Posts

Showing posts from May, 2011

The 360 Degree Leader

Image
Just bought this book. Just started reading it. Just started to know more about my leadership skills. Just started to experiment it... heee :) sorry in advance to those that become my experiment subject accidentally & purposely... :( very unfortunately to them..

My School

Image
Terima kasih cikgu... cikgu2 yang ada dalam video ni.. Cikgu Ramlah - Cikgu SRT yang comel; ajar masak memasak, jahit menjahit, petua2 rumahtangga. Ilmu diguna sehingga kini. Saya dapat A2 masa SRP. Cikgu Khazary - Cikgu Sejarah Form 2. Cikgu yang suka bercerita. Saya dapat A1 masa SRP. Cikgu Meenakshy - Cikgu Sains Form 3. Selalu panggil saya Juliana dengan nada lembut sekali.. dapat Credit je untuk subjek Sains masa SRP. Cikgu Sabudin - Dato' sekarang ni, Cikgu Biologi. Dapat Credit je masa SPM. Cikgu Mokhtar - Cikgu BM masa Form 3. Buku karangan BM saya selalu hilang. Asal hantar kerjasekolah, buku saya tak dapat balik. Akhirnya terbongkar misteri kehilangan buku... ditemui di atas meja anak lelakinya... ha ha.. apa2 pun, terima kasih cikgu.. prestasi bahasa saya tidak pernah menurun sehingga kini (perasankah aku?). A1 untuk subjek BM SRP. Last but not least - HM yang tidak pernah jemu-jemu memberi motivasi, kata2 yang kami anggap berleter tak sudah... tapi kata2nya yang berul

Gulai Tempoyak

Image
Sudah lama tidak mengisi ruang jamu selera. Bukan tak teringat. Banyak juga resipi dicuba dan dimasak. Banyak lagi yang dibeli siap.. he he.. tapi lauk di atas teman masak sendiri. Gulai tempoyak ikan. Jangan tanya ikan apa. Dah tak teringat jenis ikan sebab dimasak pada 1 Mei. baru hari ini sempat meng upload nya. Adik teman makan, "emmm...sedap!..", kata dia ler... Ada yang tak reti buat gulai tempoyak? Senang je... masuk cili kering dikisar secukup pedas atau untuk pedas melampau, bubuh cabai burung(cili padi/cabai melaka) + sedikit kunyit hidup yang telah ditumbuk halus atau 'rajin', masukkan sahaja serbuk kunyit sedikit + tempoyak secukup rasa + serai yang telah dititik + santan + ikannya. Rebus dalam periuk sehingga elok masak dan tambahkan garam secukup rasa. Mudah sahaja memasak gulai tempoyak ni. Bahan pentingnya ialah tempoyak. Pastikan tempoyak asli dan berkualiti untuk menghasilkan gulai tempoyak yang enak.

Neraka Jahannam

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai dise

Bangunkan Potensi Diri!

"Saya tidak boleh buat kak. Saya dah 'push' diri saya. Saya tidak boleh kerja pakai otak" Kenyataan yang saya anggap agak sukar diterima. Kenapa? Sebelum kenyataan tersebut terpacul dari mulutnya, saya pernah berkata kepada individu ini; "Kalau anjing kejar, rasa-rasanya boleh lari laju dari biasa tak?" Dia angguk. Saya akui kebolehan diri yang dikurniakan kepada setiap orang sememangnya berbeza, tetapi adakah kita benar-benar sudah menguji kemampuan diri kita? Adakala, kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara kerana pengurusan perancangan dan pengurusan pelaksanaan yang lemah. Bagaimana hendak menolak 10 kg bebanan dengan menggunakan 2 ibu jari? Mampukah? Apakah cara terbaik menolak bebanan tersebut? Itu yang perlu diurus, dirancang; barulah pelaksanaan itu lancar. Mungkin soalan saya tentang dikejar anjing tempoh hari tidak meninggalkan kesan untuk berfikir lebih panjang. Maklum sajalah, siapalah saya. Bukan pendidik, bukan pemimpin, bukan ahli motivasi.

Apakah Nilai Kita?

Pagi tadi, saya singgah di kampus untuk mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Encik Pahrol Md Juoi. Hari ini baru saya tahu yang beliau juga adalah seorang penulis lirik lagu-lagu nasyid termasuk lagu Sumayyah. Disebabkan lagu bukan minat saya, agaknya, sebab itulah saya lebih mengenali beliau sebagai seorang penulis. Ada antara bukunya yang saya promosikan di online bookstore saya. KLIK SINI . Tertarik dengan tajuk dan mengenali hasil tulisan penceramah menyebabkan saya menghadiri majlis ilmu ini. Banyak yang disampaikan dalam masa yang singkat. Yang ingin saya kongsikan untuk entry ini ialah Formula Kecemerlangan Individu. Beliau membahagikan kepada 3 iaitu: 1. Personal = memiliki visi dan misi hidup 2. Professional = membangunkan potensi diri ke tahap maksimum. 3. Interpersonal = memberi kebaikan kepada orang lain. InsyaAllah dalam entry yang akan datang akan saya tulis kupasan beliau tentang 3 perkara ini untuk dikongsikan bersama-sama teman-teman sekalian.

Yeop, plz consider others

Image
Before: 3 seats = 1 passenger + 2 bag(?) After; 3 seats = 2 passengers Any comment? My comment = hensem camne pun, kalau perangai camni, kata org perak 'tak kesior teman'

kenangan lalu menggamit rindu..

Image
Cuti hari pekerja dihabiskan di Kuala Lumpur, lebih tepat menjejak zaman kanak-kanak di sekitar Kampung Pandan, Maluri. Tiada gambar diambil tetapi setiap kali melalui tempat-tempat yang masih ada, bangunan yang masih tersergam, menggamit kenangan 30 tahun lalu... Jalan Belangkas 3, kejiranan yang masih segar dalam ingatan. Main Teng-teng dan Zero point bersama kawan-kawan bangsa Melayu, Cina, India, Sikh. Kali pertama cabut gigi susu..Klinik Pergigian Kampung Pandan. Demam? Klinik Kampung Pandan. Kali terakhir mendapatkan perkhidmatan di sini; Ramadhan, 2007, kena food poisoning. Tak jumpa gambar sekolah in google image.. terjumpa imej buku rampaian sekolah dari blog junior, bubbles182.com. Akak pinjam ye dik Julia... buku sama cam dedulu, masih guna layout yang sama... Pasar Kampung Pandan. Dulu tak macam ni, dulu simple betul.. ingat lagi ikut emak beli ayam dan barang-barang basah di pasar lama dulu. Kaki confirm basah kena air pasar... Apa lagi, ye? banyak... tak terluah dengan k

Day Train

Image
Balik kampung! Took day train... enjoy the scenery. Just snap few photos before reach the station (actually photos taken before the exam; busy bites) Kuala Kangsar Station; developing the new one... memories remain... that chubby lady cannot 'churi' cekodok apek anymore temporary one