Posts

Showing posts from February, 2015

Rokok dedaun nan rimbun...

Image
Perkara biasa di utara tanah air melihat golongan muda seperti ini menghisap rokok daun. Ini kertas/daun kering yang digunakan membalut isi tembakau. Ini pula tembakau kering. Daun, tembakau, lighter. Bekalan daun dan daun kering ini boleh diperolehi di mana-mana; kedai runcit dan pasar malam juga. Lori kecil ini berniaga semua jenis rokok termasuk rokok daun. Towkay rokok ini bergerak dari pasar malam ke pasar malam. Foto ini dirakam dengan izin penjual lelaki muda berbangsa Cina di Pasar malam Sabtu pekan Kepala Batas. Semasa mengambil angin melawat bendang, terserempak dengan lori comel ini di sana. 

Kesan Banjir di hometown

Image
14 January 2015 pulang sehari di Kuala Kangsar kerana ada hal yang nak dibincangkan bersama Abah. Sebaik sahaja tiba dan masuk ke dalam kereta, Abah mengajak teman dan emak melihat kesan banjir di Lembah Kuala Kangsar. Waktu kami tiba, kakitangan MPKK sedang sibuk mencuci.  Kru Media Prima turut berada di kawasan pembersihan.     Kesan kepada pokok dan bangunan di Lembah Kuala Kangsar    Ini pula foto-foto yang diambil bersebelahan bawah istana di Bukit Chandan.  Ini pula kesan-kesan yang dirakamkan sepanjang tepi Sungai Perak (menghampiri Taman Tepi Sungai Kuala Kangsar) ketika turun dari Bukit Chandan.