Posts

Showing posts from June, 2015

Ramadhan dengan Tok Rose

Setiap kali Ramadhan, pasti teman terkenangkan tok teman, bapak kepada emak teman. Selepas teman dilahirkan, teman cuma ada Tok dan Opah sebelah emak je. Tok dan Opah sebelah abah tidak sempat melihat kewujudan teman. Teman masih ingat, ketika kali pertama cuba  berpuasa penuh. Darjah Tiga. Waktu itu, abah dalam proses berhenti dari Airforce Service. Berkursus. Teman dan adik-adik serta emak sudah pulang ke kampung, tinggal di rumah yang abah dah sediakan di Pekan Padang Rengas.  Tok sering menjenguk kami. Kerap juga kami pulang ke kampung Tok. Tak jauh pun dari Pekan, cuma masuk ke dalam. Waktu itu, laluan masuk kampung ada kebun getah kiri dan kanan. Kini, sudah ada Kolej Vokasional Teknik dan taman-taman perumahan. Ada beberapa hari dalam bulan Ramadhan, kami bermalam di rumah Tok dan Opah. Tok sangat baik orangnya, very humble dan kelakar tetapi bermotivasi dan memberi motivasi serta kreatif orangnya. In sha Allah, akan saya ceritakan lain kali.  Semasa berpuasa

Ramadhan datang lagi

Salam Ramadhan kepada semua sahabat, pengunjung yang sudi bertandang ke Blok Teman. Ada ke yang menziarah? Kalau sudi, tinggalkanlah jejak... buat suntikan semangat menulis. Ramadhan kali ini, mohon diberikan kesihatan dan kelapangan masa untuk beribadah dengan lebih baik dari tahun-tahun lalu. Juga, memohon sebanyak-banyaknya agar hajat hamba Mu yang hina-dina ini dimakbulkan. Sudah lama berhajat, masih belum Allah tunaikan. Masih banyak kekurangan dalam diri sehingga Dia belum perkenankan permohonanku...  Agenda Ramadhan kali ini juga dirancang untuk pelaksanaan sesuatu yang tertangguh berkali-kali. Semoga Allah perkenankan untuk dipermudahkan pelaksanaan perancangan ini.  SALAM RAMADHAN TO ALL

Rahsia Istikharah

Ketika salah seorang trainee teman dahulu tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk perancangan setelah tamat kursus, teman suruh dia keluar kelas. Keluar kelas, terus ke masjid dan dirikan solat istikharah. Bukan gurauan. "Ambillah masa anda sebanyak mana pun". Teman lihat dia terlalu kabur dalam tujuan hidupnya. Rakan-rakan sekelasnya mengetawakan dia sambil menyuruh dia cepat-cepat ke masjid. Minggu lepas, staf teman menghantar surat peletakan jawatan kerana mahu menyertai kursus peringkat sijil. Sebaik sahaja Chairman tahu, staf tersebut terpaksalah mendengar ceramah - sudah ada diploma tetapi nak sertai kursus persijilan. Sebaik keluar dari bilik Bos, wajahnya nampak serabut. Sebaik Bos sudah keluar, saya nasihatkan dia beristikharah.  Habis menasihatinya dengan contoh pengalaman teman sendiri, kedengaran azan zuhur dari surau berhampiran. Tanda lunch hour. Saya tanya, "Tak keluar makan ke?" Dia geleng kepala dan menjawab dia sudah makan. Saya pula be

Sunshine Square dan kenangan 1998

Image
Tamat menuntut ilmu Pengurusan dengan majoring in Marketing dan minoring in Islamic Studies. Majoriti peluang kerja di Penang telah dibekukan. Teman dan kawan-kawan terpaksa berusaha mencari apa-apa sahaja kerja, asal sahaja bekerja yang halal. Sebaik habis menduduki peperiksaan akhir, hari Isnin berikutnya, bersama-sama rakan serumah yang telah tamat studi; kami ke Bayan Lepas FIZ. Kerja kilang biasa pun tidak mengapa.  Malang sekali, sebaik tiba di Intel Penang, HR Manager sudah mengenalpasti yang kami ini USM student... kami hanya isi borang, tidak berjaya mendapat apa-apa pekerjaan kerana over-qualified. Walau bagaimanapun, teman dan beberapa orang rakan dalam kursus yang sama bernasib baik kerana nama kami diajukan kepada agen pekerjaan (waktu itu, employment agency agak baru dan asing). Kami mendapat kontrak sebagai Stock Option Representative selama 4-5 bulan. Dapatlah cari modal untuk belanja menghadiri interview dan persediaan konvokesyen pada bulan Julai 1998. Tamat kon

Semua aturanNya...

Hari ini  sepatutnya menjadi hari yang agak suram untuk teman... left WhatsApp group sekolah, tinggal seorang diri di rumah... 3 housemate balik kampung. Yang seorang lagi bekerja. Pagi-pagi lagi sudah bersiap keluar untuk menghantar kain dibuat baju kurung raya. Dua pasang. Sepasang dibeli sendiri. Sepasang lagi, hadiah semasa mengunjungi booth Bumiputra Retailers Organization di KLCC beberapa minggu lalu. Tak sangka pula dapat hadiah dari Jakel. Seronok berbincang dengan tailor baru di Kampung Baru, bagaimana cutting yang teman berkenan. Seusai urusan, ada jemputan tahlil dari salah seorang ahli tai chi, makcik Siti yang baru 3 bulan kehilangan suami. Rumah kami pun tak berapa jauh. Dalam perjalanan balik, singgah di rumah beliau. Berjumpa pula beberapa ahli tai chi yang agak rapat dengan teman. Mereka mengajak teman ke lagi satu kenduri aqiqah di hulu kelang pula. Malas teman nak pergi...tak berapa biasa dengan ahli tai chi yang baru. Maklumlah...dah banyak ponteng tai chi..