Warkah tidak beralamat
Assalamualaikum… aku tahu, warkah ini tiada beralamat. Aku tahu, kepada siapa mahu kutuju tetapi alamatmu tidak pernah kutahu... mengapa aku menulis surat ini? Kerana pengakuan seorang hamba Allah (dibahasakan En. Z) yang menyampaikan kepada ayahandaku. Ayahanda mengkhabarkan kepada bonda. Dan bonda menyusun kata mengisahkan kepadaku.
Hampir lapan tahun dahulu, masjid berdekatan rumahku dikunjungi oleh sepasang suamiisteri. Mereka bertanya kepada kariah masjid tentang rumah seseorang yang dicari. Beberapa kariah masjid yang berada di situ bertanya tujuan pencarian mereka. Jawab si suami; anak lelaki kami berkawan dengan anak perempuannya. En. Z turut mendengar. Kata-kata yang diucapkan oleh para kariah bertali arus. En. Z mendengar tetapi tidak berpeluang mencelah dan memaklumkan di mana rumah tersebut. Ucapan akhir salah seorang daripada mereka, ”lebih baik balik sahaja”. Suami isteri itu akhirnya pulang tanpa mengetahui lokasi rumah. Dalam pengakuan En. Z (selepas 8 tahun berlalu), beliau sendiri terpengaruh dengan pandangan serong segelintir golongan yang sering berkunjung ke masjid itu. Benar. Ayahanda tidak ke masjid bersebelahan rumah. Kenapa? Kerana ayahanda bonda berniaga di bandar Taiping, 35km dari pekan yang kami diami. Seawal pagi sudah keluar mencari rezeki. Pulangnya setelah matahari tidak kelihatan. Adat berniaga, begitulah.....
Maaf. Namamu hampir terpadam dalam diari hatiku. Fikirku dulu, kau tidak sudi berkawan denganku kerana penampilanku, fizikalku atau apa2 sahaja tentangku yang tidak menepati spesifikasi wanita sempurna di mata seorang lelaki.
Perkenalan kita bermula di mymasjid.com. Waktu itu, komuniti di laman ini kebanyakannya dari utara tanah air. Kau jauh di pulau kelahiran Mahsuri. Aku pula baru sahaja memulakan tugas di kotaraya Kuala Lumpur (KL). KL begitu asing bagiku. Aku menumpang di rumah sepupu. Di pejabat, hanya aku dan Pengarah Projek sahaja perempuan, sementara yang lain – suami orang yang sudah berusia. Pengarah projek iaitu bos aku pula selalu tiada di pejabat. Aku tiada kawan. Kau kawan siberku yang setia. Setiap hari kita berbalas emel. Pertanyaan kita hanya hal-hal biasa. Kebetulan pula, kita dari IPTA yang sama. Seniorku rupa-rupanya. Cuma, kau di cawangan Tronoh. Aku pula di Pulau. Bulan Ramadhan hampir menjelang. Aku semakin sibuk. Emel tetap bertukar ganti.
Satu hari, kesibukan yang menggigitku menyebabkan aku terpaksa bermalam beberapa hari di rumah bosku. Lupa aku memaklumkan kepada kau. Bosku pula tidak melanggan internet. Setelah pulang ke pejabat, aku membuka emel dan kau menulis. ”Awak tidak balas emel saya. Kenapa? Awak sudah tidak sudi berkawan dengan saya lagi ke?” . Aku terkejut. Ku jelaskan hal sebenar, sekaligus memohon maaf. Emel ku dibalas. Kau meminta no handphoneku. Aku agak keberatan. Bukan mudah aku memberikan no handphoneku. Setelah aku menimbang, fikir. Apa salahnya...kan teman siberku ini seniorku jua. Kebetulan, rumah orang tua kita di negeri yang sama.
Walaupun no handphone masing-masing telah diperolehi, hanya sekali sekala kita ber sms. Bercakap, jarang sekali. Emel: seperti biasa, setiap hari bekerja.
Aku masih ingat, saat aku bermasalah menyediakan carta proses, kau membantuku. Kau terkejut, kerana aku berada di pejabat pada hujung minggu. Kau berusaha membantuku. Kau emel bentuk aliran dan memberi penjelasan bertulis beserta contoh aliran proses. Belum sempat aku membuka emel yang dikirim, kau hubungiku dan menerangkan kepadaku. Kau guru yang baik. Mungkin juga kau mewarisi sifat pendidik ayah kau. Aku masih ingat. Kata kau, apa-apa proses mesti diakhiri dengan bentuk bulatan, sebagai end of the process. Berulang kali aku berterima kasih kepada kau. Ucap kau, ”takdak apa-apa lah... nak tolong, orang baru kerja....” .Ilmu itu tersemat sehingga kini dan setiap kali menyediakan carta aliran proses, tanganku terus sahaja melakarkan bentuk bulat, segiempat, bujur dan bentuk-bentuk asas berkaitan.
