Posts

Showing posts from February, 2011

khas untuk adamku...

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang ti

sembang-sembang @ mamak

Image
Selepas kelas semalam, saya duduk minum bersama teman-teman. Sekali-sekala. Kebetulan pula, saya duduk berdekatan dengan kawan-kawan berbangsa Cina. Kevin d lawyer, Danish d accountant & Edmund d sales expert. Pelbagai cerita dikongsi bersama. Dari pengalaman belajar semasa di peringkat sekolah, pengalaman kerja, persekitaran semasa sehingga membawa kepada hal sejarah dan antara yang menarik perhatian saya, ialah kisah Romance of the Three Kingdom yang dibuka kisah oleh Kevin dan dikisahkan oleh Danish, seterusnya diulas oleh Tuan Peguam kita... Hari ini, saya search tentangnya ... ohh.. rupa-rupanya, pernah difilemkan. Walaupun plotnya dikatakan berbeza tetapi saya rasa sudah menontonnya... pelakon utamanya, Andy Lau. Banyak pengajaran, pelajaran yang saya perolehi semalam... terima kasih kerana berkongsi kisah dan pendapat dalam menjadikan kita lebih matang meniti jalan kehidupan.

anti sosial?

Image
"As expected, memang anti sosial you ni..." Itulah ucapan yang saya terima dari seseorang. Tak kisah... tak meninggalkan bekas. Kalau tak meninggalkan bekas, kenapa menjadi isu dan nak diperkatakan di Blok Teman? Saya hendak menegaskan, inilah diri saya. Saya berasa sudah cukup dewasa untuk saya tahu apa yang saya mahu dan tidak. Maaf. Keluar malam bukan cara saya. Ya. Saya biasa tiba rumah pada waktu malam, sendirian. atas urusan kerja? ya. urusan belajar? ya. keterpaksaan, tidak boleh dielakkan? ya. makan malam? agak keberatan... kenapa? masih boleh masak atau makan apa2 sahaja yang ada di rumah/di dalam peti sejuk. berkaraoke malam? sori... siang atau malam, ia asing bagi saya. Pernah seorang dua rakan bertanya, "You bertudung, sebab tudung atau you islamic? bukan apa, you tak clubbing ke?" ... saya senyum dan menjawab, "I tak suka tempat yang ramai orang. Tak selesa" Pangalaman bekerja di sebuah institusi perbankan di Jalan Ampang memberi peluang saya

udang !

Image
Dah lama tak mengisi ruang jamu selera... semalam, saya masak antara favorite saya, udang goreng. Saya tak suka guna tepung goreng serbaguna yang ada rempah-rempah atau tepung tempura. Rasanya memang sedap tapi macam tak asli. Sabtu lepas, saya goreng udang menggunakan tepung jagung sahaja. Caranya mudah, tepung jagung dicampur air sejuk dari peti ais, letak garam sikit dan lada sulah. Kacau cincai-cincai je. Masukkan udang. Panaskan minyak dan goreng. Siap. Makan dengan sos dan mayonis. Sedapnyeeee...

ada ke takde?

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal... Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada kan? Murid-murid : Ada cikgu. Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi.. Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : pen ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu. Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? Murid-murid : tak nampak cikgu. Guru tadika : Tuhan ada tak? Murid-murid : tak ada cikgu. Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan... Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? Guru tadika : Boleh,mari ke depan. Amin : Kawan-kawan

Happy Chinese New Year & Happy Holiday

Image
dear friends... happy chinese new year and happy holiday too... thanks to my chinese friends that organizing the new year eve...