Generasi Tidak Peduli (I)

Di pasar mini, saya membeli sedikit keperluan diri. Sesampai di kaunter, saya lihat ada kotak yang berisi gula-gula terjatuh berselerak di lantai.

Saya maklumkan kepada juruwang. Juruwang dengan selamba menjawab yang ia terjatuh disebabkan seorang perempuan muda sebelum saya yang membayar sebentar tadi. Saya nampak perempuan itu, melihat gayanya, mungkin seorang pelajar.

Rungut juruwang, "dah lah buat jatuh  barang, buat tak tahu pula, terus pergi"

Dalam hati saya, "yang kamu sebagai juruwang juga, selepas terjatuh, kenapa tidak dikemaskan? ada jarak masa antara aku dan budak tadi tu.. juga, selepas aku maklumkan, kenapa tidak dikemaskan? atau katakan, tak apa kak, nanti saya susun semula" Dan, kenapa selepas saya susun kesemuanya (taklah sebanyak mana gula-gula di depan kaunter tu..), tidak terlintas kah mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada pelanggan regular yang tolong menyusunkan barang yang kamu jual?

Itu lah... kalau makcik bersuara di media sosial macam IG, FB, banyak pula yang komen dan kecam, dan buat andaian, dan akhirnya menjurus kepada fitnah.

Yang pastinya, saya simpulkan, generasi kini ialah Generasi Tidak Peduli...

- tidak peduli meletakkan kembali barang yang dilanggar walau nyata disedari
- tidak peduli untuk ucap maaf dan tidak dapat menyusun kembali barang yang jatuh, sebab beg sandang yang dibawa besar, badan yang dibawa juga besar; menyukarkan untuk tunduk mengutip barang yang jatuh
- tidak peduli mengemaskan barang jualan dengan segera sehingga mengganggu laluan pelanggan seterusnya
- tidak peduli mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang sukarela mengemaskan untuk kamu!

Bukan mengungkit, bukan mengira, yang hendak diutarakan di sini ialah sikap, tingkah, respon anak muda sekarang.

Banyak lagi yang dapat dilihat... cukup perkongsian hari ini. 

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah