Posts

Showing posts from July, 2011

Misi-misi yang sukses

Hari-hari yang sangat menghambat... tugasan rezki, tugasan ilmu, amanah Allah Misi 1: Assignment Siap satu literature review yang very challenging; review kepimpinan politik wanita. fuh! politik tuh... err ... title yang terpaksa disiapkan, digali hasilnya. (sepatutnya tajuk ni bagi kat 'orang tu'. 24/7 pun tak khatam topik ni dia ulas). Alhamdulillah... hampir 3 am, 19 Julai 2011 baru siap salah satu tugasan Quantitative & Qualitative Research Approaches in Organizational Leadership. Kelas malam tu, wow! orang pertama submit assignment. he he.. orang pertama je.. result tak tau lagi.. seronok punya pasal; malam tu, balik tidur dulu. konon nak bangun awal untuk siapkan transkrip (yang ni rezki). Misi 2: Transkrip Apa nak kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur, subuh gajah + blur sekejap. apasal blur? 20 Julai 2011 ada appointment dentist kat Ipoh. Camner ni? dateline transkrip hari yang sama. Nak drive ke Ipoh? masalahnya, ke kelas malam nanti, of course jalan

Makan cara Islam jamin kesihatan

Dikirim oleh epondok di Mei 29, 2011 Oleh: Prof. Madya Asmak Ali Makanan dan minuman adalah bahan asas yang paling penting di dalam kehidupan seharian seseorang manusia. Ia adalah suatu keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan seseorang itu sebahagian besarnya bergantung kepada makanan dan minuman yang diambil selain ketentuan Allah SWT. Rasulullah SAW pernah menggambarkan di dalam hadis baginda kedudukan orang yang sihat antaranya, sesiapa yang mempunyai pencarian yang cukup (rezeki yang banyak) dan mempunyai tahap kesihatan yang baik seolah-olah seseorang itu merasakan dunia ini dia yang punya. (riwayat Tirmizi) Manusia memerlukan makanan disebabkan beberapa faktor: * Membekalkan haba dan tenaga bagi menjaga dan mengekalkan suhu badan, bagi tugas-tugas pernafasan dan aliran darah, membantu fungsi otot serta proses penggantian zat dalam badan (metabolisme badan). * Membentuk tisu-tisu baru dalam tempoh pertumbuhan badan dan juga untuk m

Hajat belum tertunai

Hajat di hati ingin berkongsi pengalaman market research saya, terutamanya kerja-kerja transkripsi. Tapi hajat masih belum tertunai. InsyaAllah, saya akan kompilasikan segala pengalaman saya dan adik saya yang tak seberapa ini dalam bentuk perkongsian online. Harap rakan seperjuangan juga sudi berkongsi pengalaman. Untuk apa? berkongsi dan belajar dari pengalaman orang lain agar kemungkinan kesilapan yang akan kita lakukan berada dalam kekerapan yang rendah. Masih ramai sahabat, rakan, kenalan di luar sana yang tidak fahami bidang/industri ini. Kesan dari tidak memahami; sukar mendapatkan kerjasama, tugasan kami menjadi begitu mencabar, mengejar tarikh mati (dateline) beban di bahu. Sedangkan kamilah orang-orang di belakang tabir yang memenuhi keperluan anda sekalian. Takkan ada syampu khas untuk rambut gugur jika kami tidak membantu pengeluar syampu. Takkan ada siaran TV yang menarik untuk anda bersantai bersama keluarga. Belum pasti kereta yang anda pandu memenuhi keperluan keluarga

Research Methods: Quantitative vs Qualitative comic strip

Image
thanks for those who come out with this explanation... really helps me. posted here to help my friend in need of understanding.