Imbau dan Imbas

Malam ini, Ramadan ke 11. Genap setahun kalendar Islam, teman berkunjung, menulis kembali. 
Membaca posting yang lalu, cerita tidak bersambung, biarlah sahaja. Teman menulis untuk ingatan diri. Bukan ada pengikut yang perlu teman rasa bersalah kerana cerita-cerita tergantung teman.

Walau teman tak menulis di blog, teman menulis di platform lain. 

Akhir-akhir ini, luahan rasa teman banyak di Instagram melalui berkongsi foto dan video. Asal tercipta akaun ini kerana nak mengiklan produk dropship. Sudahnya, posting teman banyak kepada ekspresi apa yang teman rasa dan lihat. Tetapi, banyak juga yang tak terlepaskan......

Sebelum ada akaun Instagram, teman berdaftar sebagai penulis muda dan menyewa webstore ebook selama setahun. Mampu teman menyewa kerana sumbangan rakan-rakan mengaji dan sedikit imbuhan bertapa di wad Covid-19 selama 11 hari (tetapi dibayar 10 hari). 

Hasil menyertai kumpulan penulis ini, terhasil 3 buku bersiri: Tetamu COVID-19, diikuti Deria Yang Hilang, 3 sahabat ke Gunung Pondok. Buku bersiri Tetamu COVID-19 sempat teman kompilasi menjadi Tetamu Wad Covid-19. e-book teman semuanya berdaftar, boleh diperolehi di Perpustakaan Negara Malaysia dengan capaian digital sahaja. Penyertaan dalam kumpulan penulis e-book selama setahun memberi peluang teman belajar menulis buku digital dan merekabentuk buku digital sendiri. Ya, ini antara yang membanggakan teman. Digital design. Setiap helaian e-book teman adalah hasil carian imej, reka susun, reka bentuk teman sendiri - luahan/ekspresi peribadi teman. Tetapi penghasilan kreatif ini banyak menuntut masa dan tenaga. Dengan pulangan pendapatan yang tidak seberapa, teman tidak kecewa kerana nilai ilmu itu masih boleh dimanfaatkan di masa akan datang, insha Allah. 

Update teman banyak di blog  https://kerjakutranscriber.blogspot.com/    yang tidak terlalu peribadi seperti di sini.

Sejak kehilangan Satria, sememangnya angin menulis di blog ini tidak sama seperti selalu memegang steringnya. Paling kerap pegang stering, semasa teman mengikuti kursus Master. Dah lebih 10 tahun pun. Ada yang rajin nak menyemak, membaca kisah lalu teman? Silakan.... Ada rezki masa, teman menulis lagi.



Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah