motor kapchai abah

Kakak: ish, lajulah sikit
Adik : mana boleh
Kakak: lambatlah kita nak sampai rumah..

Inilah antara bebelan teman kat adik teman semasa dia membawa teman pulang ke rumah.

Waktu itu teman dalam tahun dua di USM, cuti semester biasanya masing-masing sudah ada rancangan. Apabila mendengar ada di kalangan kawan-kawan bekerja sementara semasa cuti semester, maka teman pun teringinlah jugak. Nak merasa juga bekerja sambil mendapat duit poket…

Teman telah berjaya menempatkan diri sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektonik di Ipoh. kilang memasang video player… zaman video player lagi... he he . Sempatlah teman bekerja sebulan...tiap-tiap hari teman berulang alik dari rumah ke Ipoh. Ada van yang menghantar dan mengambil pekerja dari Kuala Kangsar. Jadi, setiap hari teman terpaksa ke Kuala Kangsar untuk menaiki van kilang. Dari rumah ke Kuala Kangsar pula, biasanya abah yang menghantar dan ambil menggunakan motor kapchai. Sekali-sekala, jika adik lelaki ada di rumah, dialah yang akan mengambil teman.

Apabila adik lelaki teman yang mengambil teman balik … sila rujuk skrip di intro tadi… nak kata motor tua tu bermasalah, macam mana pula abah boleh membawa dengan laju? teman yang membonceng di belakang berasakan yang orang mengayuh basikal lebih laju dari motor yang dibawaknya.. pokok-pokok pisang dan pokok-pokok nyior di sepanjang jalan Simpang Lawin, Padang Asam, Batu 17 sempat dan boleh dikira satu persatu … terlampau berhati-hati adik teman membawa kakaknya … tapi kakaknya pulak yang tak sabar, rasa nak suruh adik jadi mat rempit … (sebenarnya dah lapo, nak cepat balik rumah) …

terima kasih kepada motor kapchai yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga.. walaupun usianya sudah 30 tahun tetapi jasanya masih diperlukan .. insya-Allah, akan disiarkan wajah 'sahabat' kami ini di posting seterusnya

Comments

Saidah said…
masa kecik2 pernah jugak naik motor ayah dulu2.. time tuh bole muat 5 org sekaligus (ayah, mak, abg, saya & adik).. ntah mcm mana boleh jatuh moto lak.. masing2 benjol kat dahi..
anna said…
macam satu iklan kete dlm tv, naik moto ramai2 pi beli kete baru ...

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah