meh belajo loghat teman

Ramai yang beranggapan loghat perak tu sama saja tapi bagi anak Perak sendiri, masing2 akan keliru juga sebab terdapatnya istilah2 yang disebut berlainan mengikut daerah masing-masing. Disebabkan teman ni anak Padang Ghengah, maka teman nak ketengahkan la sebutan2 istilah yang ada di Perak ni khususnya di daerah teman sendiri. Sebagai panduan kepada anak-anak murid yang tidak ada sebarang pendedahan dengan loghat Perak, diingatkan 'accent' orang Perak ni ada macam bunyi orang Perancis le sikit...mulakan dengan bismillah..

1. sidang = reda

Cth ayat: hujan tengah lebat nih...bahaya bawak motor, tunggu sidang dulu

Ayat standard: Hujan lebat ni…bahaya menggunakan motor. Tunggu hujan reda dulu

2. melantak = makan dengan banyak & lahap

Cth ayat: uih! Mike ni nak makan ke melantak? Bior bebeno yop, nasi dah ghope gunung pondok je..

Ayat standard: fuyo! Awak ni makan ke atau mentekedarah? Biar betul, nasi dah nampak macam Gunung Pondok...

3. tembin= gemuk yang tak seksi, menggeleber

Cth ayat: Cukuplah makan tu, nanti tembin...

Ayat standard: Berhenti makan. Nanti gemuk.

4. sengkak=penuh sangat

Cth ayat: Itulah, dah kenyang pun makan juga. Dah sengkak tu, minum Eno.

Ayat standard: Sudah kenyang pun masih makan. Minum Eno untuk hilangkan rasa penuh tu.

5. megholoh= tidur terlampau nyenyak, tahap tidur mati

Cth ayat: dah kenyang melantak, nak megholoh le tu. Takde keroje lain, sebab tu le badan tu makin lama makin tembin.
Ayat standard: Sudah kenyang, mahu tidur pula. Tidak ada aktiviti lain, sebab tu semakin gemuk.

6. benak sinonimnya degil / lembap

Cth ayat: apa ke benak benor mike nih? Dah banyak kali diajor tak paham2 lagi... Macamana nak jadi oghang padang ghengah ni?...

Ayat standard: kenapa lah awak ni lembap sangat? Dah banyak kali ajar pun tak faham2 lagi... bagaimana nak jadi sebahagian dari warga Padang Rengas?...

Comments

rozal said…
ce tuko gambo kulit rimo wall paper mike nie.... bepino sampe berayor mate bila nengok. org kate teroyak le plak. tampe le wall paper yang sejukkkkkkk je.

sorry yong ini bukan komen membina, tapi komplen.... jgn marah hah..... :) kih kih kih
anna said…
he he... saja yg gemor.. dgn mesej kome jgn main2 dgn teman, nanti teman teghokam tak sedor
anna said…
nanti le teman usahakan wall paper yg mesra alam... hi hi

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah