Posts

Showing posts from August, 2013

Ketua Kelas

"Cikgu, saya minta maaf kerana tidak menjadi ketua yang baik" "Saya faham situasi kamu, it's okay" Pada hari pertama, saya meminta sesiapa sukarela menjadi ketua bagi mengawal disiplin ahli kelas. Seorang pelatih bangun, menyatakan kesanggupan untuk memimpin kelas. Bukan mudah untuk mengawal kelas yang terdiri dari 39 ahli dari pelbagai latar belakang, budaya dan gaya hidup. Walaupun berasa diri gagal, bagi saya, keinginan untuk mencuba adalah lebih baik dari berdiam diri. Peluang yang diambil digunakan untuk menguji potensi diri. Menggunakan peluang yang ada; jalan terbaik untuk menguji diri dan mencari kelemahan diri. Kejayaan mampu digapai setelah mengetahui potensi diri. Ini adalah landasan untuk bergerak ke hadapan menghadapi dunia lebih mencabar. Cikgu ucapkan GOOD LUCK! Jangan gentar menghadapi cabaran mendatang

Hidup & Pilih

Image
hidup ini pelbagai ragam

Kisah balik Raya

Saya dah balik ke tempat cari makan. Alhamdulillah, dipermudahkan perjalanan balik. Syukur juga kerana dipermudahkanNya perjalanan balik ke kampung tempoh hari. Menyebut perjalanan balik kampung, saya menggunakan perkhidmatan bas dari Pudu Sentral. Walau bagaimanapun, saya tidak suka meluangkan masa terlalu lama di Pudu Sentral. Pengalaman hampir kena pow 2 kali menyebabkan saya lebih berhati2. Guna servis bas sebab tiket tren ke utara dah habis. Drive with my own car? Oh! minta maap lah... penat...  Kali ini, saya bukan nak cerita pasal kena pow. Cerita kena pow tu, insya Allah dalam entri lain. Pada hari yang nak balik, dengan tiket bas perjalanan 9 pm, congak2, tak sempat kalau berbuka puasa di rumah. Mesti keluar rumah sebelum Maghrib. Tapi terlalu awal pula berada di Pudu Sentral. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk tapau makanan berbuka di Bazar Ramadhan berdekatan rumah, terus ke stesen LRT dan berbuka + solat di Masjid Jamek. Selepas bersolat, bergerak ke Pudu Sentral. 

Selamat Hari Raya!