Posts

Showing posts from December, 2013

kuliyyah subuh - musibah melanda...

Image
Lambat ke kuliyyah subuh di masjid Muaz b Jabal tadi... terima kasih ms google hampir pukul 6.45 pagi baru tiba di masjid. Walau bagaimanapun, bersyukur kerana berjaya bangun awal dan hadir ke masjid. Sewaktu melangkah ke perkarangan masjid, sudah terdengar suara ustaz menyampaikan kuliah. Masuk di cuping telinga saya, "Susah dan senang itu adalah musibah" Huraian ustaz sewaktu saya telah bertimpuh di ruang masjid - contoh seorang hamba Allah yang meminta seorang ustaz mendoakan agar rezkinya dimurahkan dalam perniagaannya. Kemudian, hamba Allah ini tidak kelihatan langsung. Lebih kurang setahun, hamba Allah ini kelihatan di masjid yang sama dan bersua dengan ustaz yang sama. Hamba Allah ini memperkenalkan dirinya dan mengingatkan ustaz tentang doa yang pernah diminta dibacakan. Katanya, " Selepas saya meminta ustaz berdoa, rezki saya murah. Saya agak sibuk. Tetapi kini saya susah sedikit. Ustaz tolong doakan saya" Ketika susah, kita ada masa untuk ke ru

Rutin lepaking

Image
Sejak 3 tahun menjadi warga kota semula, selain duduk di rumah, tempat lepak pun telah berubah. Biasanya, pagi-pagi beriadah di sini (pinjam dari gugel) Selepas itu ke tempat kerja. Selepas resign, biasanya ke kampus & bertapa di campus library atau lebih selesa di national library.  Sudah setahun tamat belajar. Rutin tak banyak berbeza. Pagi - berusaha memaksa diri beriadah. Kalau tak bekerja, mengunjungi PNM. (pinjam dari gugel juge) .... bosan? entahlah... buat masa ini, inilah tempat2 yang selesa & selamat... selamat diri, selamat poket... :)

Semangat berkobar, hasil tiada

Siang tadi moyok... kurang sihat sikit... biasa lah apabila usia semakin meningkat (rasa makin tua...sebab memang dah tua pun..). Tertidur selepas tertidur. Terjaga selepas telefon berdering. Ada pula telemarketer beritahu dapat free voucher. Layan kan ajelah... Selepas tu, teruskan membaca. Tetiba dapat idea, hasil dari bacaan jurnal. Selepas maghrib, menghidupkan komputer & internet. Tapi... sedih sungguh... akses ke laman yang dikehendaki... seperti menanti buah mempelam muda luruh (pepatah baru ke? - pokok mempelam depan rumah dah berbuah tapi hijau lagi) Akhirnya, meluah rasa di blok teman ni lah... tiada hasil dapat dituai. Mohon diizinkanNya, esok dapatlah memuatturun segala keperluan dan bahan di PNM. 

Inspiring book inspired me

Image
Love reading this kind of book rather than love or romantic novel. Inspiring and motivating. Written by successful and risk taker couple. It can be bought here; http://www.amazon.com/The-Risk-Takers-Entrepreneurs-Strategies/dp/1593156375 OR just get the copy by loan it from as what I've done......................

Apabila sembang kosong...

Selepas solat 'Isya malam tadi, lapar dengan tiba-tiba. Mihun goreng tomyam yang dimakan sebelum solat 'Asar tidak dapat bertahan lama di dalam perut. aduh... mesti makan juga.. nasi beras perang masih berbaki di dalam periuk. Masak sahaja lah lauk paling ringkas - sotong goreng kunyit + halia muda + kacang buncis. All in 1. Dah habis makan, housemate balik & join makan. Menu malam dia pun simple - burger ayam. Cukuplah mengalas perut sehingga pagi esok. Berbual sambil makan. Tiba-tiba dikejutkan dengan suara salam dari luar. Housemate membuka pintu. Jiran sebelah datang bertandang, membawa pamplet makanan kesihatan. Melayan bersembang dari satu topik ke satu topik. Dari topik produk yang dibawa sehinggalah hal peribadi - bagaimana detik pertemuan dia dengan suaminya. layan, layan juga. Sampuk juga cakap dia. Tapi... aduh... tak dapat ditahan-tahan, menguap di hadapan tamu. Housemate pun dah bersandar di dinding. Dalam hati, tertanya-tanya juga, sudah pukul berapa ni

Menyusuri Sungai Melaka

Image
Semasa lawatan ke Melaka bersama warga Taichi Dato Keramat, kami sempat menyusuri sungai di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka. Dikongsikan beberapa gambar untuk kenangan di kemudian hari. 

Taklah sibuk sangat...

Lama tak menulis kerana mood menulis yang menurun. Internet slow antara puncanya. Selepas tulisan yang akhir; - menerima tugasan transkrip, - trip 2 hari 1 malam ke bandar bersejarah Melaka - pulang ke kampung berhari raya Aidiladha - kembali ke ibukota dengan tugasan biasa - menyertai ekspedisi ke Tasik Kenyir - pulang sebentar ke kampung - persiapan temuduga - kali pertama mendapat temuduga Pensyarah - mendapat tugasan 10 hari yang dipendekkan menjadi 9 hari (sebab geng interviewer yang expert dan power2 belaka) - hal tertunda turut perlu diselesaikan segera... huh! no more rehat2 before the year ended Ya Allah! berikanlahku kekuatan untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna demi masa depanku... Amin.