lau sher sama anak-anak didik
jumaat lepas lau sher julie lambat tiba ke rumah, tersangkut di klinik gigi. buat rawatan saraf. sehabis je rawatan, lau sher teringat kat anak-anak didik lau sher ni. nak drive laju, ujanlah plak. tiba di pekan, sudah 5.20pm. sudah lambat 20 min. nak call emak, bateri kong... erm... semasa satria nak masuk ke jalan rumah, lau sher nampak 4 orang daripada kamu bermain di kaki lima kedai d mara yang telah ditutup. lau sher hon berkali-kali baru kamu nampak. semua datang kepada lau sher. lau sher tanya "mahu belajar atau tidak?" kamu angkat bahu, ada yang mengeleng. lau sher tanya "mana lagi 2 orang?" kamu jawab,"sudah balik". lau sher cakap,"okay, hari ini tak ada kelas, esok petang macam biasa". semua angguk & terus berlari, bermain semula. emmm budak-budak... sabtu lau sher kene ke tempat kerja. ada aktiviti. pukul 3 lebih, lau sher cepat2 beredar. singgah solat di masjid berdekatan. hujan terlalu lebat. lau sher tunggu di masjid. tunggu huj...