Pesan Ustaz Teman..
Terkejut teman menerima berita dari trainee teman. Tersangkut di Bagan Serai kerana mengikut program bantuan banjir. Katanya, sepatutnya pulang semalam tapi masih terkandas di sana. Sudah seminggu berada di sana dan sudah seminggu juga tidak menghadirkan diri ke kelas. Peperiksaan pula hari ini dan lusa. Apa komen anda? Dalam situasi begini, masih segar di ingatan teman, pesanan Ustaz Radhi, ustaz yang mengajar teman semasa mengikuti kursus minor pengajian Islam di USM dulu. Ustaz Radhi mengajar teman dua subjek; Prinsip dan Sumber Perundangan Islam, dan Mu'amalat. Pesan ustaz dalam salah satu kelas tutorial kami dahulu, tanggungjawab yang diutamakan mengikut turutan: Pertama - Allah Kedua - Diri sendiri Ketiga - Keluarga terdekat. Kemudian Jika belum berumahtangga, ibubapa. Jika sudah berumahtangga, suami/isteri dan anak-anak. Disusuli ibubapa. Keempat - Jiran tetangga terdekat Kelima - Masyarakat Seterusnya, baru masyarakat yang lebih jau...