Kursus Chef di Puncak Bukit

Kunjungan ke rumah sahabat lama di puncak bukit tempoh hari memberi kami peluang;bukan sekadar bertukar kisah dan pengalaman, bertukar resipi pun sempat... sahabat saya ni tidak pernah daftar mana-mana kolej masakan, yang didaftarnya ialah streamyx service. Selain dari itu, kelas Sains Rumahtangga (SRT) semasa kami sama-sama di bangku sekolah. Ilmu yang selebihnya, dikutip secara informal seperti saya memperolehi ilmu masak memasak dari ibuayah, sedara mara, kawan-kawan dan tidak ketinggalan; sumber internet. Berbeza dengan saya, secara praktikalnya, sahabat ini dah ada track record; improved cooking skills... jangan tak caya... di atas bukit, kat Bukit Jalil tu ada chef misteri...

Saya pun sempat membantu sahabat menyiapkan pesanan pakej orang lepas bersalin (dalam pantang). Sambil membuat kerja di dapur, berbual dan inilah antara beberapa resipi yang dikongsi.

Ikan bilis goreng untuk orang berpantang (kali pertama ambil tahu masakan camni)

Ikan bilis digoreng garing, pastu masukkan halia muda yang dihiris bulat nipis (nampak macam kentang lah plak...), goreng lagi, campurkan biji ketumbar, apabila semua dah garing, angkat dan toskan minyak

Betik Muda Ah Pek style (jiran saya yang berbangsa Cina bagi)

1. Betik dipotong dadu. (kalau nak cepat; buat macam saya - sagat memanjang, macam nak buat kerabu mangga tu...)
2. Tumis bawang putih yang telah dicincang
3. Masukkan sedikit udang kering & lada hitam yang ditumbuk hancur
4. Terus masukkan betik tadi dan kacau2
5. Masukkan sebiji telur yang telah dipukul cincai-cincai
6. Tambah garam secukup rasa
7. Apabila dah agak sesuai dimakan, boleh diangkat

rasa sesuai tu bergantung kepada selera masing2. ada orang suka lembut, ada orang tidak suka lembik sangat... terpulanglah... boleh dihidangkan dengan nasi panas bersama ikan kering goreng.. peh... laparlah pulak rasanya...

wa chow...

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah