Pesan Ustaz Teman..
Terkejut teman menerima berita dari trainee teman. Tersangkut di Bagan Serai kerana mengikut program bantuan banjir. Katanya, sepatutnya pulang semalam tapi masih terkandas di sana. Sudah seminggu berada di sana dan sudah seminggu juga tidak menghadirkan diri ke kelas. Peperiksaan pula hari ini dan lusa. Apa komen anda?
Dalam situasi begini, masih segar di ingatan teman, pesanan Ustaz Radhi, ustaz yang mengajar teman semasa mengikuti kursus minor pengajian Islam di USM dulu. Ustaz Radhi mengajar teman dua subjek; Prinsip dan Sumber Perundangan Islam, dan Mu'amalat.
Pesan ustaz dalam salah satu kelas tutorial kami dahulu, tanggungjawab yang diutamakan mengikut turutan:
Pertama - Allah
Kedua - Diri sendiri
Ketiga - Keluarga terdekat. Kemudian Jika belum berumahtangga, ibubapa. Jika sudah berumahtangga, suami/isteri dan anak-anak. Disusuli ibubapa.
Keempat - Jiran tetangga terdekat
Kelima - Masyarakat
Seterusnya, baru masyarakat yang lebih jauh
Dalam hal trainees teman ni, masih banyak yang perlu mereka pelajari dan fikir-fikirkan. Keutamaan kepada Allah tidak boleh dipertikaikan. Keutamaan dan tanggungjawab sesama makhluk perlu dipertimbangkan. Berfikir bukan untuk jangka pendek sahaja, berfikir untuk jangka panjang juga. Melepaskan peluang untuk kepentingan masa depan sendiri - di mana anda letakkan prioriti anda?
Comments