Cerita Syawal Teman: Raya 1
Nak nyambung cerite semalam.
Di pagi raya, time abah, mak dan deme berdua bersarapan, teman menggosok baju sendiri, baju2 mak, & baju2 abah. Idak le teman minum pagi dengan deme. Tak kesior makan dengan orang bermuncung.
Teman tak kisah pun pergi ke masjid sensorang. mak pun tak kisah nak pergi dulu, apa kisahkan...udah berkongsi pagor dengan masjid. Pintu pagar belakang ghomah terus keluar masuk laman masjid. Tangga masjid tak sampai 10 langkah orang dewasa. Ikut cerita mak teman, menantu dia macam ikut dari belakang. Mak buat nohen je... teman takde menghasut... hati emak dah terguris kalo oghang buat anak2 dia dan buat perangai dengan dia. Dalam masjid, pompuan tu duduk saf yang sama, berselang dengan sorang ahli jemaah. Mak buat nohen je. Mak pun rasa tak selesa sebab di bawah terlampau ramai oghang. Mak naik ke atas. Teman pula awal-awal dah naik bahagian atas masjid. Tak gemor nak berhimpit-himpit. Tinggal le pompuan tu sorang-sorang ...
Seusai solat, bersalam-salam le dengan semua orang. opkos, pompuan tu tak bersalam dengan keme sebab keme di atas. Ohh.. nak jadi story jumpa sahabat lama, Liza Shaari. Udah lama benor...lepas dia kawin, tak jumpa pun. Dia kawin pun dengor cerita je. Berjumpa, anak dah darjah 3, Aina Natasha - anak tunggal Liza. Selain kami kawan sekelas semasa sekolah rendah, darjah 5 dan 6, kami ni bersedara. Sepatutnya teman kena berbahasa dengan Liza, makcik Liza....sebab dia dua pupu dengan emak teman, sebelah Tok Rose.
Teman ajak dia terus ke rumah beraya. Haha. Dia dengan anak dia pun okay. Apalagi riuh rendah macam tak cukup mulut le bersembang dengan dia, disulam dengan sembang mak abah sama. Maklum ajelah mak abah pun mesra dan dah paham dengan keluarga Liza, dan Liza sendiri. Teman bagi can je le deme bersembang sebab plannya, nak sembang panjang, baik bertandang raya ke ghomah Liza pula.
Liza dan Aina nak bergerak balik, ada Ustaz, anak kepada kawan ayah datang. Bersambung le.
Maka, alkisah, pompuan tu, tak keluar2 bilik le.
Raya kali ni jatuh hari Jumaat. Sebelum Jumaat teman di ghomah Liza, jalan kaki short cut aje ke ghomah peninggalan arwah orang tua dia. Ghomah Lizanya di Kuala. Raya pertama kali ni adik-beradiknya balik lambat sebab ada kenduri pada raya ke-3.
Semasa berjalan ke ghomah Liza, bertembung dengan sepupu teman yang ghoper2nya tinggal belakang ghomah Liza. Disuruhnya datang beraya. Teman singgah sekejap.
Udah lama teman tak berjalan beraya macam tu...seronok benor rasanya, jumpa kawan yang dah lebih 10 tahun tak berjumpa. Berjalan raya sensorang diri. Dulu peghonah buat macam tu, zaman lepas sekolah, umur 18-19 tahun.
Walaupun hati ada sakit dengan pompuan yg tahu makan berhidang, basuh pinggan makan sendiri je, kegembiraan tu dapat kot lain...apa-apa pun...raya pertama kali ni berbeza dari raya2 sebelum ni... Alhamdulillah...
Comments