Posts

Showing posts from August, 2018

Apabila sel-sel otak enggan nak bersambung...

Siang tadi, boleh juga membaca, menulis sikit, semangat okay, walaupun puasa dan bersahur telur rebus sebiji dengan kopi susu. Biasa bersahur dengan nasi, walaupun lauk kerabu ikan bilis+tomato sahaja. Tiba-tiba, lepas zohor teringat nak call En. Shahrum TuneProtect, bertanya progress claim insurance untuk Satria. 2 hari lagi, genaplah setahun aku berpisah dengan Satria... mana bisaku lupakan peristiwa tragis itu. Kata En. Shahrum, dia akan sediakan dalam minggu ini. Aku terasa suaraku tersekat-sekat, bukan kerana mendengar suara En. Shahrum tapi rasa sayu mengingatkan pemergian Satria. Pagi tadi, aku online TV9 program Tanyalah Ustaz. Dah lama aku tak follow, sejak berpindah dari Keramat ke Sentul - TV aku bawa balik kampung. Tajuk yang dibincangkan "Berkorban Apa Saja". Kata Ustaz, sentiasalah berdoalah agar ditakdirkan dengan takdir yang baik kerana Rasulullah saw juga berbuat demikian. Rupa-rupanya, doa itu selalu saja kita baca - Rabbana atina fid dunya hasanah

Kenal diri melalui kawan

Pagi ini, selepas tamat kelas mengaji, saya serahkan write-up yang telah saya siapkan Khamis lalu kepada Kak Fikah, classmateku. Kak Fikah, seorang muallaf berketurunan Portugis ialah guru Bahasa Inggeris MUET. Rezki menyertai kelas ini, mendapat seorang pemeriksa tatabahasa Inggeris untuk tulisan saya. Tiada caj dikenakan, malahan Kak Fikah nampak berminat nak baca write-up saya.  Seronok dan syukur mendapat kawan yang boleh membantu dan saya juga suka jika dapat kawan untuk dibantu. Dalam berkawan, saya banyak belajar. Belajar dengan ilmu kawan kita, belajar berkongsi ilmu melalui perbincangan, belajar menerusi pemerhatian kita. Dan dalam banyak-banyak yang saya pelajari, anugerah pembelajaran yang paling saya hargai ialah belajar mengenal diri sendiri. Bagi saya, setiap jalinan persahabatan yang memberi kesan positif atau negatif menjadikan saya belajar kenal diri sendiri. Lagi banyak kita berkawan, semakin kita kenal diri kita sebenarnya. Kita tidak perasan hal ini. 

4 series

Apabila usia menjejak 4 series... perbezaan dirasa... Pergerakan tidak selincah dulu. Makan perlu lebih berhati-hati. Buat kerja perlu dirancang dan jangan 'over-ambitious'. Percakapan perlu lebih berhati-hati. SEBAB... Urat dan anggota tubuh dah dipakai lama, jantung dah lama berdenyut. Buah pinggang, perut, usus, dah lama bekerja. Perlu bertoleransi dengan mereka. Disebabkan semua sudah bertambah usia, pergerakan semakin perlahan, nak buat kerja sekaligus kena fikir2kan. Perlu lebih matang dalam merancang. Percakapan perlu lebih berhati-hati sesuai dengan usia yang semakin matang. ALHAMDULILLAH Semasa muda, pernah berjalan laju, pernah bekerja lincah, pernah buat kerja part-time, tak buang masa, gunakan untuk cari ilmu dan skil sebanyak yang boleh sehinggakan skil jahit-menjahit, sulam-menyulam, masak memasak dipelajari. Kesilapan dalam berkata-kata diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian dengan orang sekeliling.