggu sekali bersauna sebab tak berpeluang bersenam di awal pagi. Seronok sauna sorang-sorang. Sambil berpeluh, berfikir idea atau apa-apa sahaja untuk self-improvement. Kadang-kadang call orang, bersembang sambil mengelap peluh. ini alat sauna. ada batu di atasnya. dipanaskan dengan kawalan suhu  Cebok air dan senduknya - diperbuat dari kayu   Ini atas bumbung. Semua di perbuat dari kayu.   Kalau dah berasap sangat, boleh buka, bagi lega sikit.. Pintu sauna. Towel teman kat handle pintu. Towel lencun lepas bersauna. Seluruh dinding dan lantai diperbuat dari kayu jenis ringan - tak tahu lah kayu apa tapi mudah kering dan ada bau menyenangkan.

My mini garden - organik lagi...

Image
Hasil mengisi masa lapang sejak mula tinggal di rumah ini, pokok-pokok kecil yang ditanam silih berganti. Walau bagaimanapun, serai yang tumbuh dengan banyaknya sudah pupus.  Pokok ulam raja yang baru telah tumbuh kembali - dengan benih baru.  Satu-satunya pokok ulam raja yang bertahan lama, sudah setinggi pinggang.  Pucuk pokok ini sudah kerap diulamkan.     Cabai ini tidak bermodal RM pun... hanya lebihan biji cili kering untuk memasak ditabur-taburkan. Apabila ada anak-anak pokok cabai yang tumbuh, diubah dan ditanam semula dengan teratur.  Alhamdulillah, pokok cabai yang ini tumbuh dengan baik. Inilah kali pertama ia berbuah dan buahnya sungguh gemuk. Walaupun tidak seperti dijual di pasar, boleh dikatakan baik sebab tidak berbaja.  Cabai-cabai organikku.    Benih pokok bunga yang diberikan oleh Yong Piah semasa bertandang ke rumahnya telah berbunga. Pokok-pokok yang lain akan berbunga tidak lama lagi - ...

Bukan sebarang Ayam

Image
Balik kampung baru-baru ini, mak, abah & kakak ke kampung abah di Keroh. Seronok makan tengahari di rumah kakak sepupu. Yong Piah jamu lauk rendang pucuk paku, sambal tumis ikan & petai mentah. Walaupun ia hidangan ringkas bagi Yong Piah, menikmati hidangan kampung dengan suasana kampung dan bahan masakan segar, lain rasa. Bertambah-tambah nasi & err, boleh bertambah-tambah berat kalau selalu makan begitu. Lepas makan, kami ambil cempedak, jambu merah & limau manis yang orang biasa panggil limau bali. Semasa di sana, sempat juga snap gambar. Yang buat Yong Piah tergelak, sebab kakak asyik snap gambar ayam-ayam kesayangan anak dia, Adli. Ayam-ayam yang Adli bela ada yang tak sama dengan ayam di pasar basah. Ayam-ayamnya boleh mencecah 3 atau 4 angka. Tapi tak tahu lah kakak nak bezakan yang mana nilai 2 angka, 3 angka atau 4 angka. Di mata kakak, ayam semua berkaki dua; suka kais pagi, makan pagi; buang sisa toksin merata-rata; & sedap dibuat rendang atau gulai...

Love this supplement...

Image
For a Radiant, Younger and Brighter Skin! Isogen Plus is a powerful functional food featuring: Fish Collagen Peptides (hydroxyproline) Lecithin & soy isolates from 100% organic soy Omega-3 & 6 for skin & health. Iso-gen plus helps you to achieve a Radiant, Younger & brighter Complexion from inside-out by:- 1)Liver and Bowel Detox (cleansing in preparation for rejuvenation) 2)Collagen Replenishment & Synthesis (Making & Building Collagen through Collagen Peptides) 3)Repair, Rejuvenation & Protection (Strengthens & protects skin, hair, joints, membranes and nails) Iso-gen Plus is not just any Collagen! It's a REAL COLLAGEN that is similar to human collagen..and it is the BEST Collagen formulated by JAPAN Technology. Nutricelle Iso-Gen Plus 20g x 15 sachets I have consumed it previously and it works... really miss the taste, the energy obtained. May consume it again, soon... anyone to order?