Posts

Showing posts from December, 2009

2010

Image
dear kekawan, sahabat, teman & taulan, selamat melangkah ke tahun .... semoga rezki tahun ni lebih melimpah ruah... amin...

Loghat teman, siri 2

Bertemu kita lagi dalam slot Mari belajar loghat teman. Kali ini kita akan mempelajari satu istilah yang agak tidak menyenangkan tetapi perlu diketahui. Perkataan ini ada yang tidak diketahui oleh kawan saya yang lahir dan dibesarkan di Perak. Tidak mengapa...janganlah dituduh Yong ni Perak murtad... tak baik... Perak ni luas. Bahasanya berbeza-beza atau mungkin juga makbapaknya dulu bercakap KL di rumah... jangan marah2... baik, perkataan tersebut ialah Ghenyang Cara disebut: ghen-nyang. Maksudnya: Desakan yang melampau dan menyebabkan orang yang didesak berasa rimas. Dalam situasi yang merimaskan, istilah ghenyang ini boleh juga digunakan. Yang menariknya, perkataan ini adakalanya boleh menggunakan imbuhan me dan di pada pangkal perkataan. Ia juga boleh digandakan. Contoh-contoh ayat: Ayat 1 " Teman ni la, pantang kalo oghang jenih meghenyang. dah teman kaborkan. tak nak bagi gambo penuh tu, paham la... kalo dah ghenyang sangat, gudbai je la, wassalamu..." Ayat mudah difah

Penghargaan...... pelaburan bernilai

Susulan dari tajuk entry saya terdahulu; penghargaan: 1 impak pelaburan. Ramai yang beranggapan situasi tersebut baik untuk diteladani/sempadani jika kita terlibat dalam dunia perniagaan. Bagi saya, tidak sama sekali...dalam kehidupan harian, ada insan yang terlepas pandang tentang nilai sebuah penghargaan(appreciation) Bagaimana menghargai seseorang? dalam entry yang lalu, penghargaan yang saya maksudkan ialah kunjungan ziarah dari seorang majikan kepada orang bawahan yang ditimpa musibah. Menghargai seseorang tidak memerlukan kita berbelanja wang ringgit, intan berlian...inilah pendapat saya yang adakalanya tidak selari dengan orang lain... Seorang kenalan pernah meminta saya tidak menghubungi secara langsung. Mahal katanya, mudah ber sms sahaja. Saya jelaskan, saya menghubungi untuk satu pelaburan. Menerusi perbualan secara langsung, emosi yang di sebelah sana boleh diketahui. Intonasi, nada suara masih boleh dikenalpasti walau tidak bertentang mata. Pandangan yang dilontarkan oleh

INGATLAH DIRIKU

Tiba-tiba menerima panggilan daripada teman lama . Aku tau hang ikut blog aku, lagu ini ditujukan kat hang dengan ucapan ' terima kasih kerana still ingat kat aku, take good care of your family' CHANDRA FEAT DATO’ SHEILA MAJID CHANDRA sejujurnya diriku tak ingin kehilanganmu aku masih sayang padamu namun bila dirimu tak lagi memerlukanku cukup sampai di sini hingga kini bersama lag i ingatlah diriku yang pernah ada di sampingmu ada di waktumu ada di hatimu kuingat dirimu yang pernah hadir di sampingku temani waktuku temani hatiku SHEILA sejujurnya diriku tak ingin kehilangaan mu aku sangat sayang pada mu namun entah mengapa perpisahan menjemputku semoga kita bersama lagi CHANDRA & SHEILA ingatlah diriku yang pernah ada di sampingmu ada di waktumu ada dihatimu kuingat dirimu yang pernah hadir di sampingku temani waktuku temani hatiku cinta adalah kenangan manisku bersama dirimu CHANDRA ingatlah diriku yang pernah ada di sampingmu SHEILA ada di waktumu ada di hatimu kuingat

Penghargaan: 1 impak pelaburan

Tajuknya menampakkan seolah-olah saya ingin membawa anda kepada satu diskusi yang berat. Beratkah? bergantung kepada penerimaan anda, penghayatan, ketelitian anda. Saya ingin berbicara tentang dua situasi yang pernah saya perhatikan/alami/diperdengarkan. Situasi 1 Ketika itu, saya baru menjawat jawatan sebagai Pembantu Khas kepada seorang VIP. Beliau mempunyai sebuah syarikat bumiputera, peninggalan allahyarham suaminya. Sebelum saya meneruskan kisah situasi ini, ingin ditegaskan; bukan bertujuan untuk menjatuhkan imej sesiapa tetapi sebagai renungan bersama... Pagi itu, saya dimaklumkan oleh seorang Pegawai Operasi, salah seorang kakitangan bawahan telah kembali ke rahmatullah. Arwah telah berkhidmat sejak allahyarham Dato' menerajui syarikat. Berita itu dikhabarkan dengan segera kepada Y.Bhg. Respon beliau, dapatkan alamat rumahnya, untuk tujuan berziarah. Saya berusaha mendapatkannya. Alamat diterima, terus ditaip dan cetak (terpaksa berbuat begitu kerana beliau seorang yang kem

BIAR PAPA ASAL BERGAYA

Ungkapan ini sering dikaitkan dengan anak negeri Perak. Saya pernah dijadikan bahan sindiran oleh Datin Pengerusi, majikan tempat lama saya bekerja. Sindiran yang agak tajam kerana katanya orang Perak sanggup berhabis-habisan, menghabiskan wang ringgit hanya untuk memenuhi keperluan dan kehendak agar tampil bergaya segak. Benarkah? Memandangkan saya sahaja anak negeri Perak dan jelas sekali beliau maklum hal ini, beliau meminta saya mengiakan sebagai tanda bersetuju. Saya angguk sahaja kerana beliau bercakap di khalayak para orang bawahan. Benarkah? Adakah Pembantu Khas beliau yang mengenakan tudung bawal dan berbaju kurung atau sekali sekala berkebaya labuh dengan solekan serba sederhana, menyandang beg kulit yang sama setiap hari ini berpegang kepada prinsip Biar papa asal bergaya? Kata bonda saya, "Macam mana susah hidup kita pun, jangan sesekali tunjukkan kesusahan kita. Jangan dek kerana susah, tak berduit, kita nampak selekeh. Pakaian kita kena dijaga. Walaupun baju lama, bi