Posts

Showing posts from April, 2010

Warkah tidak beralamat

Image
Assalamualaikum… aku tahu, warkah ini tiada beralamat. Aku tahu, kepada siapa mahu kutuju tetapi alamatmu tidak pernah kutahu... mengapa aku menulis surat ini? Kerana pengakuan seorang hamba Allah (dibahasakan En. Z) yang menyampaikan kepada ayahandaku. Ayahanda mengkhabarkan kepada bonda. Dan bonda menyusun kata mengisahkan kepadaku. Hampir lapan tahun dahulu, masjid berdekatan rumahku dikunjungi oleh sepasang suamiisteri. Mereka bertanya kepada kariah masjid tentang rumah seseorang yang dicari. Beberapa kariah masjid yang berada di situ bertanya tujuan pencarian mereka. Jawab si suami; anak lelaki kami berkawan dengan anak perempuannya. En. Z turut mendengar. Kata-kata yang diucapkan oleh para kariah bertali arus. En. Z mendengar tetapi tidak berpeluang mencelah dan memaklumkan di mana rumah tersebut. Ucapan akhir salah seorang daripada mereka, ”lebih baik balik sahaja”. Suami isteri itu akhirnya pulang tanpa mengetahui lokasi rumah. Dalam pengakuan En. Z (selepas 8 tahun berlalu), b

Otak-otak Kukus cara Teman

Image
Apa khabar mengkome semua.... lama teman tak mengirim khabor... kali ni teman nak berkongsi resipi Otak-otak kukus. Resipi ni teman dapat dari kalendar Petronas tahun dedulu... teman simpan sebab nampak sedap je ikan dikukus macam tu... Okay, kekawan, mula-mula tu, seperti biasa, ikan dibersihkan. Kalau nak goreng cam biasa pun boleh... tak goreng pun takpe... Langkah 1: penyediaan paste Tumbuk hancur cabai, halia, lengkuas, serai, kerisik, garam secukup rasa. Selepas itu, campurkan air asam jawa. Jumlah bahan-bahan tu ikut citarasa masing-masing. Langkah 2: Gaulkan dengan ikan Langkah 3: Bungkuskan dengan daun pisang Langkah 4: Kukuskan Langkah 5: Siap masak