Selamat Tinggal...
Selamat tinggal.. Selamat lah Teman sudah tidak lagi menyertai kumpulan Taichi yang semakin hari semakin mem'bawang'. Perpindahan ke BB Sentul melambatkan perjalanan untuk sampai ke taman rekreasi tempat kami sering berkumpul. Pemergian Sifu Taichi, Haji Yusuf memberi impak buat teman. Allahyarham pernah memberi tutorial taichi secara personal kepada teman, malahan, video taichi juga pernah dipinjamkan kepada teman. Terima kasih yang tak terhingga kepada arwah. Semoga roh dirahmatiNya dan semoga ilmu yang dicurahkan diberi pahala. Kenapa teman meninggalkan kumpulan taichi? Ya, sebab jarak tempat tingal yang semakin jauh. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya, di belakang, teman dijadikan bahan mem'bawang' seperti yang disampaikan oleh seorang kakak yang penduduk tempatan. Tak mengapa lah...saya hanya orang 'luar'... sebab lain? ujian yang Allah beri menguji nilai persahabatan. Di dalam group whatsapp, teman maklumkan yang bateri kereta dicuri orang. Hanya seo...