Tugasan hujung minggu

Teman sedang bergelut menyiapkan transkrip bagi projek terbaru teman. Kali ini teman diberi 3 assignment secara berperingkat-peringkat. Projek kali ini di bawah penyeliaan saudara Hakim. So, selepas lama tidak bekerjasama dengan beliau, teman diberi projek komersial. "Berapa minit?" "2 1/2 jam". Aduh! sakit lah teman...Teman collect material pada hari Khamis. Dateline, sebelum hari ketiga.

Kononnya hendak siapkan secepat mungkin, kalau boleh hari Ahad sudah dihantar via emel kepada Caroline. Masak!!.. video tiada kualiti, but okay sebab ada rakaman MP3 tapi apahal kali ini kamera fokus kepada moderator? semua responden membelakangkan kamera.. jenuh teman hendak tahu responden mana yang bercakap.. Malam tadi (Sabtu) teman tido awal, sebelum pukul 9.00 pm. Bangun pukul 12.30 am. Solat. Terus menghadap laptop. Lapar, makan roti, dahaga, bancuh horlicks. Ada masa mengantuk juga, teman basuh kain, mandi. Azan Subuh sudah kedengaran, solat dulu... sambung lagi, mengantuk, tido 1/2 jam.

Apabila hari sudah cerah, keluar sidai kain. Masih di depan laptop walaupun sudah mula kepenatan sebab terpaksa mencuci bahan kumuhan kucing di depan rumah... inilah rutin teman di hujung minggu, jika menerima tugasan. Tidak ke pejabat, tapi masih ada tugasan lain. Teman tidak kisah menerima projek-projek penyelidikan sebegini kerana memang teman berminat. Teman hendak sambung kerja yang baru siap ditulis 50.15 minit dari 2.30.05... doakan teman berjaya siapkannya

Comments

Saidah said…
nampak gaya esok kena amik MC la nie..
anna said…
tak.. akhirnya berjaya juga disiapkan.. tapi tido2 ayam aje la..

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Tanggungjawab seorang Juruwang

Sekilas Sekinchan