Posts

Showing posts from January, 2015

Tinggalkan aku

Katamu cinta telah tiada Sendiri aku menahan pedih ini Hilang semua rasa Habis begitu saja Untuk bersama buat selamanya Katamu dia yang lebih sempurna Dialah di jiwa Dia nafas asmara Bisikan kata-kata akhir menusuk jiwaku Kini kau datang untuk kembali padaku Pergi sudah tinggalkan aku Ku tak ingin engkau ada, kembali ke dalam cerita hidupku Kubahagia tanpamu dirimu Biar begini adanya aku Kerana tanpamu kutemukan sinarnya Bisikan kata akhirmu itu menusuk jiwaku Kini kau datang untuk kembali padaku Pergi sudah tinggalkan aku Ku tak ingin engkau kembali lagi ke dalam cerita hidupku Usah lagi kau guris hatiku Ku tak mahu lagi merasakan hadirmu dalam hidupku Pergilah kau dari hidupku Kubahagia tanpamu dirimu Biar begini adanya aku Kerana tanpamu kutemukan sinarnya

Apam Kepala Batas

Image
Nampak macam biasa je... di KL pun ada..  Yang luar biasa, rasanya marvelous... tak macam di KL atau tempat lain yang pernah teman rasa. Apam di pasar malam Kepala Batas dan Bertam rasanya lebih padat, gebu dan lembut. Apabila dimakan, terasa mengunyah dan ada rasa mengenyangkan. Nyior yang bercampur garam, terasa kesegarannya. Nyior parut baru, tak simpan dalam peti ais. Apam KL? Rasa cair dalam mulut, tak kenyang.. Harga? Murah... 4 ketul comel ni RM1 sahaja.  Yang paling best, ia dijual panas-panas di pasar malam. Apam dipanaskan di atas para buluh yang unik. Satu yang unik. Tidak pernah lihat di mana-mana pasar malam KL atau Perak yang pernah teman kunjungi.  Cara jualan, rasa yang enak dan harga sangat berpatutan... harapnya peniaga di sana dapat mengekalkan presentation yang nampak ringkas tapi menarik. Yang biasa untuk anda tetapi menarik untuk pengunjung luar seperti kami.

Murtabak Kepala Batas

Image
Murtabak ni teman beli di pasar malam Kepala Batas.  Harga: RM1.50 Saiz: Comel Tahap kepuasan: Mengenyangkan, ada rasa murtabak, ada tergigit ketulan daging, bawang cukanya sedap, dan rangup, cukup rasa cuka dan manisnya. Yang lagi menarik, semasa lawatan ambil angin di bendang, ternampak orang berjualan di tepi jalan kampung. Kalau tak silap, sekitar Bumbong Lima. Kami singgah... nampak ada murtabak. Beli. Harganya; RM1 dengan rasa dan saiz yang sama! Nak dapat makan murtabak begini di KL? Buat sendiri di rumah.... buat murtabak manggi je la...

Cerita Lima Kupang

Image
Apabila Celcom center mula caj RM0.50 untuk setiap panggilan kepada call center, ada problem pun rasa malas nak call... Bukan suka-suka nak call customer service, kita call bersebab. Sejak pulang ke KL, susah benar nak connect internet menggunakan usb modem. Di Kepala Batas, kawasan perumahan yang masih belum siap mungkin menjadi punca servis internet yang teruk. Bukan Celcom sahaja, semua service provider juga begitu. Tetapi tidak menjadi masalah besar sebab boleh menggunkan wi-fi tanpa had di pejabat. Beberapa hari lepas teman terpaksa call Celcom center dan tentu sahaja dicaj RM0.50. Masalah selesai sebentar sahaja. Hari ini terpaksa walk-in ke Celcom di Jalan Ampang. Penjelasan CSR, sebenarnya line teman di bar sebab ada 2 bulan outstanding. Itu sahaja. Kenapa RM0.50 dibazirkan tanpa penjelasan, penyelesaian yang mudah? Mungkin sudah tiba masanya bertukar ke service provider lain... U wait!