Selamat Tinggal...
Selamat tinggal.. Selamat lah
Teman sudah tidak lagi menyertai kumpulan Taichi yang semakin hari semakin mem'bawang'.
Perpindahan ke BB Sentul melambatkan perjalanan untuk sampai ke taman rekreasi tempat kami sering berkumpul.
Pemergian Sifu Taichi, Haji Yusuf memberi impak buat teman. Allahyarham pernah memberi tutorial taichi secara personal kepada teman, malahan, video taichi juga pernah dipinjamkan kepada teman. Terima kasih yang tak terhingga kepada arwah. Semoga roh dirahmatiNya dan semoga ilmu yang dicurahkan diberi pahala.
Kenapa teman meninggalkan kumpulan taichi? Ya, sebab jarak tempat tingal yang semakin jauh. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya, di belakang, teman dijadikan bahan mem'bawang' seperti yang disampaikan oleh seorang kakak yang penduduk tempatan. Tak mengapa lah...saya hanya orang 'luar'... sebab lain? ujian yang Allah beri menguji nilai persahabatan.
Di dalam group whatsapp, teman maklumkan yang bateri kereta dicuri orang. Hanya seorang dua yang memberi respons. Ahli-ahli yang paling aktif tidak mengungkap sebarang kata buat penawar hati teman yang berduka. Selang beberapa hari, teman ke taman, ada beberapa orang bertanya kejadian tersebut. Itu sahaja. Yang lain? Tiada apa-apa.
Episod mem'bawang' oleh golongan tertentu lah menjadi titik tolak untuk teman menolak terus kumpulan ini. Hanya kerana tidak membawa apa-apa juadah (yang tidak pun diwajibkan) teman di'bahan' di belakang. Benar atau tidak, itulah yang disampaikan oleh kakak yang seorang itu. Teman jelaskan yang teman sekarang tinggal jauh mana sempat nak memasak apa-apa...terus sahaja kakak tu offer yang ada adik-beradik dia boleh ambil tempahan. Oh...begitu ya...
Selepas pemergian nenda tercinta, teman berniat bersedekah. Disebabkan ada warga emas yang baik-baik dan tidak mem'bawang', teman belikan nasi lemak bungkus di UTC Sentul dan bawa pada hari jumaat selepas Taichi.
Memang teman dah berniat, itulah hari terakhir akan teman jejakkan kaki teman ke aktiviti group Taichi.
Sekali lagi, ujian perginya Satria menguji nilai persahabatan group ini. Teman maklumkan kepada ahli group dan kakak group yang berpengaruh dan agak rapat juga dengan teman tentang kejadian yang menimpa di pagi raya Aidiladha. Seorang memberi ucapan takziah. Seorang lagi seperti tidak mengenali teman. Seorang lagi tiada respons sampai hari ini (ini yang paling kerap menumpang Satria jika ada apa-apa program yang memerlukan kenderaan). Kakak yang tiada respons ini, teman ada bertembung dengan suaminya yang memaklumkan yang dia berada di hospital beberapa hari dan suaminya meminta teman menghubungi dia. Walau bagaimanapun, berkali-kali teman mendail nombornya, tiada berjawab atau masuk voicemail. Cukup lah rasanya...
Mustahil untuk ke taman di pagi hari, tanpa kenderaan sendiri.
Selamat lah! Selamat lah! Tidak perlu telingaku mendengar mereka mem'bawang' tentang orang lain. Tidak perlu hati disakiti.
Ketentuan Allah yang terbaik. Syukur! Syukur! Syukur!

Comments