Posts

Showing posts from November, 2018

Menuju Baitullah... in sha Allah

Hari minggu lalu, mendengar cerita Ustaz kelas mengaji di Dang Wangi. Serasa hampir bergenang air mata... cepat-cepat tangan dicapai seorang rakan rapat di kelas, seperti mengerti isi hati. Saya mampu mendengar kisah-kisah indah perjalanan umrah yang bakal dilalui beberapa orang rakan kelas bersama Ustaz. In sha Allah, satu hari, saya akan ke sana bersama mak, abah dan jika ada rezki, bersama seorang lagi yang istimewa (yang belum muncul-muncul jua...).

Generasi Tidak Peduli (I)

Di pasar mini, saya membeli sedikit keperluan diri. Sesampai di kaunter, saya lihat ada kotak yang berisi gula-gula terjatuh berselerak di lantai. Saya maklumkan kepada juruwang. Juruwang dengan selamba menjawab yang ia terjatuh disebabkan seorang perempuan muda sebelum saya yang membayar sebentar tadi. Saya nampak perempuan itu, melihat gayanya, mungkin seorang pelajar. Rungut juruwang, "dah lah buat jatuh  barang, buat tak tahu pula, terus pergi" Dalam hati saya, "yang kamu sebagai juruwang juga, selepas terjatuh, kenapa tidak dikemaskan? ada jarak masa antara aku dan budak tadi tu.. juga, selepas aku maklumkan, kenapa tidak dikemaskan? atau katakan, tak apa kak, nanti saya susun semula" Dan, kenapa selepas saya susun kesemuanya (taklah sebanyak mana gula-gula di depan kaunter tu..), tidak terlintas kah mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada pelanggan regular yang tolong menyusunkan barang yang kamu jual? Itu lah... kalau makcik bersuara di m...