Selepas menyambut Hari Raya, kita kembali bertugas. Emel dan sms semakin kerap. Berkongsi minat yang sama, berasal dari IPTA yang sama, jarak bandar ibubapa kita yang berdekatan, menjadikan kita semakin akrab.
Satu hari kau memaklumkan yang ibupejabat KL meminta kau menghadiri kursus dan seminar di KL. Pada hari kedua kau di sana, kau menghubungiku. Masing-masing agak kelu. Aku ingin menyatakan hasrat bertemu tetapi malu. Kau pun jua ku rasa begitu. Perbualan kita agak tidak lancar. Pada sebelah petangnya, kau menghubungiku lagi dan memberanikan diri bertanya bagaimana cara untuk ke tempatku. Aku maklumkan.
Selepas solat Maghrib, aku keluar mendapatkan bas ke stesen LRT Setiawangsa. Kita ber sms memaklumkan lokasi masing-masing. Aku meminta kau mendapatkan LRT ke Setiawangsa. Kau tersilap. Turun di Wangsa Maju. Aku menunggu. Kau meminta aku menurutmu di sana. Kata kau; ada shopping complex dan boleh duduk minum-minum. Aku terdiam. Malu rasanya untuk mengatakan yang aku tidak tahu. Aku meminta juga agar kau datang ke stesen Setiawangsa. Tiba-tiba aku rasa kelakar. Teringat kita bertukar maklumat; warna pakaian yang dipakai. Setiap kali ada lelaki keluar dari pintu, aku memandang atas dan bawah. Akhirnya kau muncul. Kau pandang aku dan menegur. Aku angguk. Kita seperti tidak berani mengukir senyuman. Kau bertanya kepadaku, ke mana hendak dituju. Aku hanya nampak sebuah restoran berdekatan stesen. Kita menuju ke sana. Dalam perjalanan, kau menyatakan rasa hairan dengan sikapku tadi. Akhirnya, aku mengaku. Tiada tempat lain yang ku tahu tentang KL melainkan rumah makcikku di Pandan, rumah sepupuku, pejabat, rumah bosku dan Puduraya (itu pun pasal nak balik kampung).
Kita minum dan berbual. Dari hal kerja, tentang pengurusan projek berpindah kepada hal keluarga. Kau hilangkan ’gabra’ dengan meminta izin kepadaku untuk merokok. Aku selesa mendengar kisah keluarga kau, juga tentang kerjaya kau sebagai jurutera mekanikal. Kau juga turut bertanya mengenai tugasku yang menguruskan perancangan projek konsultansi syarikat. Setelah hampir 2 jam, kita beredar. Kau bertanya, bagaimana mahu pulang. Dengan jujur, ku menjawab; dengan bas di stesen LRT. Kata kau, bahaya berseorangan di malam-malam begini. Kau dapatkan sebuah teksi. Kita naik bersama. Teksi menghantarku sehingga ke apartmen dan kau memastikan aku selamat naik. Sebaik tiba di tingkat dua, kunampak teksi baru beredar untuk membawa kau ke hotel penginapan. Hari ini, selepas sekian lama, barulah ku sedar; kaulah lelaki pertama yang menghantarku pulang dan memastikan aku tiba ke rumah dengan selamat.
Selepas berselang minggu, aku kira, kau telah kembali ke tempat kerja. Emel kau tidak ku terima. Sms jauh sekali. Aku menghubungi kau. Tidak berjawab. Kali kedua, dijawab. Kau melayanku seperti orang asing. Aku faham. Berhenti di situ sahaja. Segala kiriman emel kau dihapuskan. Walaupun, agak terkilan, seniorku melayan sebegitu.... aku harus mengerti. Fikirku, paras rupa juga yang menjadi ukuran.
Kini, setelah 8 tahun berlalu, baruku tahu hal sebenarnya. Jika kau tidak serius, masakan kau meminta ibubapa kau mencari rumah keluargaku. Lokasi rumah, aku yang memaklumkan kepada kau. Malang, mereka bertemu orang yang salah. Aku tidak pernah salahkan ibubapa kau. Mereka bukan berasal dari negeriku. Mengenali masyarakat setempat melalui perkhidmatan sebagai penjawat awam.
Syukurku kepadaNya. Aku percaya, ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Aku tidak pernah membencimu atas respon kau yang terakhir. Seorang senior yang kukenali di laman siber, seorang berhemah, dan sifu;pernah membantuku. Sungguh tidak patut aku melupakan namamu. Akhir kata, di mana pun kau berada, aku mendoakan kau berbahagia. Semoga sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Terima kasih senior.
Ikhlas,
Your Junior

Comments