PERIA: Penawar diabetes

Percaya atau tidak PERIA adalah penawar. Sama ada anda suka atau tidak, sejak dari zaman dahulu, orang tua-tua telah menggunakan sayur PERIA sebagai penawar untuk pelbagai masalah kesihatan. Tumbuhan ini lazimnya digunakan sebagai ubat tradisional di China, India, Afrika dan tenggara Amerika Syarikat.

Peria yang dikenali dengan nama botaninya, Momordica Charantia, sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien. Namakan sahaja - Vitamin A, Tiamina, Riboflavin, Asid Nikotinik, Vitamin C dan Zat Besi, semuanya terdapat pada sayuran ini.

Mengapa Buah Peria?

  1. Peria telah lama digunakan di India sebagai penawar masalah kesihatan keluarga untuk penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus. Lektin yang terkandung dalam peria telah menunjukkan kesan lipogenic dan antilipolytic yang jelas.

  2. Pelbagai masalah jangkitan dan kanser adalah antara kes kesihatan yang didapati menunjukan kesan positif selepas menggunakan peria.

  3. Peria juga mengandungi vitamin seperti Vitamin A, B1, B2, C dan Zat Besi. Penggunaan secara kerap dapat mencegah kebanyakan komplikasi seperti Hipertensi, Komplikasi Mata, Neuritis dan Kecacatan Metabolisme Karbohidrat.

  4. Peria bermanfaat bagi rawatan gangguan darah seperti masalah cepat marah, kudis, kegatalan, psoriasis, kurap dan penyakit kulat.

  5. Jus segar daripada Daun Peria boleh dijadikan ubatan berkesan untuk kolera peringkat awal serta lain-lain masalah seperti cirit-birit pada musim panas.

  6. Ekstrak daripada peria boleh melambatkan pertumbuhan atau penyebaran sel-sel kanser terutamanya kanser payu dara.



Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah