Posts

Showing posts from August, 2014

Ramadhan berlalu..

Lamanya tidak meluah rasa di sini. Banyak perkara berlaku; gembira, sedih, tenang, syukur, stres dan pelbagai lagi berlaku dalam Ramadhan yang lalu. Hanya berusaha sebanyak mungkin untuk beramal lebih dari hari-hari sebelumnya.  Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah sepanjang Ramadhan. Bukan setakat kesihatan yang baik, selera makan dan rehat yang sepuas-puasnya. Sememangnya sudah berniat di awal Ramadhan untuk mempergunakan Ramadhan ini sebaik-baiknya untuk berehat dan beribadah.  Tawaran kerja CATI pun tidak ditunaikan. Hanya di awal Ramadhan menyiapkan tugasan terjemahan soalan kajiselidik yang diminta oleh sebuah syarikat yang kali pertama teman berurusan. Syukur dengan rezkiNya. Sepanjang Ramadhan, teman memanjat doa sebanyak-banyaknya. Semoga Allah kabulkan doa teman... Ucapan Salam Syawal dari seorang teman seperjuangan Sarjana dahulu menyentuh rasa "Salam Aidilfitri. Kemaafan dipinta. Moga Allah menerima dan meng...