Warkah tidak beralamat
Assalamualaikum… aku tahu, warkah ini tiada beralamat. Aku tahu, kepada siapa mahu kutuju tetapi alamatmu tidak pernah kutahu... mengapa aku menulis surat ini? Kerana pengakuan seorang hamba Allah (dibahasakan En. Z) yang menyampaikan kepada ayahandaku. Ayahanda mengkhabarkan kepada bonda. Dan bonda menyusun kata mengisahkan kepadaku. Hampir lapan tahun dahulu, masjid berdekatan rumahku dikunjungi oleh sepasang suamiisteri. Mereka bertanya kepada kariah masjid tentang rumah seseorang yang dicari. Beberapa kariah masjid yang berada di situ bertanya tujuan pencarian mereka. Jawab si suami; anak lelaki kami berkawan dengan anak perempuannya. En. Z turut mendengar. Kata-kata yang diucapkan oleh para kariah bertali arus. En. Z mendengar tetapi tidak berpeluang mencelah dan memaklumkan di mana rumah tersebut. Ucapan akhir salah seorang daripada mereka, ”lebih baik balik sahaja”. Suami isteri itu akhirnya pulang tanpa mengetahui lokasi rumah. Dalam pengakuan En. Z (selepas 8 tahun berlalu), b...