Selamat datang ke Blok Teman

“ Kak, blog akak salah. Ejaannya salah. Cepat betulkan. Nanti diketawakan orang”
“ Ha?!”
“ Kak eja dengan huruf ‘k’ bukan ‘g’, sepatutnya blog”
“ Oh!.. memang ejaannya begitu… ”
“ Oh!..”

Nampaknya title blog teman ni boleh disalahertikan, lalu teman semak di Kamus dwibahasa:
1. blok = block; group of parties or countries who combine for a purpose.
2. blok = block; compact mass of buildings; large building divided into flats or offices; large quantity treated as a unit; pad of paper for drawing or writing on.

pemilihan istilah ‘Blok’ menepati kehendak teman

Kenapa ‘Teman’? Kerana untuk semua teman lama, teman kini, teman baru, dan bakal menjadi teman; berkongsi kisah, ilmu dan pengalaman. Setiap orang punya pengalaman dan pandangan yang tersendiri. Pengalaman dan pandangan teman-teman boleh menjadi panduan, iktibar dan pengajaran bersama. Bak kata salah seorang bekas pensyarah teman dahulu “ belajar dari pengalaman orang lain dapat mengurangkan risiko kita melakukan kesilapan dalam setiap tindakan”

Salam Ta’aruf, ahlan wasahlan…

Comments

Saidah said…
mak aihh... siap ada terjemahan dari kamus tuu... ini baru intro.. dah start berblogging kak elly aku nie.. bahaya jugak nie.. lepas nie nak cakap apepun kena fikir 10x kali dulu.. nanti abis semua masuk dlm blog kak elly hehe...
anna said…
thanks..sifu ida..

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Tanggungjawab seorang Juruwang

Sekilas Sekinchan