Imbau dan Imbas
Malam ini, Ramadan ke 11. Genap setahun kalendar Islam, teman berkunjung, menulis kembali. Membaca posting yang lalu, cerita tidak bersambung, biarlah sahaja. Teman menulis untuk ingatan diri. Bukan ada pengikut yang perlu teman rasa bersalah kerana cerita-cerita tergantung teman. Walau teman tak menulis di blog, teman menulis di platform lain. Akhir-akhir ini, luahan rasa teman banyak di Instagram melalui berkongsi foto dan video. Asal tercipta akaun ini kerana nak mengiklan produk dropship. Sudahnya, posting teman banyak kepada ekspresi apa yang teman rasa dan lihat. Tetapi, banyak juga yang tak terlepaskan...... Sebelum ada akaun Instagram, teman berdaftar sebagai penulis muda dan menyewa webstore ebook selama setahun. Mampu teman menyewa kerana sumbangan rakan-rakan mengaji dan sedikit imbuhan bertapa di wad Covid-19 selama 11 hari (tetapi dibayar 10 hari). Hasil menyertai kumpulan penulis ini, terhasil 3 buku bersiri: Tetamu COVID-19, diikuti Deria Yang Hilang, 3 ...