GANTI NAMA

Dipetik dari http://tatabahasabm.tripod.com/tata/gantinama.htm

Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
Kata ganti diri terdiri daripada:
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga);

(b)kata ganti diri singkat;
(c)kata ganti tanya;
(d)kata ganti tempat;

(e)kata ganti tak tentu.

Gantinama Diri
Kata Ganti Diri Pertama
1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap.
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. Kata ganti nama diri pertama berbentuk tunggal ialah aku, saya, patik, hamba. Kata ganti nama diri pertama berbentuk jamak ialah kami, kita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini adalah apa yang saya perolehi dari link di atas, walau bagaimanapun, banyak kata nama ganti diri pertama yang saya telah pelajari dari kecil tetapi tidak disahkan dalam tatabahasa Malaysia. Bagi anak Perak jati, ganti nama diri pertama Teman digunakan sebagai satu perkataan yang halus dan lebih sopan. Teman-teman serumah teman dahulu yang berasal dari negeri Jelapang Padi sering membahasakan diri mereka dengan istilah chek. Tidak kurang juga yang menggunakan istilah kami sebagai ganti nama diri pertama.

Mungkin di ruang saya nanti anda akan menemui pelbagai istilah ganti nama diri pertama yang formal atau tidak...sekadar memperkayakan penggunaannya dan mengikut topik yang akan dikongsi.

p/s: ada sesiapa dari pantai timur semenanjung/sabah, sarawak apa pula ganti nama diri pertama? boleh kongsi?


Comments

Saidah said…
masa kecik2 mmg suka guna 'kami' tapi sekarang tak sesuai dah.. kang org confuse lak..

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Tanggungjawab seorang Juruwang

Sekilas Sekinchan