al fatihah

2 Ogos 2009, 8.30 pagi, menerima panggilan dari seorang kawan lama, kawan sekolah, panggilannya tidak sempat dijawab. Ketika itu, saya baru tiba di KL Sentral dalam perjalanan ke Kuala Kangsar. Saudara Rozal bertanya sama ada mendapat perkhabaran dari sahabat kami, Asma. Saya maklumkan, tidak menerima sebarang mesej daripada Asma. Rozal memaklumkan yang salah seorang sahabat kami, Masnita Rashid telah kembali ke rahmatullah. Terkejut saya dan terus teringat yang Mas akan melahirkan anak tidak lama lagi.

Saya bertanya, “Apa ceritanya?”
Rozal menjawab, “Tak tau, cuma terima sms dari Ma”
Sebaik sahaja meletakkan gagang, sms dari Ma diterima.

Saya meneruskan perjalanan pulang dengan keretapi. Setibanya di stesen Kuala Kangsar, saya menghubungi Rozal semula dan beliau dalam perjalanan ke sana.

Disebabkan pakaian saya yang ‘improper’, saya pulang ke Padang Rengas bertukar pakaian terlebih dahulu dan mencapai kunci satria, kembali ke Kuala Kangsar. Sahabat-sahabat lain; Rozal sekeluarga, Kathy, Kole, Fauzi, Kole besor, Aidy, Nizam, Shuk, Fazli sempat ke kubur. Setelah usai, mereka berkumpul di restoran berdekatan. Sesi bertukar khabar dan menghilangkan penat selesai. Saya mengajak Kathy menemankan saya bertemu orang tua arwah.

Di rumah arwah, kami berjumpa ibu dan kami ingin mengetahui kisah sebenarnya. Kata ibunya, arwah melahirkan bayi berusia 37 minggu. Atas nasihat doktor, arwah dibedah dan selepas dibedah, bayinya diletakkan di dalam inkubator. arwah dan babynya diletakkan berasingan. Oleh itu, jururawat menasihatkan, jika mahu menjenguk bayinya, arwah mesti ditemani. Menurut ibunya lagi, arwah ditemani kakaknya. Seminggu selepas melahirkan, arwah dijangka ‘discharged’ pada Ahad, 2 Ogos 2009. Tetapi bayi lelakinya masih di hospital. Disebabkan baby belum boleh menyusu badan, susu arwah disimpan sahaja terlebih dahulu. Ibu arwah merancang untuk membeli lebih banyak botol susu untuk simpanan kerana arwah tidak perlu berulang alik setiap hari ke hospital. Sebelum itu, dia ada mengadu angin di perut tetapi perutnya sudah tidak keras sangat.

Ahad, 2 Ogos 2009, 6 am, ibunya menerima panggilan mengatakan dia di wad ICU. Sebaik sahaja solat Subuh, ibunya hendak berangkat ke Ipoh. 6.30 am, menerima panggilan dari suami arwah. Suami arwah tidak bercakap, hanya suara tangisan kedengaran. Menurut ibunya, doktor memaklumkan yang saluran jantungnya pecah (maaf, jika salah info kerana saya tidak boleh memberi tumpuan, sedih sangat…). Doktor memohon post mortem dijalankan ke atas mayat tetapi pihak keluarga menolak. Arwah Masnita disemadikan di tanah perkuburan Talang, Kuala Kangsar.

Arwah dan saya

Semasa di SM Raja Permaisuri Bainun, kami tidak pernah sekelas. Saya di kelas 1A2, 2A2 dan 3A2. Kalau tidak silap saya, arwah di kelas 1A3 dan 2A3. Form 3, saya tidak pasti. Selepas SRP, arwah meneruskan sekolah di MRSM.

Ramai yang tidak tahu yang saya pernah sekelas dengan arwah semasa darjah 3 di SRK Datin Khadijah. Saya pun tidak tahu, arwah pun tidak tahu, sehingga satu hari, sewaktu kami Form 2, ada kawan sekolah rendah kami datang ke Bainun. Dia cam saya dan mengatakan yang kami bertiga pernah sekelas di kelas 3 Bunga Raya. Saya dan arwah tidak ingat kerana saya hanya belajar sekelas selama 6 bulan sebelum saya mengikut orang tua berpindah ke Kuala Terengganu. Saya bertemu semula dengan arwah di USM. Lantaran kursus yang berbeza dan School kami juga jauh, sekali sekala sahaja saya terserempak dengannya. Itupun, tidak dapat berbual panjang.

Selepas sekian lama, kami bertemu semula di rumah saudara Fauzi. Itulah kali terakhir bersua, cuma sekali sekala ada juga ber messenger sebelum saya terlalu sibuk dan arwah pula berpindah ke Seri Iskandar.

Alfatihah untuk Masnita Rashid. semoga rohnya dicucuri rahmat…

Comments

Saidah said…
takziah dari saya..
meorjay said…
Al Fatihah
Takziah dari saya
Memang sedih
anna said…
ye.. takziah untuk mas sekeluarga
syinaz said…
sedihnya.. anak nyer baru seorang tu ke or dah ada bbrp org?
anna said…
anak ke 3 atau 4...

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang