Posts

Showing posts from June, 2018

Cerita Syawal Teman: Raya 1

Nak nyambung cerite semalam.  Di pagi raya, time abah, mak dan deme berdua bersarapan, teman menggosok baju sendiri, baju2 mak, & baju2 abah. Idak le teman minum pagi dengan deme. Tak kesior makan dengan orang bermuncung. Teman tak kisah pun pergi ke masjid sensorang. mak pun tak kisah nak pergi dulu, apa kisahkan...udah berkongsi pagor dengan masjid. Pintu pagar belakang ghomah terus keluar masuk laman masjid. Tangga masjid tak sampai 10 langkah orang dewasa. Ikut cerita mak teman, menantu dia macam ikut dari belakang. Mak buat nohen je... teman takde menghasut... hati emak dah terguris kalo oghang buat anak2 dia dan buat perangai dengan dia. Dalam masjid, pompuan tu duduk saf yang sama, berselang dengan sorang ahli jemaah. Mak buat nohen je. Mak pun rasa tak selesa sebab di bawah terlampau ramai oghang. Mak naik ke atas. Teman pula awal-awal dah naik bahagian atas masjid. Tak gemor nak berhimpit-himpit. Tinggal le pompuan tu sorang-sorang ... Seusai solat, bersalam-sa

Cerita Syawal Teman: Hari memasak

Syawal kali ni, agak berbeza dari tahun yang teman lalui sebelum ni... apa taknya.. malam sebelum raya tu, abah dapat call daripada sepupu yang memaklumkan kakaknya (sepupu teman le juge.. hehe) tak boleh bangkit. Beberapa hari sebelum tu, jatuh dari kerusi yang tak stabil. Jadi, malam raya tu, teman menemani abah amik deme di kampung, masuk ke dalam nun. Tak bagi abah pergi sensorang. Kaki abah tu bukannya kuat sangat, kang nak pijak brek, clutch kang...seghoyo, kata orang Perak, seriau, kata orang Kedah. Jadi, di bawa ke klinik Padang Rengas sebelum ambulan menghantar ke Kuala Kangsar. Setelah deme dan adik-beradik bergerak keluar dari perkarangan klinik, teman kaborkan nak mengisi minyak kereta, senang nak bergerak ke mana-mana raya nanti. Semasa nak pergi, adik lelaki teman dan pompuannya aka menantu hantu mak teman baru sampai. Udah lepas isya' baru sampainya. Mak teman pun kali ni, katanya tak larat nak kejar masak semua untuk Raya esok. Teman pun kabor, "Mak, mana

Idea... datanglah...

Image
Apabila idea seperti jauh dari ku... ilham tak kunjung, tak tiba... waktu ini yang aku ingat ialah membaca. ya, bacalah! dari pembacaan, boleh bawa kita berfikir, dari berfikir, kita ingin meluahkan. luahan yang terbaik ialah menulis. ya! mesti. wajib. menulis.