Posts

Showing posts from July, 2010

I WOO LIGE TWOO BY A AMBERGWER

I would like to buy a hamburger no! don't quit. again. again.

banci..membanci.. pembanci...

21 Julai 2010, 4.20 pm ada orang memanggil. teman keluo... sorang pompuan, sorang lelaki. belum sempat bertanya, deme berkabor dulu; 'banci'. buka pintu. jemput masuk. yang pompuan masuk. cam biasa, bertanya & pembanci sibuk isi borang... antara soklan yg ditanya? nama? teman jawab. teman paham, nama teman ni payah nak dieja. kekadang dah kabor ejaan pun orang salah tulih... pembanci mcm dah x sabor. tanya ejaan ulang kali. teman kata, 'nanti, nama kak memang susah nak tulih ye...' teman keluorkan biz card teman. diisinye. lepaih tu, bertanya pulak nama ahli & taraf pendidikan ahli keluarga lain. sampe kat taraf pendidikan, ditanyanye... "belajar setakat mana?". teman diam. bukan pekak. terkejut + hairan. dia tanya lagi. macam merengus la jugak... teman tunjuk biz card teman di tepi borang banci yg sdg diisi. "ini.." . itu aje sepatah teman cakap. dia pandang/tengok. dia diam. dia tanya lagi. pada firasat teman; pompuan nih x paham

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam (3)

Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas. Barli (sya'ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam. Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air. Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan. Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi Muhammad

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam (2)

Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati. Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. Limau kulit tebal Limau kulit tebal warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu. Tamar kering (tamr) Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini. Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik.

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam (1)

Sumber: Association of Malaysian Students at University of Southern California Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu". Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan. Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan. Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. Timun (