Posts

Showing posts from March, 2010

Berniaga: apa yang utama?

Tulisan saya sebelum ini; diakhiri dengan ayat yang jika diucapkan, umpama mulut takde insuran. Jika tulisan, tulisan takde insuran agaknye... Bukan tujuan untuk menyindir. Saya berkongsi kisah tersebut untuk berkongsi sedikit ilmu yang sekelumit pada diri saya. Pada hemat saya, sekilas pandang di pusat komputer tersebut, boleh saya simpulkan; zaman gemilangnya sudah berakhir. Saingan dari pengusaha CC yang menyediakan peralatan baru, kepantasan melayari internet, suasana yang lebih selesa dan mesra pengguna menjadi ancaman kepada pengusaha lama. Jika saya berada di tempat pemilik kedai dan bertemu pelanggan lama yang dikenali bukan sekadar hubungan pelanggan-peniaga, sudah pasti saya meminta pandangan ikhlas. Walaupun saya telah menawarkan khidmat konsultansi kepadanya tetapi mungkin tidak yakin dengan kebolehan saya atau sayang pinjaman tunai diagih untuk bayaran fee yang mana disia-siakan dengan air liur dan kertas-kertas kerja konsultan sahaja, di sini saya lontarkan apa yang ingin

Orang kita berniaga....

Nampaknya ada kerja yang terpaksa saya cetak segera. Saya ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan percetakan. Sebaik tiba, saya menuju ke Pusat Komputer yang biasa saya kunjungi sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, 7 tahun dahulu. Walau pun Pusat komputer dan Cyber CafĂ© (CC) semakin bercambah di bandar diraja ini, saya tetap memilih tempat lama. Lagipun, pemiliknya telah biasa dengan saya. Mudah berurusan. Sebaik menjejakkan kaki, terasa suasananya berbeza dari dahulu. Agak suram. Kurang pelanggan. Saya terus memilih komputer dan menyemak kerja saya sebelum dicetak. Semua emel yang diterima turut disemak. Selesai urusan, saya terus ke kaunter bayaran. Pemiliknya sendiri berada di kaunter bayaran. Sementara menunggu baki wang saya dikembalikan, saya mendongak melihat dinding Pusat Komputer. Ada berbagai warna yang pudar. Oren, kuning dan biru nampak bersopak. Agaknya hati kecil pemilik terasa dengan tingkah saya. Dia berkata, ”Kami nak buat cantik-cantik, cat semula tempat ni”. Disebabka

Loghat Teman, siri 3

Dalam siri mari belajar loghat teman kali ini, saya ingin memperkenalkan beberapa patah perkataan baru yang berkaitan dengan bau. Bau menggunakan pancaindera hidung. Mengikut pengetahuan saya tentang penggunaan istilah bau di kalangan masyrakat setempat, terdapat beberapa istilah yang agak luar biasa didengari dalam bahasa harian orang-orang luar daerah. Berikut ialah perkataannya. 1. Mengit mengit ini adalah gambaran apabila hidung tercium bau yang kuat dan boleh membuka selera penghidu tersebut. Contoh ayat: 1.1 "Pagi-pagi, menghala je ke Kampung Paya Renggam tu, agak mengit je hidung ni... mana taknye... deghoyan deme bertimbun tepi jalan" Ayat difahami: "Jika menuju ke Kampung Paya Renggam pada waktu pagi, hidung ni tercium bau yang kuat. Apa tidaknya, durian-durian mereka bertimbun di tepi jalan" 1.2 "Sapa le ni... time2 Subuh macam ni dah menumih sambe. Mengit .... je. Lapo dibuatnya" Ayat difahami: "Siapalah agaknya yang menumis sambal di wak