Loghat teman, siri 2

Bertemu kita lagi dalam slot Mari belajar loghat teman. Kali ini kita akan mempelajari satu istilah yang agak tidak menyenangkan tetapi perlu diketahui. Perkataan ini ada yang tidak diketahui oleh kawan saya yang lahir dan dibesarkan di Perak. Tidak mengapa...janganlah dituduh Yong ni Perak murtad... tak baik... Perak ni luas. Bahasanya berbeza-beza atau mungkin juga makbapaknya dulu bercakap KL di rumah... jangan marah2... baik, perkataan tersebut ialah

Ghenyang

Cara disebut: ghen-nyang.
Maksudnya: Desakan yang melampau dan menyebabkan orang yang didesak berasa rimas. Dalam situasi yang merimaskan, istilah ghenyang ini boleh juga digunakan.
Yang menariknya, perkataan ini adakalanya boleh menggunakan imbuhan me dan di pada pangkal perkataan. Ia juga boleh digandakan.

Contoh-contoh ayat:

Ayat 1

"Teman ni la, pantang kalo oghang jenih meghenyang. dah teman kaborkan. tak nak bagi gambo penuh tu, paham la... kalo dah ghenyang sangat, gudbai je la, wassalamu..."

Ayat mudah difahami: "Saya tidak suka jenis orang yang terlalu mendesak. Saya sudah maklumkan yang saya tidak mahu memberi gambar penuh, sepatutnya jelas difahami... kalau asyik mendesak, diucapkan selamat tinggal..."

Ayat 2

"Mintak maaplah... teman dah kabor... teman tak ada duit nak bayorkan duit tanah tuh... jangan nak meghenyang. Cukuplah..."

Ayat mudah difahami: "Minta maaf... saya sudah beritahu... saya tidak mempunyai wang untuk membeli tanah tersebut... jangan desak saya"

Ayat 3

"Yeop tu asyik bertanya kat Yong yang dia baru kenai tu sama ada Yong tu gaghang ke idak. Kalo teman jadi Yong tu, dighenyang-ghenyang macam tu, mau tuko hijo teghuih... kih kih"

Ayat mudah difahami: Lelaki itu asyik bertanya dengan perempuan tersebut sama ada perempuan itu garang atau tidak. Jikalau saya di tempat perempuan itu, boleh bertukar menjadi hijau(Incredible Hulk)... kih kih"

Ayat 4

Yong An: ai...mike ni senyum sesorang, teghuk beno giler bayangnye?..

Yong Na: idak... giler bayang apa namanye... dah tak berkawan pun dengan Yeop tu..

Yong An: ha... ape ke henye?

Yong Na: ate, kejap-kejap sms, kejap-kejap sms, yang ditanya, buat apa? dah makan? makan apa? dah bangun tido ke? pepagi sepi'i ditanya dah semayang subuh ke belum...

Yong An: baguih le ghope tu... apa yang tak kenanya?

Yong Na: ghenyang. ghenyang teman... nak menekan butang hp tak berenti.. banyak he lain lagi

Yong An: betoi jugak, ghenyang kita yek?.. apalagi kalo oghang tu kita tak berapa berkenan, lagilah rasa ghenyang..

Ayat mudah difahami:

Yong An: awak senyum seorang diri nampaknya. teruknya gila bayang?..

Yong Na: taklah... apa yang gila bayang... saya sudah tidak berkawan pun dengan Mamat tu..

Yong An: ha... kenapa pula?

Yong Na: habis tu, asyik hantar sms tidak henti-henti, yang ditanya, buat apa? dah makan? makan apa? dah bangun tidur ke? awal-awal pagi lagi ditanya; dah sembahyang subuh ke belum...

Yong An: baguslah begitu... apa yang tak kenanya?

Yong Na: rimas. saya jadi rimas... asyik kena menekan butang hp.. banyak urusan lain lagi

Yong An: betul juga, boleh rimas kita... apatah lagi jika orang tersebut kita kurang berminat, lebih lagi rasa rimasnya..


Kawan-kawan, diharapkan 3 contoh ayat diatas dan dialog Yong An dan Yong Na memberikan penjelasan yang agak terper'sm' kepada kalian. Jika ada di antara kawan-kawan menggunakan loghat daerah yang berlainan bagi perkataan di atas, saya mengalu-alukan anda untuk berkongsinya bersama saya di ruang Blok Teman ini.... berkongsi kisah, ilmu dan pengalaman untuk menjadi hambaNya yang lebih baik...

Comments

zumairi said…
kat perak ader loghat yg pekat dan tak pekat ke?

http://paksuu.com
anna said…
ye.. even sebutan pun agak berbeza, cth dari Parit/bota berbeza sebutan dgn org kuala kangsar/pdg rengas. org kuala kangsar lebih kurang bunyi mr os berckp
rozal said…
bila ghenyang tue udah capei tahap tinggi kite sebut... ghenyang urat perot... betui tak yong?
anna said…
he he... time kasih le yeop.. yang ni teman pun baru belajo..

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

al fatihah